Monday 23 April 2012

PLEIN AIR: LAMAN

Hari masih awal. Selepas menyiram pokok-pokok bunga sekeliling rumah, duduk-duduk di laman membaca akhbar. Matahari pun mula memancar dari celah gunung yang tersergam membiru, dapat dilihat dari hadapan rumah. Sesekali mata tertumpu  pada kolam di laman. Pokok orkid air makin subur dengan bunga berwarna putih. Di sudut kanan terdapat pokok colok cina yang tumbuh menegak dari permukaan air. Ikan-ikan kap merah putih bermain-main di celah tumbuhan akuatik di kolam itu. Pokok kiambang yang terapung dipermukaan kolam menjadi tempat berteduh. 



Suasana ini memberi ilham untuk diabadikan di atas kertas. Lantas memacak easel,     mengambil kertas, berus dan cat air. Mula melukis "Di Laman Rumah".




'DI LAMAN RUMAH'

2 comments: