Thursday 12 January 2012

CIKGU SENI DI TAMAN BALI

Selama dua jam Cikgu Seni berada di Taman Bali mencari idea hal benda untuk menghasilkan karya di atas kertas A3 yang sediakan oleh Pn. Siti Mariah. Cuaca cerah walau pun sebelum ini langit gelap dan hujan dijangka turun. Lorong Taman Bali disusuri, mencari lokasi. Pintu gerbang, pergola, susunan seramik, heliconia, kolam dan lain-lain objek menjadi tarikan. Kerja dapat juga disiapkan pada jam 5 petang. Malam akan buat finishing.

Sebahagian daripada hasil outing Cikgu Seni:







Saturday 7 January 2012

CETAKAN LINO DARI TAMAN BALI

Semasa merakam keindahan Taman Bali dengan media cat air, guru-guru PSV yang mengikuti kursus Seni Halus di AnCasa Resort & Spa, Port Dickson juga dapat melakar idea  untuk bengkel cetakan yag akan diadakan pada hari berikutnya. Dilihat pada  karya yang dihasilkan, mereka lebih tertarik kepada unsur-unsur flora yang terdapat di Taman Bali sebagai ekspresi diri yang telah diinterpretasikan melalui karya cetakan lino. 

SEBAHAGIAN KARYA CETAKAN LINO DALAM BENGKEL SEHARI













MELAKAR HAL BENDA DI TAMAN BALI

Pada petang itu, 23 November 2011, guru-guru PSV yang mengikuti kursus Seni Halus anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di AnCasa Resort & Spa, Port Dickson berada di Taman Bali mencari sudut-sudut   menarik yang dapat menjadi hal benda (subject matter) dalam karya catan cat air.
Pintu gerbang, tiang batu, tempayan, flora dan air  kolam menjadi tumpuan untuk dilakar pada pada ruang karya. Bahan alas, kertas cat air yang ada perlu dipenuhi dengan sapuan warna saperti yang telah dicadangkan oleh jurulatih semasa teori dan deMonstrasi pada sesi pagi. Semua karya akan dipamerkan pada hari akhir kursus.

















Friday 6 January 2012

GURU PSV YANG BERKESAN

Seorang guru PSV tidak semestinya seorang pelukis. Seorang pelukis tidak semestinya dapat menjadi guru PSV yang baik. Bagaimana pun seorang guru PSV yang juga seorang plukis akan dapat menjadi seorang guru PSV yang lebih berkesan. Oleh itu guru PSV seharusnya mempunyai kemahiran dalam bidang yang hendak diajar.

Seramai 30 orang guru Pendidikan Seni Visual dari sekolah seni, sekolah menengah dan sekolah rendah telah berada di AnCasa Resort & Spa Port Dickson pada 21 hingga 25 November untuk mengikuti Kursus Seni Halus anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. 


Peserta kursus bersama penyelaras, 
jurulatih dan fasilitator

Mereka telah mengikuti kursus  lukisan, catan cat air dan cetakan lino secara teori dan amali bagi mempertingkatkan kemahiran sebagai nilai tambah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga orang jurulatih iaitu Salleh Baba (lukisan), Salleh Ismail (catan cat air) dan Pn. Noraini (cetakan lino).

 Menyediakan blok cetakan lino



 Mencetak warta pertama

 Catan cat air

Latihan catan cat air

Monday 2 January 2012

APAKAH RAHSIA YANG TERSIMPAN DI DASAR TASIK RABAN?

Tasik Raban yang terletak lebih kurang 20 km dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke arah Grik telah pun wujud lebih 90 tahun yang lalu. Tasik ini merupakan tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Chenderoh (Chendroh Power Station) pada awal 1920an oleh British Federated Malay States Administration.


Sebelum tahun 1920an kawasan ini adalah merupakan penempatan penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian - berkebun dan bersawah padi. Setelah terbinanya Empangan Chenderoh semua  perkampungan dan sawah padi yang berada di kawasan tanah rendah ditenggelami limpahan air Sungai Perak yang mewujudkan Tasik Chenderoh. Penduduknya telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, maka wujudlah Kampong Raban, Kuak, Danglang dan lain-lain. Kemudian atas sebab-sebab tertentu tasik ini ditukar namanya menjadi Tasik Raban.


Artikal yang disiarkan dalam majalah 
Mastika, Oktober 1974

Oleh sebab pada asalnya merupakan kawasan perkampungan maka di dasar tasik ini terdapat jalan raya, jambatan, sekolah rendah dan sawah padi. Sekolah Melayu Raban telah dipindahkan ke Kuak (sekarang Sekolah Kebangsaan Raban). Kesan jalan raya, jambatan   dan tiang sekolah dapat dilihat apabila air surut.

Banjaran Bintang yang menjadi latar landsap 
Tasik Raban

Jambatan Raja Nazrin yang menghubung 
jalanraya baru Kuala Kangsar - Gerik

Di dasarnya terdapat jalanraya

Sekarang Tasik Raban menjadi tempat tarikan pelancungan yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti penginapan, gerai makan dan rekreasi air di daerah Hulu Perak.

Kemudahan yang terdapat di sini