Saturday, 5 September 2015

KARYA PAMERAN SENI DAN WARISAN

Pameran visual  bertemakan Seni dan Warisan yang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan Ipoh pada 30 Julai hingga 30 September 2015 telah mempamerkan lebih 80 karya oleh pelukis Persatuan Pelukis Perak. Karya-karya yang dipersembahkan kepada audian dengan media cat air, akrilik, cat minyak, media campuran dan beberapa media lain telah menarik perhatian pengumpul dan peminat-peminat seni tempatan dan dari luar.


Sebahagian daripada karya-karya yang dipamerkan:


SALLEH ISMAIL, Anderson: Bulan Merdeka, Cat air


SALLEH ISMAIL, Anderson: Pagi Yang Cerah, Cat air



ROZLINA KHAIRI, My Heritage (Berendoi), Akrilik


 MOHD. AMIN BUSU, Batik dan Jeans, 
Akrilik


  AHMAD LOTHFI IBRAHIM, Pencak Silat Siri 1, 
Akrilik


 HAMIDON AHMED, Jalinan Maja, Akrilik


 HIRZUAN ZULKIFFLI, Bangunan Dewan Bandaran, 
Cat air


 MOHD. IKRAM AZLAN, 
Ramli Sharif, Cat air


 ISMAIL ALIAS, Kg. Sungai Tisong, Cat air


 JAMIL ZAMRI, Mmm BBQ 1M, Akrilik


 KAMIL SHAFIE, Expression From Above,
 Akrilik


 ABD. MALEK ZAINAL ABIDIN, Akar-akar, 
Pen marker


 MUSYADDAD OSMAN, Still Life with 
Apple, Coffe, Bun and Jam, 
Cat minyak


 SHAHRUN NAHAR, 
Dance with Angel 1,
 Media Campuran


 NGDAWIYAH ISMAIL, Rentak Di Menara, Akrilik


 MOHD. RAZALI JAAFAR, Daun Mempelas, Arang


 ROSLAINI MOHD. SAAD, Taman Kasih, Plaka


 ROSLI NGAH, Warisan Hutan, 
Saring sutera

ANITA ABD. AZIZ, Potret Ibu dan Anak, 
Media campuran


 ROSLINDA WAHAB, Motif and Form 
of Labu Pulau Tiga, Media Campuran


 SAHANUDIN YUSUF, Sawah 1, Cat air


 MOHD. SUKRI IBRAHIM, Peniup Serunai, Cat air


 NURSUHADA SUDIN, Ikatan, Media campuran


 YANTI ABU BAKAR, Tua, Arang


MOHD. YUSUF BAKI, Dini 1, Arang




























Sunday, 30 August 2015

ACTION PAINTING

Perasmian Pameran Seni dan Warisan di Muzium Darul Ridzuan pada 22 Ogos 2015 yang telah disempurbakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohd. Radzi dimeriahkan dengan satu "imik perasmian" yang dikendalikan oleh Presiden Persatuan Pelukis Perak, Dato' Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Dengan berbekalkan satu kanvas yang dipasang pada easel dan cat akrilik tanpa berus beliau mempersembahkan  action painting di hadapan audian yang memenuhi ruang hadapan pentas perasmian. 












Friday, 28 August 2015

MUZIUM DARUL RIDZUAN: PAMERAN SENI DAN WARISAN


Dengan bertemakan "Seni dan Warisan, Persatuan Pelukis Perak telah berjaya mengadakan suatu pameran visual di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh bermula 30 Julai 2015 hingga 30 September 2015. Kerjasama dan bantuan terbaik telah diberikan oleh pengurusan Muzium Darul Ridzuan dengan menyediakan dana dan prasarana kepada PPP umtuk melaksanakan program ini.Pameran ini diadakan bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa Malaysia yang mana Muzium Darul Ridzuan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2015. 



Sebanyak lapan puluh karya catan dan lakaran yang menggunakan pelbagai media telah dipamerkan selama dua bulan dan mendapat sambutan luar biasa dari audian tempatan, dari luar negeri Perak dan luar negara. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato'Mohd. Radzi, Pengerusi JK Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Multimedia dan Komunikasi Negeri Perak pada 22 Ogos 2015, jam empat petang.


Sepanjang pameran berjalan PPP telah mengadakan  program Pleinair Lakar  Merdeka bagi ahli PPP dan Stone Art kepada pelajar sekolah dan masyarakat setempat.


Tetamu yang hadir ke majlis perasmian



Ucapan aluan Dato' Dr. Ahmad Lothfi, 
Presiden PPP

Ucapan Pn. Nor Janati Ibrahim, 
Pengarah Muzium Darul Ridzuan

Ucapan perasmian YB Dat' Nolee Ashilin

Melawat pameran



Kakitangan muzium yang banyak membantu












Tuesday, 12 May 2015

APLIKASI GARISAN DALAM KARYA VISUAL

Garisan adalah elemen  paling asas daripada enam unsur seni yang terkandung dalam komponan Bahasa Seni Visual atau Asas Seni Reka. Kesan garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media secara menggerakkan media dari satu titik permulaan kesatu arah atau merentasi sesuatu kawasan. Garisan terdapat ada objek alam dan juga dalam karya seni sama ada berbentuk 2D atau 3D. 


Garisan mempunyai pelbagai jenis dan karakter yang dapat dilihat pada sifat-sifat fizikalnya seperti garisan kasar, halus, bengkang bengkuk, tebal, bergerigi, putus-putus dan sebagainya.
Kedudukan arah garisan dan karakternya dapat menimbulkan kesan tertentu yang boleh memberi makna dan pernyataan ekspresi.  

Aplikasi  garisan dalam rekaan karya seni dapat  berfungsi memperjelaskan pelbagai elemen dan prinsip seni yang terkandung dalam Bahasa Seni Visual. Diantaranya,  penggunaan garisan dapat menghasilkan rupa, perspektif, bentuk, jalinan, ruang, motif corak, nilai ton, pergerakan, kontra dan sebagainya.


APLIKASI GARISAN DALAM KARYA

 Alif Naqqiudin (IKN 2013)

  Alif Naqqiudin (IKN 2013)

 Amin (IKN 2013)

 Intan Munirah (IKN 2013)

 Intan Munifah (IKN 2013)

 Nor Fazila (IKN 2013)

 Normadihah (IKN 2013)

 Norsyafikah (IKN 2013)

 Salmansah (IKN 2013)

 Shah Rieyza  (IKN 2013)

 Siti Nor Aqilah (IKN 2013)

 Siti Nor Azlina (IKN 2013)

 Siti Nor Halida (IKN 2013)

 Siti Zaharah (IKN 2013)

Syuhada (IKN 2013)

 Muhamad Zulhamizan Amin (IKN 2014)

 Muhamad Ridzuan Ibrahim (IKN 2014)

 Nashatul Azzua Muhd. Subri (IKN 2014)

 Nur Anira Afifah Yusra (IKN 2014)

 Sazrin Mohamad (IKN 2014)

 Siti Nabilah Zahari (IKN 2014)

Suzy Simin (IKN 2014)