Sunday, 20 July 2014

PLEIN AIR DI DATARAN SUNGAI MELAKA

13 Jun 2014 bertolak dari Ipoh agak lewat, kira-kira jam 12.00 tengahari bersama Hamidon Ahmed dan Nini Ruspawan menuju ke Melaka untuk menghadiri Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) serta menyertai program Ilham Seni Warisan yang di anjurkan oleh Perkumpulan Pelukis Negeri Melaka. Tiba di Asean Heritage Residence, Bukit Serindit, tempat penginapan,  pun agak lewat petang. Asean Heritage Residence mengandungi beberapa unit yang dinamakan dengan negara-negara Asean. Saya tinggal sebilik dengan Shaimy Hashim, YDP GAPs di rumah Indonesia. Program disertai oleh ramai pelukis dari seluruh negara.

Asean Heritage Residence

Hari berikutnya, 14 Jun, program Ilham Seni Warisan Melaka akan berlangsung di Dataran Sungai. Bertolak ke Dataran Sungai dalam keadaan langit yang mendung. Semasa pacak easel dan mula melukis di pesisir Sungai Melaka hujan pun mula menitik. Titis-titis hujan bercampur dengan warna cat air pada permukaan kertas A2 300 gsm yang dilekatkan pada bod di atas easel.. Sesekali titisan hujan yang semakin kasar memaksa saya mengangkat easel ke tempat yan selamat.  Bangunan di seberang Sungai Melaka menjadi pilihan sebagai hal benda. Plen air di pesisir sungai dihentikan kira-kira jam 11.00 pagi untuk meraikan kehadiran TYT YDP Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub ke tapak progran di Dataran Sungai.

Plein air di pesisir Sungai Melaka


Bangunan lama menjadi hal benda




KLIK DI SINI untuk maklumat berkaitan program Ilham Seni Warisan Melaka dan DI SINI untuk Mesyuarat Agung GAPs. 




No comments:

Post a Comment