Monday 20 February 2012

BIARKAN BURUNG HANTU TERUS BERBUNYI


Malam merangkak tiba. Enam pelukis bersedia dengan easel dan kanvas ditepi pentas terbuka Dataran MBI. Jam 9 malam, bunyi paluan gendang dan tiupan serunai memberitahu akan ketibaan Exco Kebudayaan YB Datuk Zainol Padzi  Paharudin dan Pengarah JKKN Perak En. Abdul Mutalib ke Fiesta Seni Budaya Perak 2012.  Ketibaan telah disambut oleh tarian singa dengan geraktari selamat datang.

Cahaya bergemerlapan, bunyi muzik  dan gerak langkah pesilat seni memulakan acara, diikuti oleh kumpulan teater Badan Budaya Perak  yang mendeklamasikan  puisi, “Biarkan burung hantu terus berbunyi, tak ada orang yang akan mati……..”

Mereka bergerak mengisi ruang mengikut tingkah paluan gendang serta iringan muzik sambil membawa kanvas dan memacakkan easel di kiri kanan ruang pentas. Lalu enam pelukis pun masuk sambil membawa berus dan warna menuju ke kanvas empat kaki kali empat kaki yang tersedia pada easel.

Kumpulan teater Badan Budaya Perak 
membawa easel dan kanvas ke ruang pentas

Persembahan pun bermula. Irama lembut dan rancak nyanyian Farawaheda,  aksi dan dialog lucu para pelawak,  kelembutan tarian tradisi dan gerak shuffle anak-anak muda serta muzik rancak kumpulan Kristal memberikan persepsi dan inspirasi kepada Dato’ Mahsun Taib, Salleh Ismail, Raduan Norudin, Ismail Alias, Aminudin Sahainie dan Shamsul Baharin untuk menginterpretasikannya   di ruang alas pada kanvas.  Ekspresi yang diinterpretasikan melalui karya mereka telah menjadikan malam itu pelengkap kepada persembahan 4 dimensi iaitu muzik, puisi, teater, tari, silat dan visual yang disebut sebagai ANDRAMODA.


 Sapuan warna pun dimulakan

 Dato' Mahsun Taib

Pelukis berkarya diiringi persembahan 
muzikal 

Kerja-kerja Ismail Alias  

 Sentuhan akhir Raduan Norudin

 Aminudin Sahainie menjelaskan sesuatu 
kepadaYB Datuk Zainol Padzi

Persembahan Badan Budaya Perak 

Salleh Ismail menerangkan karyanya kepada 
YB Datuk Zainol Padzi   

 Shamsul Baharin dan karyanya

 Salleh Ismail: "Biarkan burung hantu 
terus berbunyi"

Dato' Mahsun menjelaskan karyanya kepada 
YB Datuk Zainol Padzi dan En. Abdul Mutalib 

Karya Dato' Mahsun Taib

Pelukis-pelukis yang menjayakan 
action painting

Action painting yang dijayakan oleh pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Perak telah menjadikan Fiesta Seni Budaya Perak 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak  pada 17 hingga 19 Februari di Dataran MBI, Ipoh menjadi lebih meriah.


Foto: Hamidon Ahmed