Bazar Industri Budaya Peringkat Zon Utara anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak telah diadakan di Dataran Kamunting pada 13 hingga 14 April 2013. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak telah menjemput Persatuan Pelukis Perak untuk memnyertai program tersebut.
Saya, Hamidon dan Nini bergerak dari Ipoh seawal jam 8.30 pagi membawa karya-karya bersekala kecil (A3 dan A4) untuk dipamer dan dijual (jika ada pembeli yang berminat). Sampai di lokasi program didapati peserta-peserta lain dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sudah pun siap menyusun barang-barang jualan di tempat yang disediakan. Kami diperuntukkan dua khemah berukuran 20 kaki X 20 kaki setiap satu.
Aminudin Sahaine dan Ismail Alias (orang Tepin) sedia menunggu dengan bahan pameran dan demo. Selepas minum teh tarik dengan roti canai kari kambing (kecuali saya tak makan kari kambing) kami menyusun bahan-bahan pameran / jualan di satu khemah dan satu khemah lagi dikhaskan untuk live sketching. Zaki Hadri pun tiba dari Kuala Lumpur membawa catannya.
Zaki Hadri
Demonstrasi cat air: Aminudin Sahaine
Jam 2 petang perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohamad Zahir b. Abd. Khalid, ADUN Kamunting merangkap Exco kerajaan negeri Perak. Di pentas, pertunjukan kebudayaan yang penuh warna-warni dipersembahkan oleh artis budaya dari JKKN Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Persembahan budaya serta pameran dan jualan pelbagai bahan-bahan, dari barangan seni visual, kraf, pakaian sehinggalah makanan tradisional dan barangan kesihatan berlangsung hingga jam 11 malam. Malam ini kami bermalam di homestay Razid di Kampung Expo (Razid menawarkan secara percuma di homestaynya yang sungguh selesa).
Exco dan Pengarah JKKN Perak
melawat pameran
Hari kedua kami mengadakan mesyuarat jawatnkuasa Persatuan Pelukis Perak di tempat penginapan. Ji (Ngdawiyah) tiba dari Ipoh pagi itu untuk menghadiri mesyuarat (setelah tersesat-larat mencari homestay di Jalan Sekolah). Pengunjung di tapak bazar kelihatan lebih ramai pada hari kedua ini (ada pasar minggu disebelah bazar). Beberapa pelukis dari Taiping, Saiful Azmi, Mohd, Azril Razmin, Mohamad Azizul dan Ishak turut menyertai pameran dan demonstrasi sehingga jam 5 petang.
Ji dan Hamidon: Live sketching
No comments:
Post a Comment