Monday, 19 October 2015

LAKAR MERDEKA

Baru-baru ini bersempena dengan bulan kemerdekaan 2015 Persatuan Pelukis Perak dan Muzium Darul Ridzuan telah menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Lakar Merdeka. Pengisiannya, penganjur telah menjemput pelukis-pelukis untuk melukis secara plein air di sekitar Muzium Darul Ridzuan. Pada hari berlangsungnya Lakar Merdeka ramai pelukis yang telah mengambil bahagian dengan menggunakan pelbagai media, teknik dan gaya. Sepanjang program  telah mendapat liputan RTM untuk Selamat Pagi Malaysia.

 Bermula jam 9.00 pagi semua yang akan mengambil bahagian telah berkumpul di perkarangan muzium dan telah biberi taklimat ringkas tentang program. Selepas sarapan semua peserta telah bergerak mencari sudut yang menarik di sekitar muzium. Kebanyakan pelukis memberi tumpuan kepada bangunan muzium dan dilokasi bahagian hadapan. 


Dato' Dr. Lothfi: Bangunan muzium sebagai hal benda

Saya memilih lanskap di bahagian belakang bangunan muzium  sebagai subject matter. Disini terdapat tumbuh-tumbuhan yang memperlihatkan pelbagai saiz, jalinan dan warna serta batu-batan  yang dapat menambahkan variety dalam komposisi. 

Ruang belakang muzium


Memacak easel di bawah sinar matahari pagi


Saya memacak easel diruang yang terbuka di bawah sinar matahari pagi itu, kerana dari situ dapat memberikan sudut pandangan seperti yang dikehendaki. Walau pun matahari pagi itu semakin memancarkan cahayanya saya tetap berada di situ untuk melakar dan mewarna di atas kertas cat air berukuran A2 dengan cat air sebagaimana yang selalu menjadi media pilihan semasa plein air.

Matahari semakin meninggi apabila lakaran hampir siap dan ada panggilan untuk makan tengahari dari murusetia. Karya ini diberi tajuk "Di bawah Mentari Pagi"


SALLEH ISMAIL, Di bawah Mentari Pagi, 
Cat air, 58cm x 38cm, 2015
(Koleksi Muzium Darul Ridzuan)


No comments:

Post a Comment