Thursday 19 July 2012

PLEIN AIR: Gunung Keriang

Sabtu 28 April 2012. Pagi itu selepas sarapan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, di Pumpong, berkereta bersama Munif Mohamad Nor dari Pahang dan rakan-rakan Angkatan Pelukis Kedah, SENIKA serta Persatuan Pelukis Negeri Perlis menuju ke Muzium Padi,  Gunung Keriang. 

 Tiba di Muzium Padi agak lewat, mencari lokasi dan objek yang sesuai untuk menjadi hal benda. Gunung Keriang yang terbentang menjadi tarikan. Memacak easel di hadapan Muzium Padi, stretch water colour paper bersaiz A3 kerana masa yang terhad. Melukis plein air menggunakan media cat air. Gunung Keriang dari Muzium Padi.


Tiba di Muzium Padi

Pacak easel dan plein air




"Gunung Keriang", 54cm X 35cm, 
Cat air, 2012



Thursday 12 July 2012

BAZAR SENI INDUSTRI BUDAYA


Pagi 9 Jun 2012 bertolak dari Ipoh bersama Hamidon Ahmed dan Ismail Alias. Destinasinya ialah Dataran Merdeka, Kuala Lmpur. Membawa catan bersaiz A4, A3 dan A2 yang telah siap dimounting. Selewat-lewatnya perlu sampai ke sana jam 11 pagi untuk melapor diri bagi menyertai program Bazar Seni Industri Budaya. Tepat jam 11.30 pagi tiba di dataran Merdeka. Dato' Mahsun telah pun tiba. Pegawai JKKN yang bertugas telah 'menyerahkan' booth yang berhadapan dengan pentas persembahan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkankan program Bazar Seni Industri Budaya di hadapan Panggung Bandaraya pada hari Sabtu dan Ahad minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun 2012 bermula jam 2 petang hingga 11 malam. Program ini memberi peluang kepada penggiat seni dari seluruh negara untuk memasarkan produkseni yang dihasilkan.

Pada 9 hingga 10 Jun 2012 pihak JKKN telah memberi peluang kepada Persatuan Pelukis Perak  untuk menyertai Bazar Seni bagi bulan Jun. Pelukis Perak disertai oleh Dato' Mahsun Taib, Hamidon Ahmed, Salleh Ismail, Ismail Alias, Zaki Hadri dan Raduan Norudin.

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh JKKN kepada penggiat seni yang mengambil bahagian dalam  program tersebut termasuk tempat  jualan, makan serta penginapan. Aturcara program hari itu diserikan dengan persembahan  pentas seperti band jemputan, dikir barat, pertandingan karaoke dan pameran kereta dengan pelbagai asessori yang menarik.


 Ahli Pelukis Perak yang menyertai 
Bazar Seni Kuala Lumpur


Hamidon Ahmed (pelukis bertopi) menyiapkan 
life skeching 

Jam 11 malam. Dato' Mahsun memikul easel 
bersiap untuk pulang


 Pameran kereta

Kereta dengan asessori luar biasa

Thursday 3 May 2012

PELUKIS BERAKSI DI EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA

Pelukis-pelukis beraksi menghasilkan karya menggunakan pelbagai media dalam program EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah, Alor Setar pada 27 hingga 29 April 2012.
Antara yang mengambil bahagian:
ANGKATAN PELUKIS KEDAH (APK)
  • Judin Ahmad
  • Ramli Samsuri
  • Ramli Harun
  • Wan Hasani Wan Ishak
  • Lokman Isa
  • Anasswandi Ahmad
  • Zahid Osman
  • Azmi Ahmad
  • Anuar Ahmad
PERSATUAN SENI LUKIS DAN SENIREKA MELAYU NEGERI PAHANG (SENIKA)
  • Shaimy Hashim
  • Osman Limat
  • Hasnah Yusof
  • Munif Muhamad Nor
  • Ilham Khatijah
STUDIO RAJAWALI
  • Abdullah John
  • Engku Kamalul Kholid (Amer)
PERSATUAN PELUKIS PERAK (PELUKIS Pk)
  • Salleh Ismail
PERSATUAN PELUKIS PERLIS
  • Ahmad Omar
  • Mansur Mahmud
LAVAA
  • Hairul Azizi

 Wan Hasani Wan Ishak

 Munif Muhamad Nor

Abdullah John 

Norazizi 

Salleh Ismail 

Hasnah Yusof 

Ilham Khatijah 

Osman Limat



EKSPRESI KARYA LEMBAYONG UTARA

Pelukis dan peserta bengkel

Program Ekspresi  Karya Lembayong Utara telah pun berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) pada 27 hingga 29 April 2012. Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS Pk), Persatuan Pelukis Perlis serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jitra, SMK Alor Janggus dan SMK Tengku Abdul Malik telah berkampong di Kompleks JKKNK. 

Saya menerima jemputan daripada HasnahYusof, Setiausaha GAP's untuk menyertai program ini mewakili Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAP's). Pada 27 April 2012, jam 12.30 tengahari bertolak dari Ipoh bersama Munif Muhamad Nor, Osman Limat (SENIKA), Abdullah John dan Amer (Studio Rajawali). Mereka telah tiba di Ipoh sehari sebelum untuk menyertai  "Perhimpunan Haram bersama Pelukis Bertopi" di Dataran MBI. Perjalanan ke Alor Setar ditemani oleh Munif sebagai 'kawan sembang'. Abdullah John dan Osman Limat menaiki kereta yang dipandu oleh Amer. 

Selepas solat Jumaat di masjid Simpang, Taiping, perjalanan diteruskan sehingga tiba di JKKNK, Alor Setar pada jam 5 petang. Selesai pendaftaran beredar ke tempat penginapan di WMS Homestay di Taman Mergong Jaya. Jam 9 malam ke JKKNK untuk acara Bicara Seni oleh Anasuwandi Ahmad.

SABTU 28 APRIL 2012
Selepas sarapan bertolak ke Muzium Padi di Gunung Keriang untuk sesi melakar dan fotografi. Pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti dan sekolah menengah yang menyertai program ini diberi bimbingan melukis potret dan landskap di sekitar Muzium Padi. Pelukis-pelukis mula melakar dan mamacak easel untuk berkarya. Jam 12.30 tengahari bertolak balik ke JKKNK di Pumpung.


Bersiap sedia untuk outing

 Munif Muhamad Nor (SENIKA)

Salleh Ismail (PELUKIS Pk) 

Amer (Studio Rajawali)


PESERTA BENGKEL










Selesai makan tengahari dan urus diri semua pelukis dan  peserta bengkel meneruskan kerja menggunakan pelbagai media seperti akrilik, cat minyak, oil pastel dan cat poster pada kanvas yang disediakan oleh penganjur. Aktiviti diteruskan sehinga lewa malam.

AHAD 29 APRIL 2012 
Pagi itu semua karya telah dikumpul dan dipamerkan di ruang pameran JKKNK. Lebih daipada 40 karya telah berjaya dipamerkan. 

 YBhg En. Badrul Hisham b. Hashim,
 Ketua Pemuda UMNO Kedah 
merasmikan pameran

Shaimy menerangkan  karyanya

 Pameran Karya Lembayong Utara

Karya media campuran

Monday 23 April 2012

PLEIN AIR: LAMAN

Hari masih awal. Selepas menyiram pokok-pokok bunga sekeliling rumah, duduk-duduk di laman membaca akhbar. Matahari pun mula memancar dari celah gunung yang tersergam membiru, dapat dilihat dari hadapan rumah. Sesekali mata tertumpu  pada kolam di laman. Pokok orkid air makin subur dengan bunga berwarna putih. Di sudut kanan terdapat pokok colok cina yang tumbuh menegak dari permukaan air. Ikan-ikan kap merah putih bermain-main di celah tumbuhan akuatik di kolam itu. Pokok kiambang yang terapung dipermukaan kolam menjadi tempat berteduh. 



Suasana ini memberi ilham untuk diabadikan di atas kertas. Lantas memacak easel,     mengambil kertas, berus dan cat air. Mula melukis "Di Laman Rumah".




'DI LAMAN RUMAH'

Sunday 22 April 2012

PESISIRAN SAYONG

Pesisiran Sayong terletak di Sayong Lembah, seberang Bandar Diraja Kuala Kangsar. Pengunjung boleh meyeberang Sungai Perak dengan bot penambang dari Kuala Kangsar untuk ke sini atau pun mengikut jalan darat yang jaraknya lebih kurang 3 km dari Kuala Kangsar.

Pada 31 Mac hinnga 1 April 2012, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah mengadakan program Moh Weh Ke Sayong yang dirasmikan oleh YB Dato' Hamidah Osman. Persatuan Pelukis Perak telah diundang untuk mengadakan pameran dan demonstrasi melukis di ruang Karyaneka, Pesisiran Sayong. Hamidon Ahmad, Salleh Ismail, Ismail Alias dan Zaki Hadri dari Pelukis Perak telah mengadakan pameran dan demonstrasi. Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan Saparel Salleh (Pulau Pinang), Munif Muhamad Nor (SENIKA Pahang), Imam (PELUKIS Negeri Sembilan) dan Megat Anirudin (Kuala Kangsar).


Istana Iskandariah diihat dari Pesisiran Sayong


Tebingan Sungai Perak


Hiasan labu Sayong

Pesisiran Sayong pandangan 
dari Kuala Kangsar

Salleh Ismail

Ismail Alias


Imam dari Negeri Sembilan


Munif  dari SENIKA Pahang

Saparel Salleh dari Pulau Pinang

Sunday 15 April 2012

SEMBANG SKETCH DI PEOPLE'S PARK


Pagi itu cuaca cerah. Ada temu janji di People's Park, Ipoh, Hamidon buat hebuh dalam face book, jemput semua datang. Setelah memakir kereta, membawa sketch book dan gajet-gajet ke tepi kolam terbiar. Siap satu charcoal sketching, tiada lagi sesiapa yang datang. Tiba-tiba Dato' Mahsun melintas dari arah kanan memcari air untuk melukis. Dato' Mahsun tiba dari Kuala Lumpur bersama RaduanNorudin.

Kami berkumpul di ruang yang teduh, melukis sambil bersembang, merancang, sembang sketch. Ismail Alias, Hamidon, Ngdawiyah dan Aminudin Osman pun tiba. Sembang jadi lebih rancak. Beberapa karya juga dapat disiapkan.

Taman Orang Ramai itu tidak ada orang.   Kolam-kolam terbiar, tidak terurus. Aminudin melontar  beberapa cadangan. Bilakah People's Park akan menjadi meriah.

Sembang-sembang sambil melukis 
- Foto Raduan Norudin

Cat air di People's Park, Ipoh 

Charcoal Sketching