Pagi 9 Jun 2012 bertolak dari Ipoh bersama Hamidon Ahmed dan Ismail Alias. Destinasinya ialah Dataran Merdeka, Kuala Lmpur. Membawa catan bersaiz A4, A3 dan A2 yang telah siap dimounting. Selewat-lewatnya perlu sampai ke sana jam 11 pagi untuk melapor diri bagi menyertai program Bazar Seni Industri Budaya. Tepat jam 11.30 pagi tiba di dataran Merdeka. Dato' Mahsun telah pun tiba. Pegawai JKKN yang bertugas telah 'menyerahkan' booth yang berhadapan dengan pentas persembahan.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkankan program Bazar Seni Industri Budaya di hadapan Panggung Bandaraya pada hari Sabtu dan Ahad minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun 2012 bermula jam 2 petang hingga 11 malam. Program ini memberi peluang kepada penggiat seni dari seluruh negara untuk memasarkan produkseni yang dihasilkan.
Pada 9 hingga 10 Jun 2012 pihak JKKN telah memberi peluang kepada Persatuan Pelukis Perak untuk menyertai Bazar Seni bagi bulan Jun. Pelukis Perak disertai oleh Dato' Mahsun Taib, Hamidon Ahmed, Salleh Ismail, Ismail Alias, Zaki Hadri dan Raduan Norudin.
Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh JKKN kepada penggiat seni yang mengambil bahagian dalam program tersebut termasuk tempat jualan, makan serta penginapan. Aturcara program hari itu diserikan dengan persembahan pentas seperti band jemputan, dikir barat, pertandingan karaoke dan pameran kereta dengan pelbagai asessori yang menarik.
Ahli Pelukis Perak yang menyertai
Bazar Seni Kuala Lumpur
Hamidon Ahmed (pelukis bertopi) menyiapkan
life skeching
Jam 11 malam. Dato' Mahsun memikul easel
bersiap untuk pulang
Pameran kereta
Kereta dengan asessori luar biasa