Friday, 19 August 2016

KARYA-KARYA PLEIN AIR ARA PANJANG

Diantara beberapa karya yang telah dihasilkan oleh ahli Persatuan Pelukis Perak (PPP)
semasa program plein air di sekitar kolam air panas Ara Panjang, Manong, anjuran bersama PPP dan Balai Seni Visual Negara (BSVN) pada 12 Jun 2016 yang lalu.



                          
                           JAMIL ZAMRI, Tasik Air Panas Ara Panjang,
                            Akrilik atas kertas


 
                               MOHD. AMIN BUSU, 
                            Kolam Air Panas Ara Panjang,
                            Cat Air

                                MOHD. SUKRI IBRAHIM, 
                             Kolam Air Panas Ara Panjang,
                             Cat air

                                HAMIDON AHMED, Ara Panjang, Cat air

                                              MUHAMAD RIDZUAN,
                                         Belukar Di tepi Tasik
                                         Pen dan cat air

                                                 ROSLI NGAH, Pohon Ara,
                                            Dakwat atas kertas

  
                                                   ROSLI NGAH
                                              Air Panas Ara Panjang
                                              Dakwat atas kertas
  
                                HAMIDON AHMED, Menunggu, 
                             Cat air


                               SALLEH ISMAIL, Kolam Air Panas Ara Panjang,
                            Cat air

                                DATO' AHMAD LOTHFI IBRHIM, Mistik Sang Ara, 
                             Akrilik



                                           ROSLI NGAH, 
                                           Air Panas Kg. Ara Panjang,
                                           Cat air


Wednesday, 17 August 2016

PLEIN AIR ARA PANJANG





Saperti biasa selepas solat isyak di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Batu 4, Tambun, saya akan bertemu dan berbincang dengan  setiausaha Persatuan Pelukis Perak (PPP), Cikgu Hirzuan berkaitan perancangan akiviti, masalah PPP dan lain-lain. Kebetulan rumah kami di kawasan yang sama. Di sinilah kami selalu mengadakan mesyuarat tidak rasmi. Dalam pertemuan kali ini SU menyatakan   Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah menawarkan kepada Persatuan Pelukis Perak (PPP) untuk melaksanakan satu aktiviti plein air bagi merakamkan tempat-tempat menarik di kawasan Manong. Kami membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut. 

Manong adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Kangsar dan Kawasan Parlime Bukit Chandan. Untuk ke Manong dari Kuala Kangsar mengambil masa lebih kurang 30 minit berkereta  melalui jalan raya Kuala Kangsar - Lumut. Di Manong terdapat beberapa destinasi pelancongan yang menarik seperti Pusat Rekreasi Hulu Kenas, Latar Guar, Pecah Batu, Padang Ragut Kg. Guar dan Kolam Air Panas Ara Panjang.

PPP telah bersetuju untuk mengadakan program plein air saperti yang ditawarkan oleh BSVN. Tarikh telah ditetapkan, semua ahli telah dihubungi. Bagaimana pun lokasi perlu ditinjau dulu. Tempat pleinair mesti mempunyi hal benda yang menarik untuk dilukis dan yang penting tempat tersebut belum diketahui ramai. Kami dimaklumkan oleh BSVN karya-karya nanti akan disesuaikan dengan  program tahunan BSVN iaitu 1Malaysia Comunity Arts Tourism 2016 (1MCAT 2016). Jadi karya-karya nanti diharap dapat memberi maklumat dan dapat menarik pelancong ke situ.

Saya dan Cikgu Hirzuan bersetuju untuk membuat tinjauan ke lokasi. Seminggu sebelum program saya, Hirzuan, Ismail Alias, Hamidon Ahmad dan Mohd. Amin Busu telah pergi tinjauan di beberapa tempat di Manong. Hujan lebat yang turun menyekat pergerakan kami. Bagaimana pun kami memilih Kolam Air Panas Ara Panjang untuk program pleinair.


Semasa tinjauan awal: Kolam air panas Ara Panjang
 mengeluarkan wap selepas hujan

Pada tarikh yang telah ditetapkan, sebelum matahari terbit semua yang terlibat telah bergerak ke Manong dan diminta berkumpul di Masjid Kg. Ara Panjang kerana ramai yang tidak tahu lokasi yang hendak dituju. Sebelum kesana saya perlu mengambil nasi lemak yang telah ditempah untuk mengalas perut sebelum makan tengahari.  Kebajikan ahli perlu dijaga.   Menjelang jam 10 pagi seramai 20 orang ahli PPP  telah tiba. Jalan agak sibuk kerana suasana kempen PRK Parlimen Bukit Chandan. 


Berkumpul di Masjid Kg. Ara Panjang

Sampai dilokasi semua mengambil lokasi masing-masing dan mula melukis. Kolam air panas Ara Panjang mempunyai beberapa kemudahan yang telah disediakan saperti tandas, tempat berteduh dan  gerai jualan  tetapi kelihatan usang kerana tidakada pengunjung dan tidak diselia dengan baik. 

Pelukis PPP menggunakan pelbagai media saperti cat air, akrilik dan pen. Sembang-sembang seni berlaku secara tidak formal. Gurau senda diiringi hilai tawa. Diakhir program Dato, Dr. Ahmad Lothfi, Presiden PPP mengadakan sesi penutup sebagai  motivasi kepada ahli. Selepas makan tengahari kami bergerak ke destinasi lain di sekitar Manong untuk merngambil gambar dan melukis di studio.

Beberapa karya telah dapat dihsilkan dalam program pleinair Ara Panjang kali ini. 



Setiausaha memberi taklimat

Mencari lokasi yang menarik

Saya  mengambil lokasi di tepi kolam

Razali Jaafar

Dr. Kasran

Mohd. Yusuf Baki (uncle)

Presiden PPP, Dato' Dr. Ahmad Lothfi

Jamil Zamri dgn.media akrilik








 Hirzuan Zulkiffli (SU)



Mohd. Amin Busu

Presiden memberi motivasi semasa sesi penutup


Hasil plein air di Kolam Air Panas Ara Panjang

Sunday, 22 May 2016

BENGKEL CAT AIR DI UPSI

Program eSe art yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 19 - 30 Oktober 2015 telah diisi dengan pelbagai acara saperti pameran, seminar dan bengkel yang diadakan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman langsung kepada pelajar sebagai nilai tambah. 

Saya telah diminta oleh Prof. Madya Dr. Halim Husin untuk mengendalikan satu bengkel cat air kepada pelajar Seni Visual UPSI pada 29 Oktober 2015. Bengkel bermula pada jam 9 pagi di Dewan Bintara UPSI yang dihadiri oleh lebih 80 orang pelajar. Disebabkan bilangan peserta yang ramai saya telah bersedia dengan  persembahan power point yang berkaitan dengan alat, bahan dan teknik catan cat air. Bengkel di kendalikan secara  teori, demonstrasi dan amali yang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selepas makan tengahari saya bergegas ke Rawang kerana ada jadual kuliah di Institut Kraf Negara pada padas jam 3 petang.


Teori: Alat, bahan dan teknik


Demonstrasi teknik cat ir

30 minit demo



 Peserta membuat latihan  amali













Wednesday, 4 November 2015

eSe art: PAMERAN VISUAL PELBAGAI MEDIA




Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyediakan ruang di Bitara Siswa untuk karyawan visual mempamerkan karya mereka yang bertemakan "Warisan". Pameran yang dinamakan sebagai eSe art ini telah diadakan untuk mengisi acara program Regional Alumni Exhibition And Seminar, Education Through Art yang dikelolakan oleh alumni UPSI bagi tahun 2015. Sebanyak 103 karya pelbagai media telah dipamerkan kepada audian  bermula 19 hingga 30 Oktober 2015. 

Setiap tahun penyertaan pameran hanya dibuka kepada  alumni UPSI sahaja tetapi pada tahun ini telah menjemput pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Perak (PPP), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) dan Persatuan Senirupa Malaysia (PERUPA) serta beberapa pelukis dari negara Asian untuk sama-sama mempamerkan karya mereka. Ini disebabkan sebilangan  pelukis yang menganggotai PPP, APS dan PERUPA merupakan alumni UPSI.

Pameran eSe art telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin bt. Dato' Mohd. Radzi, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Multimedia Negeri Perak pada 26 Oktober 2015, jam 4 petang.



 Perasmian eSe art



 Gimik perasmian


Antara karya yang dipamerkan:  


 AZHAR AHMAD, Lain Hulu Lain Parang, Batik, 2015


 MAZLAN NOR ALONG, Zikir Kaabah Dari Seluruh Benua, 
Akrilik dan tinta, 2015

 DR. SADIAH ABDULLAH, Sukan Air Di Perak, 
Akrilik, 2015


 NORAZLINAWATI HASHIM, Tenang Di Hutan 
Belum, Akrilik dan cat minyak, 2015


 MD. SALLEH DAWAM, Muzik dan Bunga, Akrilik, 2014


 ZARINA ABDULLAH, Last Heritage, Akrilik, 2015


 RADUAN NORUDIN, Ilham Kamalia, Tiba-tiba 
Langkahku Terhenti, 2014


 HASSAN MOHD. GHAZALI, Menumpang lll, 
Pensel warna, 2014


 ABD, RASHID YUSOF, Gerak Belum, Akrilik, 2015


AHMAD FAUZI ARSHAD, Moonlight Gardern, 
Media campuran, 2015


 NORHANI KAMARULbAHARI, Ammonia,
 Media campuran, 2014


 RAHIM JAAFAR, Media campuran, 2015


 ABD. RAHMAN JAFFAR, Perahu Helang, Akrilik, 2014


 MOHD. IKRAM AZLAN, 2015

 MOHD. SUKERI IBRAHIM, Sang Raja Rimba, 
Akrilik, 2015


 ROSLAINI MOHD. SAAD, 2015


SALLEH ISMAIL, Taman Tasik Taiping, Cat air, 2014