Mesyuarat AJK GAPs di Restoran Warisan |
28 Mei 2011, di
Lebuh Seni Jalan Raja |
Selesai mesyuarat berlegar di Jalan Raja, berlangsungnya Lebuh Seni anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Penggiat seni memperaga dan menjual hasil kerjatangan mereka. Bertemu Mokhtar Ishak dan Hj. Mahmod Mat dari Kelantan sedang membuat demonstrasi dan jualan karya catan cat air. Melukis dengan berada di lokasi dan meneliti hal benda yang hendak dilukis menjadikan warna yang disapu pada kertas menjadi lebih tepat, kata Mokhtar Ishak.
Hj. Yasin dengan karyanya |
Demonstrasi melukis |
Bersama Mokhtar Ishak |
Di sini pengunjung dapat berintraksi dengan pelukis dan pandai tukang. Bual bicara terhenti bila acara di pentas di hujung gerai mula beraksi. Bunyi muzik bingit yang dimainkan oleh band di pentas mengganggu bualkata dan sembang tanya pengunjung di gerai pameran. Seharusnya muzik tidak terlalu kuat dan dapat lebih memberi keselesaan kepada audian, bukan menerjah ruang dengar dan kotak fikir. Lebuh Seni bukan konsert terbuka.
Lebuh Seni suatu yang baik bagi penggiat seni dan khalayak yang berminat kepada karya seni seperti seni tampak, kraf dan lain-lain bidang seni. Penggiat seni berpeluang menjual hasil karya mereka dan pengunjung dapat membeli karya seni dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain seperti Pasar Seni yang fungsinya sudah jauh berubah. Pasar Seni adalah pasar kain baju, tidak banyak lagi menjual barangan seni. Perlu lebih promosi melalui media.
Menunggu Shaimy menelefon minta email kertas kerja.
No comments:
Post a Comment