Monday, 22 April 2013

MASALAH ALGA DI DALAM KOLAM IKAN HIASAN

Masalah yang sering dihadapi oleh peminat kolam ikan hiasan adalah alga yang menghijaukan air kolam. Tumbuhan ini akan lebih cepat membiak jika kolam terdedah kepada cahaya matahari. Masalah ini juga telah saya hadapi diperingkat awal selepas membina kolam ikan koi di halaman rumah yang terdedah kepada cahaya matahari. Setiap tiga empat hari saya terpaksa menukar air kolam. Saya memasukkan bahan penjernih air yang dibeli dari kedai akuarium, tapi hanya tahan beberapa hari sahaja. 

Akhirnya saya memasukkan beberapa tumbuhan akuatik yang ditanam di dalam pasu ke dalam kolam. Tidak beberapa lama selepas itu alga tidak lagi memenuhi kolam. Air menjadi semakin jernih. Mengikut saranan pakar-pakar ikan hiasan tumbuhan akuatik di dalam kolam juga membekalkan oksigen kepada ikan. 


Jadi untuk mengatasi masalah alga yang menghijaukan kolam bolehlah kita memasukkan tumbuhan akuatik seperti orkid air, purun bali, colok cina, kiambang dan keladi. Tumbuhan ini jangan dibiarkan terlalu rimbun dan perlu dipotong. Kiambang yang paling mudah membiak perlu selalu dibuang. Akar kiambang yang terapung dipermukaan air itu boleh menjadi makanan kepada ikan-ikan koi. 


Kita juga mungkin menghadapi air yang cepat kotor, tambahan lagi jika terlalu banyak ikan di dalam kolam. Ini boleh diatasi jika sistem penapis air berfungsi dengan baik yang menjadikan air kolam akan sentiasa jernih dan tidak perlu kerap ditukar. Saya sudah hampir lima tahun tidak menukar air. Kalau kelihatan kotor bersihkan filter sahaja, tidakberapa lama air akan jernih kembali.    





Orkid air


 Keladi


 Colok cina

 Kiambang




Tuesday, 16 April 2013

2 JAM LUKIS SANTAI DI IPGM

Saya dijemput untuk mengelolakan satu bengkel cat air kepada pelajar elektif Pendidikan Seni Visual di Institut Pendidikan  Guru (IPGM) Kampus Ipoh (anak buah Razid Karim dan Razali Jaafar) pada 20 Mac 2013 yang lalu. Mengambil kira sebilangan besar peserta yang belum pernah didedahkan dengan teknik-teknik dalam catan cat air dan masa yang diperuntukkan hanya selama dua jam maka saya merancang untuk memberi pendedahan teknik yang paling asas. 


Saya membuat demonstrasi teknik basah atas basah dan glazing dengan hal benda bentuk asas seperti bulat, kiub dan selinder. Ini bagi memudahkan mereka mencuba dalam sesi "basah berus".  Jangkaan saya memang tepat. Pengalaman langsung adalah penting untuk memberi peluang mereka mengaplikasikan apa yang diajar. Sesi ini memberi pengalaman pertama mereka dalam catan cat air, walau pun ada yang menggunakan cat poster (mungkin menganggap semua pewarna berasas air adala cat air). 

Saya mencadangkan kepada  mereka untuk cuba menggunakan gandingan warna complimentary (warna penggenap). Ada yang menyambut saranan saya dan menggunakan gandingan warna biru dan jingga. Hasilnya memang menarik. Nampaknya ada yang selesa dengan media cat air pada kertas A3, walau pun yang lain hanya berani ada ukuran A4.

 Demo bentuk asas

 Sesi "basah berus"








KARYA-KARYA PERTAMA LUKIS SANTAI








Friday, 5 April 2013

GABUNGAN TEKNIK DALAM AKTIVITI MENGGAMBAR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mengandungi empat bidang  yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. 

Bidang menggambar mengandungi beberapa teknik seperti lukisan, catan, kolaj, percikan, cetakan, gosokan, capan, tiupan dan stensilan. Di tahap dua sekolah rendah guru  boleh merancang aktiviti yang melibatkan gabungan dua atau tiga teknik dalam satu karya. Ini dapat mempertingkatkan imaginasi dan kereativiti murid melalui eksplorasi dan eksperimentasi media dan teknik.  

KARYA MENGGAMBAR DENGAN GABUNGAN TEKNIK



Mohd. Nazri Rozali, teknik gurisan, 
kolaj dan gosokan


Roslina Ahmad, teknik mozek, 
lukisan dan perckan


Rahimi Abd. Rahim Alyobi, teknik kolaj, 
percikan, lukisan, gosokan dan catan 


Noor Kalbee Hassan, teknik montaj, 
mozek, gosokan dan lukisan


Sharifah Hasni Syed Idris, teknik lukisan, 
kolaj dan capan


Lui Poh Ean, teknik montaj, 
resis dan catan


Faridah Kassim, teknik kolaj dan percikan


Rus Anita Mohd. Yunus, teknik 
gurisan, mozek dan kolaj


Salmirawati Che Embi, teknik catan,
kolaj dan montaj


Siti Zuyah Abd. Hamid, teknik 
montaj, percikan dan catan


Fazilah Shamsudin, teknik kolaj 
dan gosokan 

Saturday, 23 March 2013

PLEIN AIR HULU PIAH

Minggu  lalu,  Hamidon Ahmed tiba-tiba  menghantar sms buat rancangan nak outing. Saya cadangkan ke Ulu Piah melalui Iskandar Polo Club, Midon setuju, Sabtu 16 Mac jam 8.30 pagi akan plein air di Ulu Piah. Pergi ke sana tidak sesuai menaiki kereta (kecuali kalau tak sayang kereta), jalannya dengan berlubang di sana sini dan batu-batu yang kasar. Saya membawa cat air dan water colour paper saiz A3 menaiki Vespa  model 1972 menunggu Hamidon di Iskandar Polo Club (sempat membuat sketcing).

Melalui jambatan kayu melintas sungai

Kami bergerak ke Ulu Piah melalui jalan yang sesuai untuk pacuan 4 roda menyusur kaki gunung batu kapur dan dusun durian. Pemandangan menarik. Kami mencari lokasi yang sesuai di pesisir sungai lalu memacak easel dan mula melukis.


Pacak easel  




 Hamidon Ahmed dengan cat air baru beli


Karya hampir siap


 Dah nak balik


Jambatan yang dilalui

Saturday, 26 January 2013

HARI KOKURIKULUM SMK TAMBUN

Persatuan Pelukis Perak telah dijemput untuk memeriahkan Hari Kokurikulum SMK Tambun 2012 yang berlangsung pada 20 Oktober 2012. Sehari sebelum saya bersama Mashitah dan Ngdawiyah melawat ke lokasi, berbincang dan membuat perancangan.  Ahli lain tak dapat menyertai. Pada pagi Sabtu 20 Oktober kami menyusun mini pameran, membuat demonstrasi dan live sketching. Beberapa orang pelajar juga sama-sama mengambil bahagian. Ramai audian terdiri daripada pelajar dan guru-guru. Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan apa yang lihat.


Aktiviti Persatuan Pelukis Perak 
di SMK Tambun

Live sketching

 Fitri Salleh, Tingkatan 3 mencalit 
warna pada kanvas

Sentuhan akhir

Fitri salleh, "Kuala Sepetang", 
emulsi atas kanvas

Demonstrasi catan cat air

 Catan cat air

Thursday, 19 July 2012

PLEIN AIR: Gunung Keriang

Sabtu 28 April 2012. Pagi itu selepas sarapan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, di Pumpong, berkereta bersama Munif Mohamad Nor dari Pahang dan rakan-rakan Angkatan Pelukis Kedah, SENIKA serta Persatuan Pelukis Negeri Perlis menuju ke Muzium Padi,  Gunung Keriang. 

 Tiba di Muzium Padi agak lewat, mencari lokasi dan objek yang sesuai untuk menjadi hal benda. Gunung Keriang yang terbentang menjadi tarikan. Memacak easel di hadapan Muzium Padi, stretch water colour paper bersaiz A3 kerana masa yang terhad. Melukis plein air menggunakan media cat air. Gunung Keriang dari Muzium Padi.


Tiba di Muzium Padi

Pacak easel dan plein air




"Gunung Keriang", 54cm X 35cm, 
Cat air, 2012



Thursday, 12 July 2012

BAZAR SENI INDUSTRI BUDAYA


Pagi 9 Jun 2012 bertolak dari Ipoh bersama Hamidon Ahmed dan Ismail Alias. Destinasinya ialah Dataran Merdeka, Kuala Lmpur. Membawa catan bersaiz A4, A3 dan A2 yang telah siap dimounting. Selewat-lewatnya perlu sampai ke sana jam 11 pagi untuk melapor diri bagi menyertai program Bazar Seni Industri Budaya. Tepat jam 11.30 pagi tiba di dataran Merdeka. Dato' Mahsun telah pun tiba. Pegawai JKKN yang bertugas telah 'menyerahkan' booth yang berhadapan dengan pentas persembahan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkankan program Bazar Seni Industri Budaya di hadapan Panggung Bandaraya pada hari Sabtu dan Ahad minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun 2012 bermula jam 2 petang hingga 11 malam. Program ini memberi peluang kepada penggiat seni dari seluruh negara untuk memasarkan produkseni yang dihasilkan.

Pada 9 hingga 10 Jun 2012 pihak JKKN telah memberi peluang kepada Persatuan Pelukis Perak  untuk menyertai Bazar Seni bagi bulan Jun. Pelukis Perak disertai oleh Dato' Mahsun Taib, Hamidon Ahmed, Salleh Ismail, Ismail Alias, Zaki Hadri dan Raduan Norudin.

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh JKKN kepada penggiat seni yang mengambil bahagian dalam  program tersebut termasuk tempat  jualan, makan serta penginapan. Aturcara program hari itu diserikan dengan persembahan  pentas seperti band jemputan, dikir barat, pertandingan karaoke dan pameran kereta dengan pelbagai asessori yang menarik.


 Ahli Pelukis Perak yang menyertai 
Bazar Seni Kuala Lumpur


Hamidon Ahmed (pelukis bertopi) menyiapkan 
life skeching 

Jam 11 malam. Dato' Mahsun memikul easel 
bersiap untuk pulang


 Pameran kereta

Kereta dengan asessori luar biasa