Perasmian Pameran Seni dan Warisan di Muzium Darul Ridzuan pada 22 Ogos 2015 yang telah disempurbakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohd. Radzi dimeriahkan dengan satu "imik perasmian" yang dikendalikan oleh Presiden Persatuan Pelukis Perak, Dato' Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Dengan berbekalkan satu kanvas yang dipasang pada easel dan cat akrilik tanpa berus beliau mempersembahkan action painting di hadapan audian yang memenuhi ruang hadapan pentas perasmian.
Sunday, 30 August 2015
Friday, 28 August 2015
MUZIUM DARUL RIDZUAN: PAMERAN SENI DAN WARISAN
Dengan bertemakan "Seni dan Warisan, Persatuan Pelukis Perak telah berjaya mengadakan suatu pameran visual di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh bermula 30 Julai 2015 hingga 30 September 2015. Kerjasama dan bantuan terbaik telah diberikan oleh pengurusan Muzium Darul Ridzuan dengan menyediakan dana dan prasarana kepada PPP umtuk melaksanakan program ini.Pameran ini diadakan bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa Malaysia yang mana Muzium Darul Ridzuan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2015.
Sebanyak lapan puluh karya catan dan lakaran yang menggunakan pelbagai media telah dipamerkan selama dua bulan dan mendapat sambutan luar biasa dari audian tempatan, dari luar negeri Perak dan luar negara. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato'Mohd. Radzi, Pengerusi JK Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Multimedia dan Komunikasi Negeri Perak pada 22 Ogos 2015, jam empat petang.
Sepanjang pameran berjalan PPP telah mengadakan program Pleinair Lakar Merdeka bagi ahli PPP dan Stone Art kepada pelajar sekolah dan masyarakat setempat.
Tetamu yang hadir ke majlis perasmian
Ucapan aluan Dato' Dr. Ahmad Lothfi,
Presiden PPP
Ucapan Pn. Nor Janati Ibrahim,
Pengarah Muzium Darul Ridzuan
Ucapan perasmian YB Dat' Nolee Ashilin
Melawat pameran
Kakitangan muzium yang banyak membantu
Tuesday, 12 May 2015
APLIKASI GARISAN DALAM KARYA VISUAL
Garisan adalah elemen paling asas daripada enam unsur seni yang terkandung dalam komponan Bahasa Seni Visual atau Asas Seni Reka. Kesan garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media secara menggerakkan media dari satu titik permulaan kesatu arah atau merentasi sesuatu kawasan. Garisan terdapat ada objek alam dan juga dalam karya seni sama ada berbentuk 2D atau 3D.
Garisan mempunyai pelbagai jenis dan karakter yang dapat dilihat pada sifat-sifat fizikalnya seperti garisan kasar, halus, bengkang bengkuk, tebal, bergerigi, putus-putus dan sebagainya.
Kedudukan arah garisan dan karakternya dapat menimbulkan kesan tertentu yang boleh memberi makna dan pernyataan ekspresi.
Aplikasi garisan dalam rekaan karya seni dapat berfungsi memperjelaskan pelbagai elemen dan prinsip seni yang terkandung dalam Bahasa Seni Visual. Diantaranya, penggunaan garisan dapat menghasilkan rupa, perspektif, bentuk, jalinan, ruang, motif corak, nilai ton, pergerakan, kontra dan sebagainya.
APLIKASI GARISAN DALAM KARYA
Alif Naqqiudin (IKN 2013)
Alif Naqqiudin (IKN 2013)
Amin (IKN 2013)
Intan Munirah (IKN 2013)
Intan Munifah (IKN 2013)
Nor Fazila (IKN 2013)
Normadihah (IKN 2013)
Norsyafikah (IKN 2013)
Salmansah (IKN 2013)
Shah Rieyza (IKN 2013)
Siti Nor Aqilah (IKN 2013)
Siti Nor Azlina (IKN 2013)
Siti Nor Halida (IKN 2013)
Siti Zaharah (IKN 2013)
Syuhada (IKN 2013)
Muhamad Zulhamizan Amin (IKN 2014)
Muhamad Ridzuan Ibrahim (IKN 2014)
Nashatul Azzua Muhd. Subri (IKN 2014)
Nur Anira Afifah Yusra (IKN 2014)
Sazrin Mohamad (IKN 2014)
Siti Nabilah Zahari (IKN 2014)
Suzy Simin (IKN 2014)
Monday, 4 May 2015
PAMERAN AMAL DI GALERI SHAH ALAM
Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) telah mengadakan satu pameran amal di Galeri Shah Alam bermula pada 6 April hingga 22 Mei 2015. Pameran yang bertemakan KITA RASAI ini disertai oleh 87 orang pelukis terdiri daripada ahli-ahli persatuan pelukis yang bergabung dengan GAPs.
Prof Dato' Raja Zahabudin dan tetamu melawat pameran
Penulis memberi penerangan kepada pelawat
ke Pameran Kita Rasai di Galeri Shah Alam
Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI
Tuesday, 7 April 2015
PLEINAIR DI DI KAKI LIMA
Menara Condong Teluk Intan
28 Februari yang lalu saya berada di Teluk Intan, disekitar menara condong untuk menyertai acara Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan. atas jemputan Balai seni Visual Negara. Tiba disana sekitar jam 11.00 pagi. Petugas dan peserta acara sedang sibuk mengadakan latihan dan raptai untuk persembahan petang dan malam. Saya melihat kedai-kedai yang menjual beranika barang jualan diruang belakang khemah. Lalu saya memacak easel dan mula melukis pleinair dengan media cat air kegemaran saya di ruang kaki lima kedai tersebut dengan deretan kedai dan pejalan kaki yang lalu lalang di situ.
Melukis pleinair dengan cat air
Di kaki Lima, Cat Air, A3, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)































