Sunday, 3 November 2013

PAMERAN PERCIKAN JIWA

Satu pameran Seni Visual yang diberi nama PERCIKAN JIWA telah berlangsung di Annexe Gallery, Jalan Hang Kasturi, Kuala LUmpur pada 21 hingga 27 September 2013. Pameran anjuran bersama Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), The Annexe Gallery dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia diadakan bersempena '1Malaysia Comtemporary Art Tourism 2013". Seramai 38 orang pelukis telah mempamerkan lebih daripada 80 karya yang bertemakan lanskap Geting. Sebelum ini kesemua pelukis telah menyertai program Percikan Geting yang diadakan di Geting, Tumpat Kelantan pada 29 Jun 2013.
 Lihat http://susurdenai.blogspot.com/2013/07/percikan-geting-mcat-2013.html .

Pameran ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Azizan Noordin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia. Acara perasmian telah diserikan dengan persembahan muzik keroncong oleh kumpulan keroncong pelukis-pelukis Jalan Conlay dan lukisan aksi Hamidon Ahmed.


 Mahmood Mat dan Abdullah Ibrahim
membuat persiapan pameran

Persiapan pameran

 Ucapan perasmian oleh 
Ybhg. Dato' Azizan Noordin

Sapuan cat Dato' Azizan 

Kumpulan keroncong pelukis Jalan Conlay

 Tetamu di Majlis Perasmian

 Lukisan aksi Hamidon Ahmed

Shaimy Hashim YDP GAPs 
menyampaikan cenderamata

Persembahan lagu keroncong Ilham Khatijah 
dan Cikgu Razak Osman

 Hj Muhamad Jusoh menerangkan karyanya







Saya menerangkan karya kepada Dato' Azizan






Friday, 13 September 2013

ART CAMP TAMAN NEGARA


Dalam program Art Camp di Taman Negara Pahang  Kuala Tahan pada 16 hingga 19 Ogos 2013, 3 Of Us Studio juga telah berjaya mengadakan sesi plein air di perkarangan Mutiara Resort. Saya dan Dr. Ahmad Lothfi telah diberi tugas untuk membimbing seramai 17 orang pelajar International Baccalaureate World School, Malay College Kuala Kangsar dengan mengadakan sesi demonstrasi catan akrilik secara plein air. 

Walau pun masa agak terhad namun semua pelajar tetap berusaha menghasilkan karya masing-masing setakat yang termampu. Objek yang ada di persekitaran Taman Negara menjadi hal benda (subject matter)  pilihan untuk diletakkan pada kanvas. Catan yang separuh siap itu akan diselesaikan di studio MCKK.



Bergerak ke lokasi

Demonstrasi landskap secara plein air







Dr. Ahmad Lothfi: 
Demonstrasi potret










Tuesday, 27 August 2013

KEMBARA SENI TAMAN NEGARA PAHANG

3 of Us Studio,  Kolej Melayu Kuala Kangsar merancang untuk mengadakan program Art Camp bagi pelajar-pelajar Seni Visual International Baccalaureate Word School di Taman Negara Pahang. Pada 16 hingga 19 Ogos 2013 perancangan tersebut telah direalisasikan dengan Cikgu Hasrul Hisyam sebagai koordinator. Untuk membantu program, beliau telah menjemput saya dan Dr. Ahmad Lothfi dari Persatuan Pelukis Perak sebagai fasilitator. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara 'alam dekat' kepada pelajar yang dapat dijadikan hal benda melalui disiplin seperti catan, ilustrasi, arca dan fotografi.

Pada jam 9 pagi 16 Ogos 2013, bas yang membawa pelajar bertolak dari MCKK, singgah di Ipoh mengambil saya dan Cikgu Hasrul. Sampai USJ jam 2 petang mengambil Dr Lothfi di pejabatnya sebelum singgah di Gombak mengambil beberapa orang pelajar lagi. Dari Gombak perjalanan diteruskan pada jam 4 petang dan sampai kedestinadi di Kuala Tahan pada jam 9 malam. Pada masa ini kita boleh menaiki kenderaan darat ke Kuala Tahan. Sebelum tahun 2000 perjalanan dari Jerantut Ferry ke Kuala Tahan mengambil masa selama 6 jam menaiki bot.

Kami diberi penginapan di Agoh Chalet dan makan malam di restoran terapung di Sungai Tembeling. Belum pun dapat merehatkan badan, pada jam 10 malam atur cara pertama dimulakan dengan menaiki bot ke Taman Negara untuk aktiviti Night Junggle Walk. Setiap peserta membawa lampu suluh untuk menjejak hidupan penghuni rimba. Hanya pelbagai jenis serangga yang ditemui. Aktiviti berakhir hampir jam 12 malam.


Taklimat awal koordinator

Restoran terapung di Sg. Tembeling

Hari kedua. Selepas sarapan kami mengikuti aktiviti junggle trecking ke Canopy Walkway dan Bukit Teresek, meredah hutan sejauh 2.5 km berjalan melalui pelantar yang disediakan dengan En Mohamad Hazreen sebagai jurupandu. Perjalanan ini menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Bagaimana pun kesemua peserta telah berjaya menyeberang melalui Canopy Walkway sejauh 500meter pada ketinggian hampir 100 kaki dan mendaki Bukit Teresek hingga ke puncak. Menuruni bukit dalam perjalanan balik agak memeritkan.



Di hadapan tempat penginapan 
di Kuala Tahan

En. Muhamad Hazreen, 
jurupandu


Penerangan jurupandu


Ke Bukit Teresek dan  Canopy Walkway


Di celah banir

  Canopy Walkway


Berehat selepas menyeberang 
Canopy Walkway

Menyeberang Sungai Tembeling

Makan tengahari

Ikan pating masak lemak

Selepas makan tengahari kami diminta memakai pakaian yang 'bersedia untuk basah' kerana aktiviti yang akan dijalankan semua orang pasti akan basah. Semua gajet yang dibawa dimasukkan ke dalam karung plastik dan diletakkan di bahagian hadapan dalam bot untuk mempastikan tidak basah. Kami menaiki dua buah bot panjang, bergerak beriringan mudik ke hulu Sungai Tembeling. Sebaik sahaja bot memecut pembantu bot dihadapan akan menahan air dengan pengayuh menyebabkan sesiapa sahaja yang berada di dalam bot bersebelahan akan basah. Peperangan pun bermla dan tidak berhenti sehingga tiba kedestinasi di Kampung Orang Asli di pesisir Sungai Tembeling. Perjalanan bot yang melalui beberapa jeram cukup mendebarkan.


Perjalanan ke Kg. Orang Asli

Jurupandu memberi penerangan 
di Kg. Orang Asli

Tiba di Kampung Orang Asli kami di beri penerangan oleh En, Mohamad Hazreen, jurupandu. Orang asli suku kaum Batik yang tinggal di situ turut menunjukkan demonstrasi menyalakan api secara tradisional. Peserta diberi peluang untuk menggunakan sumpit.

Malam ini diadakan program Bicara Seni yang dikendalikan oleh saya dan Dr. Lothfi di restoran terapung selepas makan malam.

Demo menghidupkan api 
secara tradisional


Hari Ketiga. Aturcara pagi hari ketiga adalah melukis plein air di sekitar Mutiara Resort Taman Negara. Saya dan Dr, Lothfi telah menunjukkan demonstrasi melukis catan dengan menggunakan media cat akrilik walau pun pada awalnya saya bercadang untuk membuat demonstrasi cat air (pelajar hanya membawa kanvas dan cat akrilik, tidak membawa cat air dan kertas). Semua pelajar mengambil peluang menghasilkan karya plein air disekitar laman Mutiara Resort Taman Negara. Aktiviti berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Art Camp di laman Mutiara Resort


Pada jam 2.30 petang kami menyusur Sungai Tahan untuk ke Pusat Santuari Kelah di Kuala Tenor dan Latar Berkoh. Perjalanan dengan bot yang hanya membawa muatan empat peserta, seorang pemandu bot dan seorang pembantu juga melalui beberapa jeram yang menyusur di celah-celah batu pastinya  memerlukan kepakaran tinggi pemandu bot. Landskap diperjalanan ini sungguh menarik dan banyak memberi imej visual untuk boleh menjadi  hal benda dalam karya pelajar.

Malam sepatutnya diteruskan dengan program menyusur Sungai Tembeling dengan bot tetapi telah ditukar kepada Sembang Seni cuaca yang tidak mengizinkan.

Lata Berkoh

Selepas mandi

Hari Keempat. Awal pagi semua peserta mula berkemas dan memasukkan barang-barang ke dalam bas. Acara penutup secara ringkas telah di adakan di perkarangan tebingan Kuala Tahan dengan ucapan ringkas dan penyampaian cenderamata. Bas mula bergerak dari Agoh Chalet Kuala Tahan  pada jam 9 pagi. Perjalanan balik melalui Lebuhraya Pantai Timur dalam hujan renyai-renyai menyebabkan tiba di Ipoh jam 9 malam.


Hari terakhir di Kuala Tahan

Cenderamata untuk Dr. Ahmad Lothfi

Cenderamata fasilitator

Hampir bertolak 

Makan tengahari di Lancang