Wednesday 21 October 2015

KAMPUNG NELAYAN PULAU PANGKOR

Saya ke Pulau Pangkor membawa keluarga  makan angin sambil melihat dan merakam keindahan perkampungan nelayan di sana dengan Nikon D40X yang menjadi teman karib. Menginap di Pangkor Puteri Resort di Pasir Bogak yang jendelanya mengadap ke laut. Sambil melihat bot-bot nelayan yang pulang dan pergi saya sempat melakar melalui jendela kamar. Hari kedua saya  menyewa sebuah kereta Kancil  mengelilingi pulau untuk melihat keindahan Pulau Pangkor. Perjalanan mendaki bukit dan berliku melalui Teluk Nipah, Teluk Dalam, Sungai Pinang dan terus ke Teluk Gedung 


Lakaran dari jendela kamar


Teluk Gedung merupakan sebuah perkampungan nelayan di Pulau Pangkor  yang juga tercatat dalam sejarah diera perdagangan bijih timah  Syarikat Hindia Timur Belanda disekitar 1670. Kebanyakan rumah nelayan di sini bahagian belakangnya mengadap ke laut. Shutter Nikon D40X berkali-kali dipetik untuk merakam pemandangan perkampungan nelayan di sini. 

Di SusurDenai Studio saya melihat dan membuat editing. Saya tertarik pada suatu sudut  belakang sebuah rumah  nelayan di situ untuk dijadikan  sebagai hal benda dalam karya. Di belakang rumah  ini  menjadi tempat penyimpanan peralatan menangkap ikan dan menjemur kain bagi penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan. Bangunan berbumbung zing, peralatan nelayan dan ampaian ini menarik perhatian saya untuk dijadikan hal benda dalam karya.


Menggunakan media cat air di atas watercolour paper bersaiz 74cm x 54cm dengan pelbagai teknik seperti basah atas basah dan basah atas kering. Saya telah mengubahsuai warna pada sebahagian objek yang terdapat dalam karya bagi menimbulkan mood yang lebih menarik dengan tidak menyalin warna asal dan mengaplikasiakn dalam karya. Aspek pencahayaan dan bayang-bayang diberi perhatian utama. Elemen garisan,  jalinan dan ruang  juga diperjelaskan dengan ketara bagi menampakkan variety. Ruang belakang rumah ini menampakkan susunan objek dalam ruang yang bersahaja dan reality kehidupan golongan nelayan.


 Ruang belakang rumah

 Bot yang tersadai

 Ampaian kain

 Menyiapkan kerja dalam studio

SALLEH ISMAIL, Teluk Gedung, Pangkor, 
at air, 74cm x 54cm, 2015


Pameran 1MCAT 2015 di Balai Seni Visual Negara:
Bersama  Dato Taib Abu, Ahli Lembaga  BSVN

Monday 19 October 2015

LAKAR MERDEKA

Baru-baru ini bersempena dengan bulan kemerdekaan 2015 Persatuan Pelukis Perak dan Muzium Darul Ridzuan telah menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Lakar Merdeka. Pengisiannya, penganjur telah menjemput pelukis-pelukis untuk melukis secara plein air di sekitar Muzium Darul Ridzuan. Pada hari berlangsungnya Lakar Merdeka ramai pelukis yang telah mengambil bahagian dengan menggunakan pelbagai media, teknik dan gaya. Sepanjang program  telah mendapat liputan RTM untuk Selamat Pagi Malaysia.

 Bermula jam 9.00 pagi semua yang akan mengambil bahagian telah berkumpul di perkarangan muzium dan telah biberi taklimat ringkas tentang program. Selepas sarapan semua peserta telah bergerak mencari sudut yang menarik di sekitar muzium. Kebanyakan pelukis memberi tumpuan kepada bangunan muzium dan dilokasi bahagian hadapan. 


Dato' Dr. Lothfi: Bangunan muzium sebagai hal benda

Saya memilih lanskap di bahagian belakang bangunan muzium  sebagai subject matter. Disini terdapat tumbuh-tumbuhan yang memperlihatkan pelbagai saiz, jalinan dan warna serta batu-batan  yang dapat menambahkan variety dalam komposisi. 

Ruang belakang muzium


Memacak easel di bawah sinar matahari pagi


Saya memacak easel diruang yang terbuka di bawah sinar matahari pagi itu, kerana dari situ dapat memberikan sudut pandangan seperti yang dikehendaki. Walau pun matahari pagi itu semakin memancarkan cahayanya saya tetap berada di situ untuk melakar dan mewarna di atas kertas cat air berukuran A2 dengan cat air sebagaimana yang selalu menjadi media pilihan semasa plein air.

Matahari semakin meninggi apabila lakaran hampir siap dan ada panggilan untuk makan tengahari dari murusetia. Karya ini diberi tajuk "Di bawah Mentari Pagi"


SALLEH ISMAIL, Di bawah Mentari Pagi, 
Cat air, 58cm x 38cm, 2015
(Koleksi Muzium Darul Ridzuan)