Sunday 7 August 2011

BUKIT MENDI MEMBERI INSPIRASI

Januari 1972 mula bertugas di Felda Bukit Mendi, Pahang. Penempatan baru di pedalaman yang jaraknya lebih kurang 15 km melalui jalan tanah merah dari jalan raya Temerloh- Bahau. Tinggal di rumah guru, tidak ada kemudahan air paip dan elektrik. Guna air perigi dan lampu minyak tanah. Bagaimanapun disebabkan terlalu berminat kepada bidang fotografi dapat juga menyediakan satu bilik gelap untuk proses fotografi di bahagian dapur rumah guru. Pastinya foto hitam putih (belum ada foto warna). Kuasa elektrik  menggunakan generator ang dipinjam. 

Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Selain melatih murid-murid bermain bola jaring dan pengakap, masa yang terluang digunakan untuk melukis catan, ilustrasi buku (Nancy Drew), komik dan menulis untuk akhbar dan majalah. Waktu malam dengan cahaya lampu minyak tanah dapat menghasilkan beberapa buah komik. Komik  yang diminati waktu itu bertemakan cerita seram. 

Selepas 1976, apabila komik-komik kartun mula mengambil tempat, komik berbentuk natural figure sudah kurang diminati. Berhenti melukis komik. Meninggalkan Bukit Mendi  pada tahun 1979, setelah banyak kemudahan infrastruktur disediakan disini. 


"Nina", 1976, dicetak oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang



"Kota Gelang"i, 1975, dicetak oleh 
Amir Enterprise, Kuala Lumpur

"Sribuana Utusan Syaitan", 1976, 
disiarkan dalam majalah Mesraria


"Di puncak Gunung", 1976, diterbitkan oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang


"Boragas", 1976, diterbitkan oleh 
Sinaran Brothers, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment