Thursday 2 December 2021

RIVERSCAPE ULU BENDUL: MELAKAR DAN MELUKIS DI TEBINGAN SUNGAI


 Taman Eko Rimba Ulu Bendul yang terletak di laluan jalan raya Seremban - Kuala Pilah menjadi pilihan utama bagi pencinta alam semulajadi untuk bersantai dihujung minggu sambil beriadah dan berehat sebagai terapi  jiwa dan fizikal. Tempat ini juga yang kaya dengan khazanah alam menjadi lokasi yang  sangat menarik kepada penggiat-penggiat seni visual untuk berkarya.

Pada tarikh 14 November 2021 Persatuan Pelukis Negeri Sembilan telah mengadakan program Plein Air Riverscape Ulu Bendul yang disertai oleh enam puluh lima orang pelukis dari seluruh negara yang berhimpun  sehari suntuk di Ulu Bendul untuk melukis secara langsung objek-objek alam dan objek-objek buatan manusia yang dapat dijadikan   hal benda dalam karya. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan program sila KLIK DISINI.

Sejak awal pagi selepas taklimat daripada urusetia, pelukis-pelukis telah bergerak mencari lokasi  menarik ditebingan sungai yang sesuai untuk dipacak easel. Mereka memilih sudut pandangan yang dapat menghasilkan  komposisi yang artistik dan memberikan nilai estetik dengan  memfokuskan kepada batu-batu sungai, flora dan fauna, air yang mengalir, binaan dan figura yang dapat disusun pada satah dengan garis dan warna bagi menyerlahkan ruang, bentuk dan rupa, harmoni dan kontra serta kepelbagian pada ruang kanvas.    Pelbagai media digunakan mengikut kepakaran masing-masing seperti cat air, cat akrilik, cat minyak, pen, arang dan sebagainya. 

Diakhir program pelukis-pelukis telah dapat menghasilkan lebih enam puluh karya yang dipamerkan di Dewan Eko Rimba Ulu Bendul.


























Foto: Jamiah Jamaludin

Wednesday 1 December 2021

PLEIN AIR RIVERSCAPE ULU BENDUL 2021

 


Taman Rekreasi Eko Rimba Ulu Bendul yang terletak di km 20 jalan Seremban - Kuala Pilah merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Angsi dibawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan adalah hutan simpan yang terbaik di Negeri Sembilan mempunyai pelbagai kemudahan untuk aktiviti rekreasi bagi individu, keluarga atau organisasi. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna yang dijaga dan  dipelihara oleh  pihak berkuasa  yang dihiasi pula oleh sungai yang mengalir dari bukit dengan batu-batu pelbagai bentuk, warna, jalinan dan saiz lalu menjadikan kawasan ini sangat menarik bagi peminat  dan penggiat seni visual untuk menjadikan subjek-subjek yang terdapat disekitar Taman Rekreasi Ulu Bendul ini sebagai hal benda di dalam karya mereka. Untuk mendapat maklumat berkaitan sila KLIK DISINI

Atas faktor-faktor tersebut Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) telah merancang aktiviti yang dapat mengisi ruang untuk berkarya dan memenuhi gerak rasa ahli persatuan untuk  membasah berus diruang kertas dan kanvas secara lukis langsung (plein air). Perancangan telah direalisasikan pada 14 November 2021 dengan menjemput juga pelukis-pelukis dari seluruh negara terutama pelukis-pelukis yang bernaung dibawah Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs) untuk  menyertai program di Taman Rekreasi Eko Rimba Ulu Bendul.  



Program yang dinamakan sebagai  Plein Air Riverscape Ulu Bendul ini telah disertai  oleh seramai 65 orang pelukis dari Persatuan Pelukis Negeri Sembilan dan dari beberapa persatuan pelukis yang bernaung dibawah Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs) seperti Persatuan Pelukis Perak (PPPk), Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (KPNM), Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI) dan Persatuan Pelukis Terengganu (PETER)

Menurut Setiausaha PELUKIS, Dr.Ahmad Rashidi,  bagi  merealisasikan program ini pihak Balai Seni Negara telah menyumbang sumber keewangan dari Dana Tabung Bantuan Seni 20/21 dan juga mendapat kerjasama  dari  Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Kelab Teater Asar Negeri sembilan, MPPK, Luak Terachi Kuala Pilah dan Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia.

Dr. Ahmad Rashidi, Setiausaha PELUKIS 

En.Jasmi memberi taklimat berkaitan keselamatan


Aturcara dimulai dengan sesi taklimat untuk peserta yang disampaikan oleh En. Norazlan dan En.Jasmi berkaitan aktiviti dan keselamatan di Dewan Eko Rimba. Selesai taklimat semua pelukis   bergerak mencari lokasi yang difikirkan sesuai dari mana2 sudut pandangan yang menarik untuk dilakar dan dilukis pada ruang alas dengan menggunakan pelbagai media yang serasi dengan kepakaran masing-masing.


bersedia untuk memulakan aktiviti plein air




Mencari sudut pandangan yang menarik


Dr. Hushinaidi




Sentuhan terakhir

Sedia untuk dipamer


Aktiviti plein air di hentikan sementara pada jam 12.00 tengahari bagi  memberi peluang kepada peserta untuk megambil makanan tengahari yang disediakan oleh urusetia secara berbungkus sebagai mematuhi sop. Selepas makan aktiviti disambung semula sehingga pukul 4.00 petang untuk upacara penutup.


Karya-karya plein air di pamer di Dewan Eko Rimba


















Salleh Ismail dan Hamidon Ahmed,  peserta dari 
Persatuan Pelukis Perak 


Lebih 60 karya telah dihasilkan oleh peserta dalam Plein Air Riverscape Ulu Bendul 2021 dan telah dipamerkan di Dewan Eko Rimba semasa majlis penutup yang di sempurnakan oleh Tuan Hj Salleh  Awaludin, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan.


Perasmian Penutup di Dewan Eko Rimba

Peserta dari seluruh negara


Noraslan Ismail, Pengerusi PELUKIS


VIP yang hadir semasa perasmian penutup


Tn. Hj. Salleh Awaludin, Pengarah 
Perhutanan Negeri Sembilan
 menyempurnakan majlis penutup

Menandatangani banner program menandakan 
berakhirnya Plein Air Riverscape
 Ulu Bendul 2021

Untuk melihat lagi gambar foto aktiviti sila KLIK DISINI


Foto: Jamiah Jamaludin