Monday 11 March 2019

LIMPAHAN WARNA 2016

Persatuan Pelukis Perak (PPPk) telah mengadakan pameran visual yang bertemakan Limpahan Warna yang telah berlangsung pada 3 hingga 31 Disember 2016 bertempat di Muzium Darul Ridzun, Ipoh. Pameran ini diadakan sebagai memenuhi keperluan program 1Malaysia Community Arts Tourism  (1MCAT) 2016 yang dianjurkan oleh Balai Seni Visual Negara  (BSVN). Setiap negeri dikehendaki mengadakan pameran diperingkat negeri dan memilih beberapa karya untuk dipamerkan di BSVN. Persatuan Pelukis Perak (PPPk) menjadi badan yang melaksanakan program 1MCAT 2016 di negeri Perak dan bagi melaksanakan pameran ini PPPk telah mendapat kerjasama Muzium Darul Ridzuan, UiTM Seri Iskandar, UPSI dan Perak Arts Society. Sebelum pameran ahli PPPk telah merancang dan mengadakan aktiviti plein air  di Bagan Datoh dan Manong (klik sini) bagi menghasilkan karya yang akan dipamerkan dalam Pameran Limpahan Warna 2016.(klik sini) dan (sini)

Pameran Limpahan Warna telah dirasmikan oleh YB Dato' Kamil Shafie, Pengerusi Tourism Perak (ADUN Manong) yang mewakili YB Norlee Ashilin bt. Mohd. Radzi, Exco Kesenian, Kebudayan dan Pelancongan negeri Perak pada 6 Disember 2016 di Muzium Darul Ridzuan.


YB Dato' Kamil Shafie merasmikan pameran


Tandatangan perasmian

Tetamu majlis perasmian

Majlis perasmian

Penyampaian cenderamata kepada Dato' Kamil

En. Alizam mewakili BSVN menyampaikan cenderamata

Wakil UPSI menerima cenderamata dari BSVN

Melawat pameran








Pelukis dari UiTM Seri Iskandar

Pelukis PPPk

Muriza mewakili UPSI

Dato' Kamil dengan karyanya

Antara pelukis PPPk yang menyertai pameran