Taman Rekreasi Eko Rimba Ulu Bendul yang terletak di km 20 jalan Seremban - Kuala Pilah merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Angsi dibawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan adalah hutan simpan yang terbaik di Negeri Sembilan mempunyai pelbagai kemudahan untuk aktiviti rekreasi bagi individu, keluarga atau organisasi. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna yang dijaga dan dipelihara oleh pihak berkuasa yang dihiasi pula oleh sungai yang mengalir dari bukit dengan batu-batu pelbagai bentuk, warna, jalinan dan saiz lalu menjadikan kawasan ini sangat menarik bagi peminat dan penggiat seni visual untuk menjadikan subjek-subjek yang terdapat disekitar Taman Rekreasi Ulu Bendul ini sebagai hal benda di dalam karya mereka. Untuk mendapat maklumat berkaitan sila KLIK DISINI
Atas faktor-faktor tersebut Persatuan Pelukis Negeri Sembilan (PELUKIS) telah merancang aktiviti yang dapat mengisi ruang untuk berkarya dan memenuhi gerak rasa ahli persatuan untuk membasah berus diruang kertas dan kanvas secara lukis langsung (plein air). Perancangan telah direalisasikan pada 14 November 2021 dengan menjemput juga pelukis-pelukis dari seluruh negara terutama pelukis-pelukis yang bernaung dibawah Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs) untuk menyertai program di Taman Rekreasi Eko Rimba Ulu Bendul.
Program yang dinamakan sebagai Plein Air Riverscape Ulu Bendul ini telah disertai oleh seramai 65 orang pelukis dari Persatuan Pelukis Negeri Sembilan dan dari beberapa persatuan pelukis yang bernaung dibawah Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia (GAPs) seperti Persatuan Pelukis Perak (PPPk), Persatuan Senilukis dan Senireka Melayu Negeri Pahang (SENIKA), Kumpulan Pelukis Negeri Melaka (KPNM), Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI) dan Persatuan Pelukis Terengganu (PETER)
Menurut Setiausaha PELUKIS, Dr.Ahmad Rashidi, bagi merealisasikan program ini pihak Balai Seni Negara telah menyumbang sumber keewangan dari Dana Tabung Bantuan Seni 20/21 dan juga mendapat kerjasama dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Kelab Teater Asar Negeri sembilan, MPPK, Luak Terachi Kuala Pilah dan Gabungan Persatuan Pelukis seMalaysia.
Aturcara dimulai dengan sesi taklimat untuk peserta yang disampaikan oleh En. Norazlan dan En.Jasmi berkaitan aktiviti dan keselamatan di Dewan Eko Rimba. Selesai taklimat semua pelukis bergerak mencari lokasi yang difikirkan sesuai dari mana2 sudut pandangan yang menarik untuk dilakar dan dilukis pada ruang alas dengan menggunakan pelbagai media yang serasi dengan kepakaran masing-masing.
Aktiviti plein air di hentikan sementara pada jam 12.00 tengahari bagi memberi peluang kepada peserta untuk megambil makanan tengahari yang disediakan oleh urusetia secara berbungkus sebagai mematuhi sop. Selepas makan aktiviti disambung semula sehingga pukul 4.00 petang untuk upacara penutup.
Lebih 60 karya telah dihasilkan oleh peserta dalam Plein Air Riverscape Ulu Bendul 2021 dan telah dipamerkan di Dewan Eko Rimba semasa majlis penutup yang di sempurnakan oleh Tuan Hj Salleh Awaludin, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment