Friday 3 August 2018

JALINAN MESRA ALUMNI PUSAT LATIHAN GURU JOHOR BAHARU 70/71




Pertemuan selamat datang


Pusat Latihan Guru Johor Baharu (PLGJB) yang terletak di Jalan Abd. Samad merupakan sebuah institusi latihan perguruan bagi bakal-bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah sekitar akhir tahun 60an hingga 70an. PLGJB telah ditukar menjadi Maktab Perguruan Mohd. Khalid dan kemudiannya selepas MP Mohd. Khalid di tutup pada akhir 90an ianya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mod. Khalid. Di situlah juga Sekolah Seni Malaysia  yang pertama ditempatkan.

Saya menjadi pelajar di PLGJB pada Julai 1970 hingga November 1071. Selepas tamat latihan perguruan saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Mendi, Triang, Pahang bermula 3 Januari 1972  sehingga Disember 1979. 

Ambilan pelajar di PLGJB pada tahun 1970/71 adalah lebih kurang 250 orang sahaja. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 25 pelajar (20 lelaki 5 perempuan). Disebabkan pengambilan pelajar yang tidak ramai kami mengenali hampir kesemua rakan-rakan yang berada di PLGJB pada tahun 1970/71. Semua pelajar tinggal  di rumah sewa secara berkumpulan (tidak ada asrama). Sebahagian besarnya tinggal di Jalan Juara. 

Selepas tamat latihan perguruan sebahagian besar pelajar sesi 70/71 telah ditempatkan di Pantai Timur Semenanjung dan selebihnya mengajar di negeri-negeri di Utara dan Pantai Barat Semenanjung. Hampir 40 tahun kami tidak bertemu dengan rakan-rakan PLGJB sehinggalah pada tahun 2011 dengan insiatif Yusuf Said, Nazarudin, Abd.Latif Ali, Md. Aini dan rakan-rakan lain yang berada di Utara negeri Perak telah merancang suatu pertemuan reunion yang diberi nama Majlis Jalinan Mesra PLGJB70/71 di Bukir Merah Laketown. Pertama kali bertemu  kami hampir tidak mengenali antara satu dengan lain kerana 40 tahun tidak pernah berjumpa, semuanya sudah bersara. 

Pada 22 November 2015 Jalinan Mesra kedua telah diadakan di TH Hotel, Alor Setar yang dikendalikan oleh Ahmad Ismail, Ishak Mansor, Ilias Mat Isa, Faridah Ahmad dan rakan-rakan di Kedah. Program kali ini telah mengumpulkan  ramai alumni PLGJB dari seluruh Semenanjung.

Program Jalinan Mesra ketiga telah berjaya direalisasikan di Hotel Seri Malaysia Ipoh pada 30 Jun 2018. AJK program diketuai oleh Zakaria Perngis (Pengerusi),  Salleh Ismail (Setiausaha), Ta'siah Khalil (Bendahari) dan dibantu oleh Zainuri, Md. NorWahid dan Hj. Basirun (AJK). Beberapa acara telah dirancang bagi memenuhi program untuk kali ini.  Selepas  JM1 dan JM2 beberapa orang rakan telah kembali kerahmatullah dan majlis tahlil telah diadakan untuk allahyarham dan allahyarhamah. 


Pendaftaran










Minum pagi



Zakaria Perngis: Pengerusi program






Zainuri:  Pengacara majlis


Halimah wakil kawasan tengah


Penyampaian cenderamata




Bertukar cenderamata


Alumni PLGJB 70/71

Bersama isteri dan suami

Dalam perbincangan  di Ipoh, Jalinan Mesra 4 akan diadakan pada tahun 2019 dan Zainol Hasan dari Perlis telah menawarkan diri untuk mengelolakan program dengan bantuan rakan-rakan di utara. Jumpa lagi tahun hadapan.