Tuesday 12 July 2011

BINALAH KOLAM IKAN HIASAN DENGAN BELANJA YANG RENDAH

Kolam ikan hiasan adalah suatu elemen yang dibina di halaman rumah yang dapat menjadi pelengkap dalam rekabentuk landskap  persekitaran. Ramai yang berhasrat untuk membina kolam ini di halaman rumah mereka, namun dengan kos yang tinggi menyebabkan segala impian tidak dapat dipenuhi. Sebenarnya kos pembinaan dapat dikurangkan dengan kita sendiri menyediakan bahan-bahan binaan dan mengupah pekerja untuk kerja memasang bata sahaja dalam proses pembinaan. 

Bagaimana pun sebelum dibina kita sendiri perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sistem kolam dari aspek penyediaan paip dan sistem penapisnya. Maklumat ini boleh didapati dengan memerhati pekerja yang sedang membina kolam jika kita terjumpa dimana-mana. Tanyalah mereka tentang apa-apa maklumat yang tidak tahu,  bacalah majalah atau buku berkaitan dan yang mudah lagi akseslah intermet.

Sediakan pelan. Kita perlu ada bersama semasa pembinaan. Sistem paip untuk aliran air dari kolam ke penapis dan air yang masuk semula ke kolam pasanglah sendiri. 

PROSES PEMBINAAN

1. Setelah menentukan lokasi tapak, kerja-kerja mengorek tanah bolehlah dimulakan.

  Kerja-kerja mengorek tanah

  Sudah siap untuk kerja simen
                                                
2. Membina bahagian dasar kolam dan memasang batu bata. Paip pvc untuk aliran air dari kolam ke panapis perlu dipasang pada dasar kolam sebelum disimen.

      Paip untuk aliran air ke penapis dipasang 
   di bahagian tengah kolam


3. Kerja memasang batu-bata mengikut rekabentuk yang telah disediakan.



  Sedia untuk diplaster

4. Setelah siap diplaster bolehlah dihias dibahagian luarnya dengan pebble wash. Belilah bahan-bahan dan upahlah pekerja yang mahir. Dalam masa yang sama jangan lupa kita perhatikan teknik-teknik yang dilakukan oleh tukang yang mahir ini, selepas itu kita boleh lakukannya sendiri. Jangan lupa bertanya jika tidak faham.


        Kerja memasang pebble wash

4. Setelah pembinaan telah selesai, masukkan air dan pasanglah pam yang sesuai dengan saiz kolam untuk menguji sistem aliran air kolam dan juga bagi menentukan kolam tidak bocor. Jangan dimasukkan ikan dulu, nanti semuanya akan mati. Biarkan selama dua hari  untuk "menawarkan" bahan-bahan simen. Dalam masa yang sama bolehlah beri peluang kapada anak kita untuk menjadikannya sebagai kolam renang untuk beberapa hari. 
   


  Jadikan sebagai kolam renang untuk anak kita selamadua tiga hari 

5. Selepas itu masukkan sebotol cuka makan dan biarkan sehari. Buanglah  air yang bercampur cuka makan dan ganti dengan air yang baru. Jangan lupa masukkan bahan anti klorin. Letakkan tumbuhan air di dalam kolam yang berfungsi untuk menjadi teduhan juga membekalkan oksigen kepada ikan-kan. 

Pokok orkid air dan telipok dimasukkan ke dalam kolam

6. Jika semuanya sudah sedia bolehlah dimasukkan ikan. Tak perlu membeli ikan yang besar, harganya mahal. Memadai dengan memasukkan ikan yang kecil. Lama-lama besar juga.



 Anak ikan kap yang berharga RM4 seekor




Nantikan post seterusnya gambar kolam beberapa bulan selepas dimasukkan anak-anak ikan kap. Ikan kap makin besar. Wajah kolam berubah.

24 comments:

  1. wow..ringkas, padat n menarik. tq

    ReplyDelete
  2. Jumpa dan dapatkan khidmat kami di

    http://kolamhiasan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam...nak tanye...kolam encik ni guna sistem penapis air jenis ape ek? maksud saya penapis air buatan sendiri ke org yg ada jual kat pasaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistmnya buat sendiri tetapi pamnya jenis Astro 9000. Beli dgn harga RM100.

      Delete
  4. berapa kos tu?....antik ker lau buat dkt pagar chainlink...

    ReplyDelete
  5. as salam...boleh sy tau baper kos wat kolam macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos secara kasarnya lebih kurang RM3000

      Delete
    2. salam.en salleh bina sendiri ke upah..ada tak no contact..area mana ni?ipoh ke?

      Delete
    3. Maaf lambat menjawab. Saya beli bahan dan upah pekerja Indonesia. Mana-mana pekerja binaan pun boleh tapi kita kena buat pelan dan sentiasa memberitau mereka apa yang kita perlukan terutama sistem paip. Saya yang tunjukkan bagaimana sistem paip. Kolam untuk filter saya buat sendiri. Pekerja hanya membina asas sahaja. Kalau nak pasti datang tenguk, saya boleh jelaskan sistemnya. Mudah sahaja. Contact saya 012-5507954.

      Delete
  6. Salam Sdr.
    Koalm saya menghadapi masalah kehilangan tekanan pada piping sistemnya. Apakah saranan dpd encik salleh?

    ReplyDelete
  7. Sdr adsham72,
    Saya tidak pasti tekanan pada paip yang mana. Kalau sistem paip ke filter, kolam filter perlu lebih dalam daripada dasar kolam. Sistem paip kolam saya, paip yang menyalurkan air kotor kefilter berada dibahagian bawah kolam (lubang air di lantai kolam). Mungkin pam juga perlu yang lebih kuat> Kolam saya 5' x 9', guna pam Astro 9000.

    ReplyDelete
  8. Salam..sy nk ty cara plaster pebble wash tu..ada ke manual atau apa2...thank bkongsi..drpd aril pngemar kolam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Shahril, Batu-batu kecil digaulkan dengan simen gam yang digunakan untuk pasang tile. Plasterkan pada permukaan yang telah bersimen. Bila dah kering cuci dengan asid yang dicampur air, guna span. Awas.... gunakan sarung tangan getah yang tebal.

      Delete
  9. salam, nak tanya,kolam berukuran 5x15 dan dalamnya 2 kaki pump berkuasa berapa yang sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr boleh dapatkan maklumat di kedai yang jual pump. Di Tambun, Ipoh, kedainya di Jalan Ampang, selepas masjid Tambun, kedai borong ikan hiasan.

      Delete
  10. salam...
    apa sbbnya ikan kap bersaiz 7,8 inci lompat keluar dari kolam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr. Saiful, saya kurang pasti. Ada maklumat yang mencadangkan masukkan garam yang boleh dibeli dikedai ikan hiasan (garam berwarna kuning)

      Delete
  11. Assalamualikom sedara,
    Saya tgh buat plan nak buat sendiri kolam ikan macm nie..tapi saya kurang jelas tentang 2 perkara..di harap dapt bantuan:
    1) Jenis simen lantai kolam yg encik guna, untuk elak air dari meresap dan surut?

    2)Kolam encik ni..ada buat bottom drain tak?
    Saya tak tau ,mane nak dpt kepala paip yg sesui di jadikan bottom drain head? Ada cadangan tak?
    Di harap Encik dpt beri perkongsian maklumat

    Thank
    Nasrul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr. Mohd. Nasrul, maaf lambat jawb. Simen lantai boleh gunakan simen gam yang diplasterkan di permukaan lantai. Simen gam sama dengan yang digunakan untuk melekat tile pada lantai. Harganya mahal sikit dari simen biasa. Tentang bottom drain saya tak buat tapi saya buatkan saliran ke filter pada dasar kolam. Saya gunakan pam yang dimasukkan pada kolam filter untuk buang air. Bagaimana pun saya tak pernah buang air sehingga sekarang. Bila kotor saya bersihkan span filter. Air kembali jernih. Sistem untuk membersih kolam saya reka sendiri. Lebih mudah kalau lihat sendiri bagaimana cara membersih. Saya tinggal di Tambun, ipoh. Kepala paip yang sesuai ada di kedai menjual paip.

      Delete
  12. di mana en salleh beli pump astro 9000 2 ea?

    ReplyDelete
  13. Salam, dimana nk beli astro 9000 pump 2 ea? apa nama kedai die, boleh tau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Zaff, Saya beli di Tambun, Kedai borong ikan hiasan, Jalan Ampang, sebelah barisan kedai Taman Rimba Tambun (tak jauh dgn. Masjid Tambun.

      Delete