Saturday 22 November 2014

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Setelah selesai membuat lakaran yang bertemakan bandaraya Ipoh saya perlu segera melakar imej yang berkait dengan Taiping Kota Warisan. Saya pernah tinggal di Taiping semasa mengajar di SK Dato' Alaudin, Selinsing selama tiga tahun. Sebelum berkahwin saya tinggal di Glenview Gardern, Kamunting bersama dengan kawan-kawan,  Wahid (Allahyarham), Suhaimi dan Razid. Saya membeli rumah di Taman Kota Jaya, Simpang dan tinggal disini selepas berkahwin. 

Taiping bukanlah tempat asing bagi saya. Saya mencari-cari apakah imej yang akan saya pilih. Ramai kawan-kawan memilih bangunan-bangunan warisan sebagai hal benda. saya juga berminat kepada bangunan lama tersebut. Bagaimana pun saya akan cuba mencari objek lain untuk dihasilkan disamping bangunan warisan. Saya melihat ada sesuatu yang menjadi sebutan kepada pengunjung yang datang ke Taiping, iaitu mee udang Kuala Sepetang. Setelah dipromosikan melalui Astro, ramai yang 'menyerang' pekan nelayan Kuala Sepetang untuk merasa keenakan mee banjir udang, yang dikatakan 'selak mudang baru nampak mee'. Saya difahamkan selepas itu muncul lebih daripada dua puluh gerai mee udang di pinggir jalan dari Simpang ke Kuala Sepetang. Sekarang bilangannya sudah berkurangan, restoran yang benar-benar dapat menarik selera pelanggan makin berkembang maju.

Jadi saya memilih mee udang sebagai sebagai satu daripada hal benda untuk lakaran yang bertemakan Taiping. Dengan menggunakan media cat air saya dapat menyiapkan satu lakaran alam benda dan dua laandskap di atas kertas berukuran B4.



'Mee Banjir Udang', Cat air, 2014

'Pesisir Sungai Sangga, Kuala Sepetang', Cat air, 2014

'Bangunan Warisan @ Taiping', Cat air, 2014



Thursday 20 November 2014

LAKARAN HAL BENDA 1MCAT 2014

Kementerian Pelancungan Malaysia akan mengadakan program Festival Royal Belum 2014 yang akan berlangsung pada Oktober 2014. Dalam mesyuarat perancangan, Persatuan Pelukis Perak telah diberi tugas untuk melaksanakan Pameran Visual di Hotel Impiana Ipoh. Untuk mengisi program ini,  Persatuan Pelukis Perak telah merancang untuk mengadakan pameran berbentuk  lakaran di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Persatuan telah mendapat kerjasama dari Balai Seni Visual Negara.

Untuk menyediakan lakaran saya memilih lokasi di Ipoh dan Taiping. Di Ipoh saya melihat bangunan di Sunwat City mempunyai keunikan tersendiri dengan rekabentuk senibina yang tidak ada di lokasi lain. Rekabentuk bangunannya bercirikan Disneyland dan dibina melengkung dengan pelbagai warna yang terang sebagai kosmetik, memang sesuai untuk dijadikan hal benda dalam mlakaran.


Rekabentuk bangunan yang unik

Hihiasi dengan warna-warni yang ceria

"Sunway City Ipoh", Cat air, 2014


Lokasi pekan lama Tambun juga menarik perhatian saya untuk dijadikan hal benda. Sunway City dan pekan lama Tambun merupakan tempat yang sangat dekat dengan saya. Disitulah saya berurusan sehari-hari bagi mendapatkan keperluan harian. Dengan menggunakan media arang saya melakar ruang depann kedai Ah Leong yang merupakan Pejabat Pos Mini di Tambun.


Pekan lama Tambun

"Kedai Ah Leong", Arang, 2014




PLEIN AIR GUNUNG LANG


Suatu hari seorang yang melayari blog saya telah menghantar mesej meminta saya ke rumahnya untuk melihat   kolam ikan hiasan yang telah dibina oleh seorang kontraktor yang sistem penapisannya tidak berfungsi dengan baik. Rumahnya berdekatan dengan Taman Rekreasi Gunung Lang.KLIK SINI untuk maklumat Gunung Lang. Terlanjur ke sana saya merancang untuk membawa peralatan untuk melukis di Gunung Lang. Saya menghantar mesej kepada rakan-rakan mempelawa mereka menyertai plein air di sana. Beberapa orang menyatakan akan pergi bersama.

Pada hari  yang ditetapkan, jam lapan pagi saya sudah kesana melihat kolam ikan di rumah Azman. Setelah berbincang dan memberi nasihat untuk memperbaiki sistem air kolamnya saya terus ke Gunung Lang dan saya menerima panggilan dari beberapa orang rakan yang  mengatakan tak dapat datang. Yang datang hanya Hirzuan. 

Saya merancang untuk melukis di seberang dengan menaiki bot. Bagaimana pun pada pagi itu terlalu ramai pelancung yang datang memenuhi ruang menunggu untuk menaiki bot ke seberang. Saya mencadangkan kepada Hirzuan supaya melukis di sekitar tebing tasik berdekatan bengkel pekerja MBI. 

Kami sempat mengadakan sesi basah berus selama lebih kurang dua jam sahaja. Beberapa orang pekerja MBI dan anggota polis yang bertugas berminat mengunjungi kami dan berbual-bual berkaitan dengan aktiviti yang kami lakukan di situ.


Pemandangan di Tamman Rekreasi Gunung Lang 


Melukis di pesisir tasik

Berehat sebentar

 Meneruskan kerja

 Hirzuan Zulkifli menyiapkan karya

Hampir siap


Hasil pleinair Gunung Lang

Lakaran menggunakan arang




Friday 25 July 2014

KARYA ILHAM SENI WARISAN MELAKA

Seramai 35 orang pelukis dari persatuan-persatuan pelukis yang bergabung dengan GAPs telah memacak easel di Dataran Sungai Melaka lalu menghasilkan karya plein air dengan pelbagai media pada program Ilham Seni Warisan Melaka anjuran Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (KPNM) dengan kerjasama GAPs, Perbadanan Muzium Melaka dan BSVN pada 14 Jun 2014 yang lalu. Berikut adalah antara karya-karya yang terhasil.



Abdul Raof (SENIKA)

Abinaj

Abinaj

Abinaj

Muhamad Fuad Bebit (Sabah)

Munif Muhamad Nor (SENIKA)

Hamidon Ahmed (PPP)

Hasnah Yusof (SENIKA)

Imam (Negeri Sembilan)

Judin Ahmad (APK)

Ismail Kadir (PESENI)

Imam (Negeri Sembilan)

Judin Ahmad (APK)

K.E. Leong (N. Sembilan)

Leong Seng Yong (N. Sembilan)

Mahmod Mat (PESENI)

Abu Zaki Hadri (PPP)

Muhamad Jusoh (PESENI)

Muhamad Jusoh (PESENI)

Muhamad Jusoh (PESENI)

Munif Muhamad Nor (SENIKA)

Munif Muhamad Nor (SENIKA)

Osman Saidin (APK)

Rudy Huzrin (Perlis)

Salleh Ismail (PPP)

Shaimy Hashim (SENIKA)

Zaini Aman (PPNM)




Sunday 20 July 2014

PLEIN AIR DI DATARAN SUNGAI MELAKA

13 Jun 2014 bertolak dari Ipoh agak lewat, kira-kira jam 12.00 tengahari bersama Hamidon Ahmed dan Nini Ruspawan menuju ke Melaka untuk menghadiri Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) serta menyertai program Ilham Seni Warisan yang di anjurkan oleh Perkumpulan Pelukis Negeri Melaka. Tiba di Asean Heritage Residence, Bukit Serindit, tempat penginapan,  pun agak lewat petang. Asean Heritage Residence mengandungi beberapa unit yang dinamakan dengan negara-negara Asean. Saya tinggal sebilik dengan Shaimy Hashim, YDP GAPs di rumah Indonesia. Program disertai oleh ramai pelukis dari seluruh negara.

Asean Heritage Residence

Hari berikutnya, 14 Jun, program Ilham Seni Warisan Melaka akan berlangsung di Dataran Sungai. Bertolak ke Dataran Sungai dalam keadaan langit yang mendung. Semasa pacak easel dan mula melukis di pesisir Sungai Melaka hujan pun mula menitik. Titis-titis hujan bercampur dengan warna cat air pada permukaan kertas A2 300 gsm yang dilekatkan pada bod di atas easel.. Sesekali titisan hujan yang semakin kasar memaksa saya mengangkat easel ke tempat yan selamat.  Bangunan di seberang Sungai Melaka menjadi pilihan sebagai hal benda. Plen air di pesisir sungai dihentikan kira-kira jam 11.00 pagi untuk meraikan kehadiran TYT YDP Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub ke tapak progran di Dataran Sungai.

Plein air di pesisir Sungai Melaka


Bangunan lama menjadi hal benda




KLIK DI SINI untuk maklumat berkaitan program Ilham Seni Warisan Melaka dan DI SINI untuk Mesyuarat Agung GAPs. 




Sunday 6 July 2014

KARYA-KARYA PAMERAN PIOR PERAK


Persatuan Pelukis Perak telah mempamerkan karya-karya yang dihasilkan oleh beberapa orang ahli persatuan yang menjadikan imej Perak sebagai hal benda. Pameran Pior Perak ini telah berlangsung di Artiseri Gallery, Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur pada 15 - 29 Mei 2014 yang lalu. Antara karya-karya  yang dipamerkan:


 Salleh Ismail, "Pesisir Sungai Kuala Sepetang", 
Cat Air, 74 cm x 53cm, 2013


Salleh Ismail, "Taman Tasik Taiping", 
Cat Air, 74 cm x 53cm, 2014


 Hirzuan Zulkifli, "Kenangan Di Hulu Kenas, Kuala Kangsar", 
Cat Air, 38cm x 55cm


Jamil Zamri, "Ruak Falls", Akrilik, 46cm x 61cm 

 Ngadawiyah Ismail, Kinta River Front Ipoh Siri 2", 
Akrilik, 91cm x 91cm


 Hidayatun Naziah, "Nostalgia Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, 
Cat Air, 29 x 42cm


Rozlina Khairi,"Warisan Tekat", Akrilik, 
60cm x 90cm


 Hamidon Ahmad, "Mencari Kekasih Abadi", 
Akrilik, 76cm x 76cm


 A. Zaki Hadri, "Teratak Haji Ghazali", 
Akrilik, 60cm x 90cm.


 Roslan Ahmad, "Rhythm Series", 
Tanah Liat, stoneware raku 1,200 celcius, 
50cm x 150cm


 Irham Shazleen Ramli, "Kangsar Tree",
Cat Minyak, 30cm x 30cm


 M Amin Osman, "Orchid Series 1", 
Cat Minyak, 36cm x 46cm.


 Ismail Alias, "Papah Book Shop Taiping:, 
Dakwat dan cat Air, 56cm x 38cm


 Aida Suliza Mahmad, "Coffe", Kopi atas kertas, 
61cm x 91cm


 M Shukri Ibrahim, "Seladang", Arang, 60cm x 60cm


 Ahmad Sukeri Ahmad, "Ipoh Railway Station",
Akrilik, 60cm x 60cm


 Shamsul Baharin, "Impastorektif 11", Cat Minyak, 
45cm x 60cm


 Dr. Lothfi Ibrahim, Pencak Silat Siri 1", 
Akrilik, 182cm x 91.4cm.


 Nisya Aziz, "Usang Pekan Papan", 
Media Campuran, 60cm x 60cm


 Mashitah Nur Baharuddin, "Eucalyptus Senja",
Akrilik, 45.7cm x 60cm

Razali Jaafar, " Kellie's Castlet", Cat Air, 
29cm x 41cm