Suatu hari seorang yang melayari blog saya telah menghantar mesej meminta saya ke rumahnya untuk melihat kolam ikan hiasan yang telah dibina oleh seorang kontraktor yang sistem penapisannya tidak berfungsi dengan baik. Rumahnya berdekatan dengan Taman Rekreasi Gunung Lang.KLIK SINI untuk maklumat Gunung Lang. Terlanjur ke sana saya merancang untuk membawa peralatan untuk melukis di Gunung Lang. Saya menghantar mesej kepada rakan-rakan mempelawa mereka menyertai plein air di sana. Beberapa orang menyatakan akan pergi bersama.
Pada hari yang ditetapkan, jam lapan pagi saya sudah kesana melihat kolam ikan di rumah Azman. Setelah berbincang dan memberi nasihat untuk memperbaiki sistem air kolamnya saya terus ke Gunung Lang dan saya menerima panggilan dari beberapa orang rakan yang mengatakan tak dapat datang. Yang datang hanya Hirzuan.
Saya merancang untuk melukis di seberang dengan menaiki bot. Bagaimana pun pada pagi itu terlalu ramai pelancung yang datang memenuhi ruang menunggu untuk menaiki bot ke seberang. Saya mencadangkan kepada Hirzuan supaya melukis di sekitar tebing tasik berdekatan bengkel pekerja MBI.
Kami sempat mengadakan sesi basah berus selama lebih kurang dua jam sahaja. Beberapa orang pekerja MBI dan anggota polis yang bertugas berminat mengunjungi kami dan berbual-bual berkaitan dengan aktiviti yang kami lakukan di situ.
Pemandangan di Tamman Rekreasi Gunung Lang
Melukis di pesisir tasik
Berehat sebentar
Meneruskan kerja
Hirzuan Zulkifli menyiapkan karya
Hampir siap
Hasil pleinair Gunung Lang
Lakaran menggunakan arang
No comments:
Post a Comment