Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menyediakan ruang di Bitara Siswa untuk karyawan visual mempamerkan karya mereka yang bertemakan "Warisan". Pameran yang dinamakan sebagai eSe art ini telah diadakan untuk mengisi acara program Regional Alumni Exhibition And Seminar, Education Through Art yang dikelolakan oleh alumni UPSI bagi tahun 2015. Sebanyak 103 karya pelbagai media telah dipamerkan kepada audian bermula 19 hingga 30 Oktober 2015.
Setiap tahun penyertaan pameran hanya dibuka kepada alumni UPSI sahaja tetapi pada tahun ini telah menjemput pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Perak (PPP), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) dan Persatuan Senirupa Malaysia (PERUPA) serta beberapa pelukis dari negara Asian untuk sama-sama mempamerkan karya mereka. Ini disebabkan sebilangan pelukis yang menganggotai PPP, APS dan PERUPA merupakan alumni UPSI.
Pameran eSe art telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin bt. Dato' Mohd. Radzi, Exco Kebudayaan, Pelancungan dan Multimedia Negeri Perak pada 26 Oktober 2015, jam 4 petang.
Perasmian eSe art
Gimik perasmian
Antara karya yang dipamerkan:
AZHAR AHMAD, Lain Hulu Lain Parang, Batik, 2015
MAZLAN NOR ALONG, Zikir Kaabah Dari Seluruh Benua,
Akrilik dan tinta, 2015
DR. SADIAH ABDULLAH, Sukan Air Di Perak,
Akrilik, 2015
NORAZLINAWATI HASHIM, Tenang Di Hutan
Belum, Akrilik dan cat minyak, 2015
MD. SALLEH DAWAM, Muzik dan Bunga, Akrilik, 2014
ZARINA ABDULLAH, Last Heritage, Akrilik, 2015
RADUAN NORUDIN, Ilham Kamalia, Tiba-tiba
Langkahku Terhenti, 2014
HASSAN MOHD. GHAZALI, Menumpang lll,
Pensel warna, 2014
ABD, RASHID YUSOF, Gerak Belum, Akrilik, 2015
AHMAD FAUZI ARSHAD, Moonlight Gardern,
Media campuran, 2015
NORHANI KAMARULbAHARI, Ammonia,
Media campuran, 2014
RAHIM JAAFAR, Media campuran, 2015
ABD. RAHMAN JAFFAR, Perahu Helang, Akrilik, 2014
MOHD. IKRAM AZLAN, 2015
MOHD. SUKERI IBRAHIM, Sang Raja Rimba,
Akrilik, 2015
ROSLAINI MOHD. SAAD, 2015
SALLEH ISMAIL, Taman Tasik Taiping, Cat air, 2014