.
Saperti biasa selepas solat isyak di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Batu 4, Tambun, saya akan bertemu dan berbincang dengan setiausaha Persatuan Pelukis Perak (PPP), Cikgu Hirzuan berkaitan perancangan akiviti, masalah PPP dan lain-lain. Kebetulan rumah kami di kawasan yang sama. Di sinilah kami selalu mengadakan mesyuarat tidak rasmi. Dalam pertemuan kali ini SU menyatakan Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah menawarkan kepada Persatuan Pelukis Perak (PPP) untuk melaksanakan satu aktiviti plein air bagi merakamkan tempat-tempat menarik di kawasan Manong. Kami membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut.
Manong adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Kangsar dan Kawasan Parlime Bukit Chandan. Untuk ke Manong dari Kuala Kangsar mengambil masa lebih kurang 30 minit berkereta melalui jalan raya Kuala Kangsar - Lumut. Di Manong terdapat beberapa destinasi pelancongan yang menarik seperti Pusat Rekreasi Hulu Kenas, Latar Guar, Pecah Batu, Padang Ragut Kg. Guar dan Kolam Air Panas Ara Panjang.
PPP telah bersetuju untuk mengadakan program plein air saperti yang ditawarkan oleh BSVN. Tarikh telah ditetapkan, semua ahli telah dihubungi. Bagaimana pun lokasi perlu ditinjau dulu. Tempat pleinair mesti mempunyi hal benda yang menarik untuk dilukis dan yang penting tempat tersebut belum diketahui ramai. Kami dimaklumkan oleh BSVN karya-karya nanti akan disesuaikan dengan program tahunan BSVN iaitu 1Malaysia Comunity Arts Tourism 2016 (1MCAT 2016). Jadi karya-karya nanti diharap dapat memberi maklumat dan dapat menarik pelancong ke situ.
Saya dan Cikgu Hirzuan bersetuju untuk membuat tinjauan ke lokasi. Seminggu sebelum program saya, Hirzuan, Ismail Alias, Hamidon Ahmad dan Mohd. Amin Busu telah pergi tinjauan di beberapa tempat di Manong. Hujan lebat yang turun menyekat pergerakan kami. Bagaimana pun kami memilih Kolam Air Panas Ara Panjang untuk program pleinair.
Semasa tinjauan awal: Kolam air panas Ara Panjang
mengeluarkan wap selepas hujan
Pada tarikh yang telah ditetapkan, sebelum matahari terbit semua yang terlibat telah bergerak ke Manong dan diminta berkumpul di Masjid Kg. Ara Panjang kerana ramai yang tidak tahu lokasi yang hendak dituju. Sebelum kesana saya perlu mengambil nasi lemak yang telah ditempah untuk mengalas perut sebelum makan tengahari. Kebajikan ahli perlu dijaga. Menjelang jam 10 pagi seramai 20 orang ahli PPP telah tiba. Jalan agak sibuk kerana suasana kempen PRK Parlimen Bukit Chandan.
Berkumpul di Masjid Kg. Ara Panjang
Sampai dilokasi semua mengambil lokasi masing-masing dan mula melukis. Kolam air panas Ara Panjang mempunyai beberapa kemudahan yang telah disediakan saperti tandas, tempat berteduh dan gerai jualan tetapi kelihatan usang kerana tidakada pengunjung dan tidak diselia dengan baik.
Pelukis PPP menggunakan pelbagai media saperti cat air, akrilik dan pen. Sembang-sembang seni berlaku secara tidak formal. Gurau senda diiringi hilai tawa. Diakhir program Dato, Dr. Ahmad Lothfi, Presiden PPP mengadakan sesi penutup sebagai motivasi kepada ahli. Selepas makan tengahari kami bergerak ke destinasi lain di sekitar Manong untuk merngambil gambar dan melukis di studio.
Beberapa karya telah dapat dihsilkan dalam program pleinair Ara Panjang kali ini.
Setiausaha memberi taklimat
Mencari lokasi yang menarik
Saya mengambil lokasi di tepi kolam
Razali Jaafar
Dr. Kasran
Mohd. Yusuf Baki (uncle)
Presiden PPP, Dato' Dr. Ahmad Lothfi
Jamil Zamri dgn.media akrilik
Hirzuan Zulkiffli (SU)
Mohd. Amin Busu
Presiden memberi motivasi semasa sesi penutup
Hasil plein air di Kolam Air Panas Ara Panjang