Friday 6 December 2013

KEMBARA KRT BATU 4: Forest Reseach Institute of Malaysia (FRIM)




Kampung Tersusun Batu 4 terletak berhampiran pekan Tambun, Ipoh, tidak jauh dari Sunway City, Tesco, Giant dan Jusco. Hubungan antara penduduk sangat erat. Kami hampir mengenali kesemua jiran-jiran yang tinggal di sini.  Kawasan Rukun Tetangga diwujudkan bagi menjaga keselamatan kampung dari penceroboh dan kegiatan yang tidak dingini dan bertentangan dengan undang-undang. Setiap malam kami bertugas meronda dalam kumpulan 4 orang bagi memastikan keselamatan dan keharmonian  pemastautin di sini. Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kejiranan di sini AJK Rukun Tetanggan merancang untuk mengadakan kembara ke FRIM di Kepong. Cikgu Shahizan telah bertindak selaku koordinator.


Pada 4 Disember 2013 sebelum subuh peserta telah berkumpul di Surau Diri Jumaat Batu 4 untuk program Kembara KRT ke Forest Reseach Insitute of Malaysia (FRIM), Kepong. Selepas selesai menunaikan solat subuh seramai 39 orang ahli Rukun Tetangga Batu 4 beserta anak-anak telah berlepas dengan menaiki bas yang disewa khas. Hujan renyai-renyai, pemandu memandu dengan berhati-hati. 


Panggilan berkumpul dari koordinator

 Pegawai FRIM memberi taklimat awal


Sedia untuk bergerak

Tiba di FRIM jam 9.00 pagi. Menikmati sarapan pagi dengan bihun goreng dan teh 'o' panas. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan perjalanan program. Jam 10.00 pagi mula bergerak ke hutan menuju ke Canopy walkway yang jauhnya hampir dua km. Perjalanan yang pada mulanya agak selesa mula terasa mencabar bila tiba kawasan yang mendaki. Tiba separuh perjalanan laluan mula menjadi sukar. Jalan denai mendaki menegak 45 darjah dengan batu-batu dan akar yang merentang laluan sejauh 500 meter. Hujan yang turun pada awal pagi menyebabkan laluan menjadi licin. Perlu berhati-hati. 

 Laluan awal yang selesa

 Berehat di setesen

 Kumpulan 1

 Anak-anak beserta jurupandu En. Asri

Laluan semakin sukar

 Gembira hampir tiba ke destinasi



Tiba di Canopy walkway selepas sejam perjalanan dengan berhenti rehat di dua stesen. Peserta mula berjalan melalui canopy walkway sejauh 150 meter pada ketinggian 30 meter di atas dahan pokok. 

 Penerangan oleh petugas

 Hj. Idris, setiausaha surau

 Ketinggian 30 meter dari tanah

 Bergerak berhati-hati

 Berhenti di stesen Canopy Walkway

Ustaz Suhaimi

Perjalanan balik agak lebih selesa dan bergerak lebih laju kerana laluan menuruni bukit. Jurupandu En. Asri memberi maklumat berguna berkaitan flora dan fauna yang ditemui. Antaranya pokok Dryobalanops Aramatica (kapur) yang kedudukan daunnya tersusun. Damarnya dijadikan kapur barus. Tumbuhan ini mengeluarkan gas yang menagakibatkan tiada tumbuhan lain yang dapat hidup di bawah rimbunannya. Sarang riang-riang juga ditemui timbul dari permukaan tanah. Pokok Simpuh Gajah memperlihatkan akarnya yang terbentuk seperti seekur gajah. Juga ditemui pokok kulim yang daunnya berbau seperti bawang putih. 

 Air terjun di laluan balik

 Menunggu rakan-rakan

 Sarang riang-riang

 Daun pokok Dryobalanops Aramatica, daunnya 
tersusun tidak bercantum antara satu sama lain

Pokok simpuh gajah


Pengalaman menjejak flora dan fauna di hutan FRIM banyak memberi pengalaman dan pengetahuan yang sangat bermunafaat terutama kepada anak-anak yang menyertai kembara ini.

No comments:

Post a Comment