Jogjakarta yang terletak di bahagian tengah Selatan Pulau Jawa juga dikenali sebagai Yogyakarta atau disebut Yogya dikalangan penduduk setempat mempunyai keluasan sekitar 3,185.80 km dengan penduduk seramai 3,452,390 orang. Jogja merupakan destinasi yang menjadi pilihan kedua bagi pelancong-pelancong yang melawat Indonesia selain Bali. Mempunyai banyak perkara yang menarik di sini seperti Gunung Merapi, Chandi Borobudur, Keraton Hamengku Buono, Taman Sari dan pusat membei-belah di Jalan Malioboro.
Jogjakarta dilihat sebagai bandar yang terkenal sebagai kota seni seperti Seni Rupa, Seni Persembahan, Seni Rakyat dan sebagainya. Di sini terdapat 30 buah muzium yang mepamerkan pelbagai artifak. Karya Seni Rupa boleh dilihat di mana saja, di jalanan, pada dinding bangunan, pada panel yang dipamerkan di persekitaran, graffiti dan arca di taman.
|
Arca mengguna pelbagai media
dalam proses penghasilan |
|
Catan pada karung plastik sebagai bahan alas dipamer
di tepi laluan berhampiran Kraton Hamengku Buono |
|
Arca relief pada dinding bangunan |
No comments:
Post a Comment