Wednesday, 21 May 2014

PIOR PERAK DI ARTISERI GALLERY




'Pior' merupakan dialek Perak  berasal daripada bahasa Inggeris yang sering digunakan oleh warga Perak untuk menyatakan sesuatu yang benar-benar asli. Persatuan Pelukis Perak menggunakan tema 'PIOR PERAK' bagi pameran visual yang berlangsung di Artiseri Gallery, Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur bermula 15 - 29 Mei 2014. 'PIOR PERAK' yang diketengahkan melalui pameran ini bukan sahaja memaparkan imej-imej Perak tetapi pelukisnya pula terdiri daripada anak jati Perak dan yang pernah bertugas di Perak. Pameran yang menghimpunkankan karya 25 orang pelukis  ini telah mempersembahkan lanskap dan lakar budaya  masyarakat di negeri Perak melalui catan, lukisan dan arca. Rata-rata pelukis telah menggunakan media cat air, cat minyak, akrilik, arang, seramik dan media campuran lewat karya mereka. 



Pelukis yang mempamer karya mereka ialah Dr. Lothfi Ibrahim, Hirzuan Zulkiffli, Aida Suliza, Abu Zaki Hadri, Hamidon Ahmad, Irham Shazleen Ramli, Ahmad Sukeri Ahmad, Jamil Zamri,M.Aminudin Osman, Ismail Alias, Sukri Ibrahim, Mashitah Nur sabarudin, Hidayatun Naziah Hilmi, Shamsul Baharin Mohd. Yusuf,Fatin Shatira Hana, Nisya Aziz, Ngdawiyah Ismail,Razali Jaafar, Roslaini Mohd. Saad, Roslan Ahmad, Rozlina Khairi dan Salleh Ismail.

Pameran ini dijayakan atas kerjasanma Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs), Kerajaan Negeri Perak, Tourism Malaysia, Balai Seni Visual Negara, P.O.R.T dan Kementerian Kewangan Malaysia. Perasmian telak disempurnakan oleh YB Dato' Zainal Fadzi b. Bahaudin, EXCO kerajaan negeri Perak yang mewakili YB Dato' Nolee Ashilin bt. Dato' Mohammed Radzi, EXCO Kebudayaan dan Pelancungan negeri Perak pada 15 Mei 2014 jam 3.00 petang. 
YB Dato' Zainal Fadzi merasmikan pameran


 Salleh Ismail menyampaikan cenderamata 
kepada YB Dato' Zainal Fadzi


 Melawat pameran


Pelukis-pelukis yang menyertai pameran