Menara Condong Teluk Intan
Gerai-gerai yang disediakan oleh Kementerian 
Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia
Baru-baru ini pada 28 Februari 2015  ahli Persatuan Pelukis Perak  telah berhimpun di perkarangan Menara Condong Teluk Intan untuk menyertai aktiviti sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan yang telah dirancang oleh Kementerian Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia. Balai Seni Visual Negara telah menjemput PPP bagi memeriahkan aktiviti memasyarakatkan seni visual kepada orang ramai yang mngunjungi acara tersebut.
Untuk itu PPP telah menyediakan program melukis potret, demonstrasi khat, cat air dan artstone. Ramai pengunjung yang berminat dan mencuba sendiri terutama kanak-kanak yang sangat berminat kepada artstone.
Pada malamnya YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan. Serentak dengan itu menara condong Teluk Intan telah diistiharkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
Ruang aktiviti BSVN dan PPP
Perbincangan kakitangan 
BSVN dan PPP
Ikram melukis potret
 Dato Dr. Lothfi (Presiden PPP) 
melakar menara condong
 Demonstrasi menulis khat oleh Hafiz 
dan cat air oleh Salleh Ismail
 Kanak-kanak mencuba artstone
 Menghasilkan artstone
Karya yang dapat disiapkan
 Karya artstone
 Disertai oleh  pelbagai etnik
 Uncle menguruskan artstone
Hirzuan menyiapkan lakaran menara condong 
 Urusetia PPP
Shukri Ibrahim: Demo potret