Wednesday, 4 November 2015

eSe art: PAMERAN VISUAL PELBAGAI MEDIA




Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyediakan ruang di Bitara Siswa untuk karyawan visual mempamerkan karya mereka yang bertemakan "Warisan". Pameran yang dinamakan sebagai eSe art ini telah diadakan untuk mengisi acara program Regional Alumni Exhibition And Seminar, Education Through Art yang dikelolakan oleh alumni UPSI bagi tahun 2015. Sebanyak 103 karya pelbagai media telah dipamerkan kepada audian  bermula 19 hingga 30 Oktober 2015. 

Setiap tahun penyertaan pameran hanya dibuka kepada  alumni UPSI sahaja tetapi pada tahun ini telah menjemput pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Perak (PPP), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) dan Persatuan Senirupa Malaysia (PERUPA) serta beberapa pelukis dari negara Asian untuk sama-sama mempamerkan karya mereka. Ini disebabkan sebilangan  pelukis yang menganggotai PPP, APS dan PERUPA merupakan alumni UPSI.

Pameran eSe art telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin bt. Dato' Mohd. Radzi, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Multimedia Negeri Perak pada 26 Oktober 2015, jam 4 petang.



 Perasmian eSe art



 Gimik perasmian


Antara karya yang dipamerkan:  


 AZHAR AHMAD, Lain Hulu Lain Parang, Batik, 2015


 MAZLAN NOR ALONG, Zikir Kaabah Dari Seluruh Benua, 
Akrilik dan tinta, 2015

 DR. SADIAH ABDULLAH, Sukan Air Di Perak, 
Akrilik, 2015


 NORAZLINAWATI HASHIM, Tenang Di Hutan 
Belum, Akrilik dan cat minyak, 2015


 MD. SALLEH DAWAM, Muzik dan Bunga, Akrilik, 2014


 ZARINA ABDULLAH, Last Heritage, Akrilik, 2015


 RADUAN NORUDIN, Ilham Kamalia, Tiba-tiba 
Langkahku Terhenti, 2014


 HASSAN MOHD. GHAZALI, Menumpang lll, 
Pensel warna, 2014


 ABD, RASHID YUSOF, Gerak Belum, Akrilik, 2015


AHMAD FAUZI ARSHAD, Moonlight Gardern, 
Media campuran, 2015


 NORHANI KAMARULbAHARI, Ammonia,
 Media campuran, 2014


 RAHIM JAAFAR, Media campuran, 2015


 ABD. RAHMAN JAFFAR, Perahu Helang, Akrilik, 2014


 MOHD. IKRAM AZLAN, 2015

 MOHD. SUKERI IBRAHIM, Sang Raja Rimba, 
Akrilik, 2015


 ROSLAINI MOHD. SAAD, 2015


SALLEH ISMAIL, Taman Tasik Taiping, Cat air, 2014



















Wednesday, 21 October 2015

KAMPUNG NELAYAN PULAU PANGKOR

Saya ke Pulau Pangkor membawa keluarga  makan angin sambil melihat dan merakam keindahan perkampungan nelayan di sana dengan Nikon D40X yang menjadi teman karib. Menginap di Pangkor Puteri Resort di Pasir Bogak yang jendelanya mengadap ke laut. Sambil melihat bot-bot nelayan yang pulang dan pergi saya sempat melakar melalui jendela kamar. Hari kedua saya  menyewa sebuah kereta Kancil  mengelilingi pulau untuk melihat keindahan Pulau Pangkor. Perjalanan mendaki bukit dan berliku melalui Teluk Nipah, Teluk Dalam, Sungai Pinang dan terus ke Teluk Gedung 


Lakaran dari jendela kamar


Teluk Gedung merupakan sebuah perkampungan nelayan di Pulau Pangkor  yang juga tercatat dalam sejarah diera perdagangan bijih timah  Syarikat Hindia Timur Belanda disekitar 1670. Kebanyakan rumah nelayan di sini bahagian belakangnya mengadap ke laut. Shutter Nikon D40X berkali-kali dipetik untuk merakam pemandangan perkampungan nelayan di sini. 

Di SusurDenai Studio saya melihat dan membuat editing. Saya tertarik pada suatu sudut  belakang sebuah rumah  nelayan di situ untuk dijadikan  sebagai hal benda dalam karya. Di belakang rumah  ini  menjadi tempat penyimpanan peralatan menangkap ikan dan menjemur kain bagi penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan. Bangunan berbumbung zing, peralatan nelayan dan ampaian ini menarik perhatian saya untuk dijadikan hal benda dalam karya.


Menggunakan media cat air di atas watercolour paper bersaiz 74cm x 54cm dengan pelbagai teknik seperti basah atas basah dan basah atas kering. Saya telah mengubahsuai warna pada sebahagian objek yang terdapat dalam karya bagi menimbulkan mood yang lebih menarik dengan tidak menyalin warna asal dan mengaplikasiakn dalam karya. Aspek pencahayaan dan bayang-bayang diberi perhatian utama. Elemen garisan,  jalinan dan ruang  juga diperjelaskan dengan ketara bagi menampakkan variety. Ruang belakang rumah ini menampakkan susunan objek dalam ruang yang bersahaja dan reality kehidupan golongan nelayan.


 Ruang belakang rumah

 Bot yang tersadai

 Ampaian kain

 Menyiapkan kerja dalam studio

SALLEH ISMAIL, Teluk Gedung, Pangkor, 
at air, 74cm x 54cm, 2015


Pameran 1MCAT 2015 di Balai Seni Visual Negara:
Bersama  Dato Taib Abu, Ahli Lembaga  BSVN

Monday, 19 October 2015

LAKAR MERDEKA

Baru-baru ini bersempena dengan bulan kemerdekaan 2015 Persatuan Pelukis Perak dan Muzium Darul Ridzuan telah menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Lakar Merdeka. Pengisiannya, penganjur telah menjemput pelukis-pelukis untuk melukis secara plein air di sekitar Muzium Darul Ridzuan. Pada hari berlangsungnya Lakar Merdeka ramai pelukis yang telah mengambil bahagian dengan menggunakan pelbagai media, teknik dan gaya. Sepanjang program  telah mendapat liputan RTM untuk Selamat Pagi Malaysia.

 Bermula jam 9.00 pagi semua yang akan mengambil bahagian telah berkumpul di perkarangan muzium dan telah biberi taklimat ringkas tentang program. Selepas sarapan semua peserta telah bergerak mencari sudut yang menarik di sekitar muzium. Kebanyakan pelukis memberi tumpuan kepada bangunan muzium dan dilokasi bahagian hadapan. 


Dato' Dr. Lothfi: Bangunan muzium sebagai hal benda

Saya memilih lanskap di bahagian belakang bangunan muzium  sebagai subject matter. Disini terdapat tumbuh-tumbuhan yang memperlihatkan pelbagai saiz, jalinan dan warna serta batu-batan  yang dapat menambahkan variety dalam komposisi. 

Ruang belakang muzium


Memacak easel di bawah sinar matahari pagi


Saya memacak easel diruang yang terbuka di bawah sinar matahari pagi itu, kerana dari situ dapat memberikan sudut pandangan seperti yang dikehendaki. Walau pun matahari pagi itu semakin memancarkan cahayanya saya tetap berada di situ untuk melakar dan mewarna di atas kertas cat air berukuran A2 dengan cat air sebagaimana yang selalu menjadi media pilihan semasa plein air.

Matahari semakin meninggi apabila lakaran hampir siap dan ada panggilan untuk makan tengahari dari murusetia. Karya ini diberi tajuk "Di bawah Mentari Pagi"


SALLEH ISMAIL, Di bawah Mentari Pagi, 
Cat air, 58cm x 38cm, 2015
(Koleksi Muzium Darul Ridzuan)


Saturday, 5 September 2015

KARYA PAMERAN SENI DAN WARISAN

Pameran visual  bertemakan Seni dan Warisan yang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan Ipoh pada 30 Julai hingga 30 September 2015 telah mempamerkan lebih 80 karya oleh pelukis Persatuan Pelukis Perak. Karya-karya yang dipersembahkan kepada audian dengan media cat air, akrilik, cat minyak, media campuran dan beberapa media lain telah menarik perhatian pengumpul dan peminat-peminat seni tempatan dan dari luar.


Sebahagian daripada karya-karya yang dipamerkan:


SALLEH ISMAIL, Anderson: Bulan Merdeka, Cat air


SALLEH ISMAIL, Anderson: Pagi Yang Cerah, Cat air



ROZLINA KHAIRI, My Heritage (Berendoi), Akrilik


 MOHD. AMIN BUSU, Batik dan Jeans, 
Akrilik


  AHMAD LOTHFI IBRAHIM, Pencak Silat Siri 1, 
Akrilik


 HAMIDON AHMED, Jalinan Maja, Akrilik


 HIRZUAN ZULKIFFLI, Bangunan Dewan Bandaran, 
Cat air


 MOHD. IKRAM AZLAN, 
Ramli Sharif, Cat air


 ISMAIL ALIAS, Kg. Sungai Tisong, Cat air


 JAMIL ZAMRI, Mmm BBQ 1M, Akrilik


 KAMIL SHAFIE, Expression From Above,
 Akrilik


 ABD. MALEK ZAINAL ABIDIN, Akar-akar, 
Pen marker


 MUSYADDAD OSMAN, Still Life with 
Apple, Coffe, Bun and Jam, 
Cat minyak


 SHAHRUN NAHAR, 
Dance with Angel 1,
 Media Campuran


 NGDAWIYAH ISMAIL, Rentak Di Menara, Akrilik


 MOHD. RAZALI JAAFAR, Daun Mempelas, Arang


 ROSLAINI MOHD. SAAD, Taman Kasih, Plaka


 ROSLI NGAH, Warisan Hutan, 
Saring sutera

ANITA ABD. AZIZ, Potret Ibu dan Anak, 
Media campuran


 ROSLINDA WAHAB, Motif and Form 
of Labu Pulau Tiga, Media Campuran


 SAHANUDIN YUSUF, Sawah 1, Cat air


 MOHD. SUKRI IBRAHIM, Peniup Serunai, Cat air


 NURSUHADA SUDIN, Ikatan, Media campuran


 YANTI ABU BAKAR, Tua, Arang


MOHD. YUSUF BAKI, Dini 1, Arang