Hari ini hari Jumaat, 28 Jun 2013, bergerak dari Ipoh jam 12 tengahari, selepas waktu pejabat, manaiki kereta Razid bersama Hamidon dan Razali Jaafar, destinasi Kota Bharu, Kelantan, untuk menyertai program Percikan Geting anjuran GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) bersempena dengan bulan 1 Malaysia Contemporary Arts Tourism 2013 (MCAT). Sabtu 29 Jun ada program Percikan Geting (melukis outdoor di Kg. Geting) dan Ahad 30 Jun akan berlangsung Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs).
Dalam perjalanan kami singgah solat Jumaat di masjid Kuala Dal, Ismail Alias dari Taiping sedia menunggu di situ. Bertolak dari Kuala Dal jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat melaluijalan Kuala Kangsar - Gerik. Jika cuaca baik dijangka akan tiba di Kota Bharu pada lewat petang.
Setelah satu jam perjalanan kami tiba di Gerik jam 3.30 petang, singgah makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Salim di persimpangan Lebuhraya Timur Barat. Dari Gerik Razid memandu agak laju dari biasa bagi mengelak menempuh hujan di pergunungan kerana cuaca agak mendung, kemungkinan hujan akan turun sebentar lagi.
Setelah beberapa km melalui jalan bengkang-bengkuk dan berbukit, hujan mula renyai dan semakin lebat bila mendaki ke aras yang lebih tinggi. Dalam keadaan jalan yang licin kami bertemu dengan empat kenderaan yang terbabas ke dalam longkang (semua penumpang selamat).
Dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan dari pergunungan hingga ke Kota Bharu, kami tiba dengan selamat di Hotel MGU Firdaus jam 8.00 malam. Selepas makan malam kami perwakilan Persatuan Pelukis Perak sembang-sembang hingga jam 1 pagi.
Sabtu 29 Jun, selepas sarapan semua pelukis ahli GAP's dari seluruh negara bertolak ke Geting menaiki bas dan kereta yang jaraknya lebih kurang 20 km dari KB. Semua peserta berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis di Geting. Selepas diberi taklimat oleh Ismail Kadir kami mencari lokasi masing-masing di sekitar Kg.Geting.
Kebanyakan pelukis memilih bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti sebagai hal benda yang di lakar dan diinterpretasikan pada kertas dan kanvas. Namun begitu tempayan budu yang terbiar separuh tenggelam di pesisir, wanita yang bersahaja, kain batik yang bersidai di jendela dan wajah Pak Cik tua juga telah dapat mewarnai lanskap Kg. Geting dan dijadikan hal benda yang menarik.
Selepas makan tengahari Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir beramah mesra dengan pelukis-pelukis di Geting.
Pelukis menyiapkan lakaran, catan dan merakam fotografi sehingga jam 5 petang. Semua karya yang dihasilkan pada hari ini akan dipamerkan pada hari Ahad 30 Jun di hotel penginapan dan karya-karyi a Percikan Geting yang akan disiapkan selepas ini akan dipamerkan di "Pameran Percikan Jiwa" pada 21-27 September 2013 bertempat di Center Market, Kuala Lumpur bersempena dengan bulan MCAT 2013.
Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting
Sebahagian peserta bersama Exco Kebudayaan,
Pelancongan, dan Warisan, Negri Kelantan
Ismail Kadir memberi taklimat lokasi
Salleh Ismail bersama kanak-kanak Kg. Geting
Peminat Senin Visual Geting
Nazri (SENIKA)
Mokhtar Ishak (PESENI)
Ismail Kadir (PESENI)
Hamidon menyiapkan karya di hotel
Iman (Negeri Sembilan)
Munif (SENIKA)
Hj. Mahmood Mat (PESENI)