Setelah selesai membuat lakaran yang bertemakan bandaraya Ipoh saya perlu segera melakar imej yang berkait dengan Taiping Kota Warisan. Saya pernah tinggal di Taiping semasa mengajar di SK Dato' Alaudin, Selinsing selama tiga tahun. Sebelum berkahwin saya tinggal di Glenview Gardern, Kamunting bersama dengan kawan-kawan, Wahid (Allahyarham), Suhaimi dan Razid. Saya membeli rumah di Taman Kota Jaya, Simpang dan tinggal disini selepas berkahwin.
Taiping bukanlah tempat asing bagi saya. Saya mencari-cari apakah imej yang akan saya pilih. Ramai kawan-kawan memilih bangunan-bangunan warisan sebagai hal benda. saya juga berminat kepada bangunan lama tersebut. Bagaimana pun saya akan cuba mencari objek lain untuk dihasilkan disamping bangunan warisan. Saya melihat ada sesuatu yang menjadi sebutan kepada pengunjung yang datang ke Taiping, iaitu mee udang Kuala Sepetang. Setelah dipromosikan melalui Astro, ramai yang 'menyerang' pekan nelayan Kuala Sepetang untuk merasa keenakan mee banjir udang, yang dikatakan 'selak mudang baru nampak mee'. Saya difahamkan selepas itu muncul lebih daripada dua puluh gerai mee udang di pinggir jalan dari Simpang ke Kuala Sepetang. Sekarang bilangannya sudah berkurangan, restoran yang benar-benar dapat menarik selera pelanggan makin berkembang maju.
Jadi saya memilih mee udang sebagai sebagai satu daripada hal benda untuk lakaran yang bertemakan Taiping. Dengan menggunakan media cat air saya dapat menyiapkan satu lakaran alam benda dan dua laandskap di atas kertas berukuran B4.
'Mee Banjir Udang', Cat air, 2014
'Pesisir Sungai Sangga, Kuala Sepetang', Cat air, 2014
'Bangunan Warisan @ Taiping', Cat air, 2014
No comments:
Post a Comment