Wednesday 19 June 2013

BENGKEL CATAN DI PORT



 
Baru-baru ini saya telah diberi ruang untuk mengendalikan bengkel asas catan selama dua malam di PORT (Koloni Karyawan Amanjaya), Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh. Pesertanya berumur dibawah 12 tahun (hanya seorang)  hingga lebih daripada 40 tahun terdiri daripada pelajar,  aktivis teater dan mereka yang sudah bekerja. Tidak ada ruang pada waktu siang. Disebabkan keadaan begitu saya  telah merangka  aspek-aspek kognitif dan psikomotor yang patut didedahkan dan dilaksanakan. 

Malam pertama saya menumpukan kepada memperkenalkan media, gubahan (rule of third) dan warna. Bagaimana pun saya lebih memberi tumpuan memperkenalkan kumpulan warna dan aktiviti membuat eksplorasi campuran warna (asas, sekunder, tertier dan penggenap) menggunakan cat poster (kemudian akan menggunakan cat akrilk).








Pada malam kedua saya memperjelaskan berkaitan teknik-teknik catan dan gaya (style) yang telah diaplikasikan oleh pelukis-pelukis terkenal. Aktiviti langsung (hands on) peserta diberi peluang menghasilkan catan dengan menggunakan cat akrilik di atas kanvas (media telah disediakan oleh PORT). Untuk menjimatkan masa mencari idea saya menayangkan slide beberapa hal benda yang dipaparkan secara hitam putih dan meminta    
mereka membuat komposisi dan mewarna mengikut warna yang dipilih.










Walau pun masa begitu begitu singkat, peserta dapat juga menghasilkan karya mengikut kemampuan. Untuk menjadikan lebih mahir mereka digalakkan untuk menjalankan aktiviti seterusnya di PORT pada bila-bila masa yang terluang.

No comments:

Post a Comment