Pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Sepetang pada tahun 1980 semasa tinggal di Taiping selepas bertukar dari Bukit Mendi, Pahang ke Selinsing di daerah Krian. Pergi bersama Razid merakam foto menggunakan kamera Minolta SRT 101 dengan lensa zoom 200mm. Imej foto yang dirakam kemudiannya diinterpretasikan dalam karya catan menggunakan media cat minyak atas kanvas.
"Kuala Sepetang", Cat minyak, 26cm x 34cm,
1980
Pekan nelayan Kuala Sepetang mempunyai lokasi dan objek yang menarik untuk dijadikan hal benda dalam karya tampak. Beberapa tahun kemudian sempat berkunjung lagi ke "Port Weld" (sebelum Kuala Sepetang) untuk mencari bahan untuk berkarya.
"Jeti Nelayan Kuala Sepetang", Cat air,
56cm x 76cm, 1999
No comments:
Post a Comment