Pelukis dan peserta bengkel
Program Ekspresi Karya Lembayong Utara telah pun berlangsung di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKNK) pada 27 hingga 29 April 2012. Seramai 40 peserta terdiri daripada ahli Angkatan Pelukis Kedah (APK), Persatuan Seni Lukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Persatuan Pelukis Perak (PELUKIS Pk), Persatuan Pelukis Perlis serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jitra, SMK Alor Janggus dan SMK Tengku Abdul Malik telah berkampong di Kompleks JKKNK.
Saya menerima jemputan daripada HasnahYusof, Setiausaha GAP's untuk menyertai program ini mewakili Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAP's). Pada 27 April 2012, jam 12.30 tengahari bertolak dari Ipoh bersama Munif Muhamad Nor, Osman Limat (SENIKA), Abdullah John dan Amer (Studio Rajawali). Mereka telah tiba di Ipoh sehari sebelum untuk menyertai "Perhimpunan Haram bersama Pelukis Bertopi" di Dataran MBI. Perjalanan ke Alor Setar ditemani oleh Munif sebagai 'kawan sembang'. Abdullah John dan Osman Limat menaiki kereta yang dipandu oleh Amer.
Selepas solat Jumaat di masjid Simpang, Taiping, perjalanan diteruskan sehingga tiba di JKKNK, Alor Setar pada jam 5 petang. Selesai pendaftaran beredar ke tempat penginapan di WMS Homestay di Taman Mergong Jaya. Jam 9 malam ke JKKNK untuk acara Bicara Seni oleh Anasuwandi Ahmad.
SABTU 28 APRIL 2012
Selepas sarapan bertolak ke Muzium Padi di Gunung Keriang untuk sesi melakar dan fotografi. Pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti dan sekolah menengah yang menyertai program ini diberi bimbingan melukis potret dan landskap di sekitar Muzium Padi. Pelukis-pelukis mula melakar dan mamacak easel untuk berkarya. Jam 12.30 tengahari bertolak balik ke JKKNK di Pumpung.
Selesai makan tengahari dan urus diri semua pelukis dan peserta bengkel meneruskan kerja menggunakan pelbagai media seperti akrilik, cat minyak, oil pastel dan cat poster pada kanvas yang disediakan oleh penganjur. Aktiviti diteruskan sehinga lewa malam.
AHAD 29 APRIL 2012
Pagi itu semua karya telah dikumpul dan dipamerkan di ruang pameran JKKNK. Lebih daipada 40 karya telah berjaya dipamerkan.

Bersiap sedia untuk outing
Munif Muhamad Nor (SENIKA)
Salleh Ismail (PELUKIS Pk)
Amer (Studio Rajawali)
PESERTA BENGKEL
Selesai makan tengahari dan urus diri semua pelukis dan peserta bengkel meneruskan kerja menggunakan pelbagai media seperti akrilik, cat minyak, oil pastel dan cat poster pada kanvas yang disediakan oleh penganjur. Aktiviti diteruskan sehinga lewa malam.
AHAD 29 APRIL 2012
Pagi itu semua karya telah dikumpul dan dipamerkan di ruang pameran JKKNK. Lebih daipada 40 karya telah berjaya dipamerkan.
YBhg En. Badrul Hisham b. Hashim,
Ketua Pemuda UMNO Kedah
merasmikan pameran
merasmikan pameran
Shaimy menerangkan karyanya
Pameran Karya Lembayong Utara
Karya media campuran
No comments:
Post a Comment