Thursday 28 July 2011

CETUSAN RASA 60an

Semenjak di sekolah rendah lagi memang berminat kepada aktiviti melukis dan fotografi. Ini adalah antara karya yang masih ada dalam simpanan dihasilkan pada tahun 1968 (banyak karya yang tidak dapat dikesan). Ketika itu berumur 17 tahun, masih bersekolah dalam Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong. Sekali sekala pada hujung minggu akan bergerak menaiki basikal dalam satu kumpulan pelukis dari SMDA mencari lokasi untuk melukis dan membuat lakaran. Ahli kumpulan antaranya   Salleh Ismail, Mohd. Asri Edul, Abd. Khalim, Mohd. ShafieTaib (bersara sebagai pelukis grafik RTM) dan Idris Ismail (Idris Talu). Lokasinya Tasik Chenderoh dan air terjun disekitar Kg. Kuak Lata Papan. Setiap kali outing  sentiasa membawa kamera jenama Diana yang dibeli dengan harga RM4.50 untuk merakam aktiviti. Banyak mendapat bimbingan Cikgu Mohamad Yaakub dan Halim Teh.


GRUP PELUKIS HUJUNG MINGGU:
Dari kiri Mohd. Asri Edul, Salleh Ismail, 
Idris Ismail, Abd. Khalim dan 
Mohd. Shafie Taib.


"Tun Abd. Razak", Oil Pastel, 
24cm x 35cm, 1968

Tun Abd. Razak semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Karya dihasilkan  berdasar kepada gambar hitam putih yang terdapat dalam akhbar yang dilukis dengan menggunakan kaedah grid dan diwarnakan dengan oil pastel atas sugar paper.


 "Bandar Waktu Malam", Cat air (legap), 
25cm x 35cm, 1968

Tertarik dengan teknik impasto karya pelukis terkenal maka terhasillah catan "Bandar Waktu Malam" dengan menggunakan cat air yang pekat   bagi mendapatkan kesan legap pada karya.


"Pelarian Vietnam", Cat air (legap), 25cm x 35cm, 
1968 

Dalam era 1960an berlaku perang Vietnam. Amerika membantu Vietnam Selatan memerangi gerila Vietcong. Terdapat ramai pelarian perang. Kesengsaraan pelarian menyentuh perasaan. Setiap hari gambar dan berita tersiar dalam akhbar. Gambar dalam akhbar menjadi rujukan untuk menghasilkan "Pelarian Vietnam".


 "Kapal", Cat air (legap), 25cm x 35cm, 1968

Cikgu Mohamad Yaakub menunjukkan contoh karya pelukis terkenal yang menggunakan teknik pointeles.Iingin mencuba teknik ini, Dengan menggunakan berus keras yang dipotong hujungnya maka karya "Kapal" telah dapat dihasilkan.


 "Tasik Chenderoh", Cat air, 17cm x 25cm, 1968

"Tasik Chenderoh" dihasilkan selepas outing bersama Group Pelukis Hujung Minggu di Kampung Raban.


"Perang Dingin", 25cm x 28cm, 
Cat air (legap), 1968

Era 60an juga berlakunya "perang dingin" antara blok Amerika dan blok komunis yang diketuai oleh Russia. Perbincangan tentang perang dingin selalu diadakan dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu. Dari perbincangan untuk menulis karangan bertajuk "Perang Dingin" dapat pula idea untuk membuat interpretasi dalam bentuk visual. Karya abstrak telah banyak diekspos oleh Cikgu Mohamad Yaakub dan rujukan dari buku.



2 comments:

  1. Terima kasih cikgu Salleh,

    Gambar peristiwa tahun 1967 - lebihkurang 44 tahun yang lalu. Saya pun sudah tidak berapa ingat peristiwa itu lagi. Kita berada di tingkatan empat semasa itu dan kebetulan saya kurang sihat - banyak juga harinya saya tidak dapat belajar dalam tahun 1976.

    Namun dengan izin Allah, kita masih diberi Allah peluang untuk menikmati keindahan alam milikNya. Syukur, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Masa dalam tingkatan 4 kita selalu berbasikal dengan kawa2. Ada beberapa orang lagi yang saya tak tak ingat siapa selain dalam gambar tu. Di Kuak kita dapat makan durian bila musim durian semasa nak pergi ke air terjun.

    ReplyDelete