Thursday, 5 December 2013

PIOR PERAK: Ipoh Drawing Marathon 2013

Kinta Riverfront dibanjiri pelukis-pelukis  tersohor dan pelukis-pelukis muda yang datang dari seluruh negara dan pelukis dari luar negara. Mereka berhimpun selama dua hari dua malam di pesisir Sungai Kinta untuk menyertai program Ipoh Drawing Marathon 2013 anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs). Program ini diadakan bersempena 1 Malaysian Contemporary Art Tourism 2013 (1MCAT).

Pendaftaran peserta

Sepanjang program, pelukis-pelukis mula melakar dan melukis model, objek-objek dan lansdkap yang ada di persekitaran bermula pada jam 12.00 tengahari 28 September hingga 12 tengahari 29 september tanpa henti. Mereka bergilir-gilir menghasilkan karya dengan menggunakan media charcoal atas kertas berukuran A1. Sambil melukis, mereka diiringi pemuzik Lukisan Keroncong oleh pelukis-pelukis Jalan Conlay yang dianggotai oleh Salleh Dawam, Makmor Jantan dan rakan-rakan. Sementara itu pemuzik baskers mengambil tempat menggantikan muzik keroncong bila malam telah semakain larut. 

Muzik keroncong

Antara pelukis yang mengambil bahagian ialah Aris Aziz, Salleh Dawam, Makmor Jantan, Shimy Hashim, pelukis-pelukis mewakili  persatuan-persatuan  pelukis negeri di seluruh negara, pelajar-pelajar UPSI dan UiTM. 

Aris Aziz

Shaimy Hashim


 Pelukis dari Australia

Pelukis muda

Kemunculan tokoh kartunis negara Dato' Lat dan program Bicara Seni oleh tokoh-tokoh Seni Visual negara telah memeriahkan lagi program Pior Perak. Pameran Visual karya pelukis-pelukis dari seluruh negara juga telah menjadi pelengkap sebagai  hidangan kepada khalayak yang hadir. 

Dato' Lat

Bicara seni

 YB Norlee melawat pameran


Graffiti

Sebanyak  250 keping lukisan hitam purtih telah berjaya dihasilkan oleh 120 orang pelukis sepanjang program Ipoh Drawing Marathon pada kali ini. Karya-karya yang terpilih akan dipamerkan di enam hotel di sekitar Ipoh.

 Sebahagian daripada karya


Acara penutup telah disempurnakan oleh YB Puan Norlee Ashilin Dato' Mohd, Radzi, EXCO Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak pada 29 September 2013 jam 3.00 petang


 Majlis penutup

 Ucapan perasmian penutup

Selingan Majlis Penutup





Sunday, 3 November 2013

PAMERAN PERCIKAN JIWA

Satu pameran Seni Visual yang diberi nama PERCIKAN JIWA telah berlangsung di Annexe Gallery, Jalan Hang Kasturi, Kuala LUmpur pada 21 hingga 27 September 2013. Pameran anjuran bersama Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), The Annexe Gallery dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diadakan bersempena '1Malaysia Comtemporary Art Tourism 2013". Seramai 38 orang pelukis telah mempamerkan lebih daripada 80 karya yang bertemakan lanskap Geting. Sebelum ini kesemua pelukis telah menyertai program Percikan Geting yang diadakan di Geting, Tumpat Kelantan pada 29 Jun 2013.
 Lihat http://susurdenai.blogspot.com/2013/07/percikan-geting-mcat-2013.html .

Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia. Acara perasmian telah diserikan dengan persembahan muzik keroncong oleh kumpulan keroncong pelukis-pelukis Jalan Conlay dan lukisan aksi Hamidon Ahmed.


 Mahmood Mat dan Abdullah Ibrahim
membuat persiapan pameran

Persiapan pameran

 Ucapan perasmian oleh 
Ybhg. Dato' Azizan Noordin

Sapuan cat Dato' Azizan 

Kumpulan keroncong pelukis Jalan Conlay

 Tetamu di Majlis Perasmian

 Lukisan aksi Hamidon Ahmed

Shaimy Hashim YDP GAPs 
menyampaikan cenderamata

Persembahan lagu keroncong Ilham Khatijah 
dan Cikgu Razak Osman

 Hj Muhamad Jusoh menerangkan karyanya







Saya menerangkan karya kepada Dato' Azizan






Friday, 13 September 2013

ART CAMP TAMAN NEGARA


Dalam program Art Camp di Taman Negara Pahang  Kuala Tahan pada 16 hingga 19 Ogos 2013, 3 Of Us Studio juga telah berjaya mengadakan sesi plein air di perkarangan Mutiara Resort. Saya dan Dr. Ahmad Lothfi telah diberi tugas untuk membimbing seramai 17 orang pelajar International Baccalaureate World School, Malay College Kuala Kangsar dengan mengadakan sesi demonstrasi catan akrilik secara plein air. 

Walau pun masa agak terhad namun semua pelajar tetap berusaha menghasilkan karya masing-masing setakat yang termampu. Objek yang ada di persekitaran Taman Negara menjadi hal benda (subject matter)  pilihan untuk diletakkan pada kanvas. Catan yang separuh siap itu akan diselesaikan di studio MCKK.



Bergerak ke lokasi

Demonstrasi landskap secara plein air







Dr. Ahmad Lothfi: 
Demonstrasi potret