Pada petang itu, 23 November 2011, guru-guru PSV yang mengikuti kursus Seni Halus anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia di AnCasa Resort & Spa, Port Dickson berada di Taman Bali mencari sudut-sudut menarik yang dapat menjadi hal benda (subject matter) dalam karya catan cat air.
Pintu gerbang, tiang batu, tempayan, flora dan air kolam menjadi tumpuan untuk dilakar pada pada ruang karya. Bahan alas, kertas cat air yang ada perlu dipenuhi dengan sapuan warna saperti yang telah dicadangkan oleh jurulatih semasa teori dan deMonstrasi pada sesi pagi. Semua karya akan dipamerkan pada hari akhir kursus.
No comments:
Post a Comment