Thursday, 15 January 2015

MENYUSUR JEJAK YANG HILANG


Tasik Raban

Suatu hari saya melihat WhatsApp group Persatuan Pelukis Perak. Ternampak mesej dari Ismail Alias kepada Amin Sahaini (geng Taiping) yang meminta rancangkan satu program melakar di Tasik Raban. Amin mencadangkan supaya saya yang mengelolakan aktiviti tersebut. Lalu saya mencelah, dalam perbincangan tersebut tarikh dan masa pun ditetapkan. Saya mencadangkan nama program sebagai "Perakman: Menyusur Jejak Yang Hilang Edisi Awal (sebelum itu Presiden PPP telah merancang untuk mengadakan program "Perakman Arts Trail" pada tahun 2015). Presiden dan ahli-ahli bersetuju dengan nama program tersebut dengan sedikit pindaan  iaitu "PERAKMAN ARTS TRAIL: Menyusur Jejak Yang Hilang Edisi Awal". Saya menyediakan tantatif program serta meminta ahli yang ingin menyertai memberi nama melalu WhatsApp. Seramai enam belas orang telah menyertai program ini.

Tasik Raban, yang letaknya dalam perjalanan antara Kuala Kangsar  ke Lenggong asalnya adalah Tasik Cenderoh yang wujud sekitar tahun 1920an. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang terhasil daripada terbinanya empangan hidroelektrik Chenderoh di Sungai Perak  oleh pihak British  Federal Malay State.  Untuk mengetahui tentang Tasik Raban boleh KLIK  SINI.


Peserta Arts Trail di Galeri Arkeologi Kota Tampan

Tarikh  telah ditetapkan pada hari Ahad 10 Oktober2014. Pagi itu cuaca mendung kemungkinan hujan akan turun. program akan tidak dapat berjalan seperti yang dirancang. Dalam perjalanan sesekali air hujan menitis dicermin. Tiba di Dataran Tasik Raban kelihatan   sebilangan besar rakan-rakan sudah memenuhi ruang di restoran untuk bersarapan.Mereka telah tiba di situ seawal jam 8.00 pagi. Sambil bersarapan, Presiden, Setiausaha dan saya sendiri telah memberi taklimat ringkas berkaitan program. Lokasi di sekitar tasik dan kampung-kampunag berhampiran seperti Kg. Raban, Kg. Cerokoh dan Kg. Pengkalan Ikan mempunyai subjek yang menarik untuk dilakar. Media-media seperti cat air, akrilik dan dakwat menjadi pilihan pelukis yang sebilangan besarnya menghasilkan catan secara plein air dengan memilih sudut-sudut yang menarik di pesisir tasik.


Mohd, Sukeri Ibrahim

Amin Sahainie

Salleh Ismail (Bendahari PPP)

Mohd. Yusuf Baki (uncle)

Hirzuan Zulkifli (Setiausaha PPP)


Dato' Dr. Lothfi Ibrahim (Presiden PPP)

M. Amin Osman

Rosli Ngah dan Roslinda Wahab

Shahanudin

Jam 1.00 tenghari semuanya sudah hampir menyiapkan catan dan lakaran masing-masing. Perut mula terasa lapar. Saya menempah sabuah restoran di Dataran Tasik Raban untuk menyediakan makan tengahari. Masak lemak ikan air tawar Tasik Raban menjadi menu pilihan disamping menu lain yang menyelerakan. Selesai menunaikan solat zohor di masjid Kg. Raban semuanya bergerak ke Galeri Arkeologi di Kota Tampan. Di sini kami meneliti dan membuat kajian artifak lukisan  dan objek-objek purba yang dikumpul hasil kerja-kerja ekskavasi Prof. Dr. Zuraina Majid dan ekskavator dari Universiti Sains Malaysia sekitar tahun 1991 yang lalu.



Menjamu selera di Dataran Tasik Raban



Membuat kajian artifak di Galeri Arkeologi

Destinasi terakhir adalah Latar Kekabu yang terletak tidak jauh dari Galeri Arkeolpgi. Di sini suject matternya tidak dapat lari daripada alam semula jadi. 




Antara catan dan lakaran yang terhasil


Diakhir sesi kembara