Malam merangkak tiba. Enam pelukis bersedia dengan easel dan kanvas ditepi pentas terbuka Dataran MBI. Jam 9 malam, bunyi paluan gendang dan tiupan serunai memberitahu akan ketibaan Exco Kebudayaan YB Datuk Zainol Padzi Paharudin dan Pengarah JKKN Perak En. Abdul Mutalib ke Fiesta Seni Budaya Perak 2012. Ketibaan telah disambut oleh tarian singa dengan geraktari selamat datang.
Cahaya bergemerlapan, bunyi muzik dan gerak langkah pesilat seni memulakan acara, diikuti oleh kumpulan teater Badan Budaya Perak yang mendeklamasikan puisi, “Biarkan burung hantu terus berbunyi, tak ada orang yang akan mati……..”
Mereka bergerak mengisi ruang mengikut tingkah paluan gendang serta iringan muzik sambil membawa kanvas dan memacakkan easel di kiri kanan ruang pentas. Lalu enam pelukis pun masuk sambil membawa berus dan warna menuju ke kanvas empat kaki kali empat kaki yang tersedia pada easel.
membawa easel dan kanvas ke ruang pentas
Persembahan pun bermula. Irama lembut dan rancak nyanyian Farawaheda, aksi dan dialog lucu para pelawak, kelembutan tarian tradisi dan gerak shuffle anak-anak muda serta muzik rancak kumpulan Kristal memberikan persepsi dan inspirasi kepada Dato’ Mahsun Taib, Salleh Ismail, Raduan Norudin, Ismail Alias, Aminudin Sahainie dan Shamsul Baharin untuk menginterpretasikannya di ruang alas pada kanvas. Ekspresi yang diinterpretasikan melalui karya mereka telah menjadikan malam itu pelengkap kepada persembahan 4 dimensi iaitu muzik, puisi, teater, tari, silat dan visual yang disebut sebagai ANDRAMODA.
Sapuan warna pun dimulakan
Dato' Mahsun Taib
Pelukis berkarya diiringi persembahan
muzikal
muzikal
Kerja-kerja Ismail Alias
Sentuhan akhir Raduan Norudin
Aminudin Sahainie menjelaskan sesuatu
kepadaYB Datuk Zainol Padzi
kepadaYB Datuk Zainol Padzi
Persembahan Badan Budaya Perak
Salleh Ismail menerangkan karyanya kepada
YB Datuk Zainol Padzi
Shamsul Baharin dan karyanya
Salleh Ismail: "Biarkan burung hantu
terus berbunyi"
terus berbunyi"
Dato' Mahsun menjelaskan karyanya kepada
YB Datuk Zainol Padzi dan En. Abdul Mutalib
Karya Dato' Mahsun Taib
Pelukis-pelukis yang menjayakan
action painting
action painting
Action painting yang dijayakan oleh pelukis-pelukis dari Persatuan Pelukis Perak telah menjadikan Fiesta Seni Budaya Perak 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak pada 17 hingga 19 Februari di Dataran MBI, Ipoh menjadi lebih meriah.