Tasik Raban yang terletak lebih kurang 20 km dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke arah Grik telah pun wujud lebih 90 tahun yang lalu. Tasik ini merupakan tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Chenderoh (Chendroh Power Station) pada awal 1920an oleh British Federated Malay States Administration.
Sebelum tahun 1920an kawasan ini adalah merupakan penempatan penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian - berkebun dan bersawah padi. Setelah terbinanya Empangan Chenderoh semua perkampungan dan sawah padi yang berada di kawasan tanah rendah ditenggelami limpahan air Sungai Perak yang mewujudkan Tasik Chenderoh. Penduduknya telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, maka wujudlah Kampong Raban, Kuak, Danglang dan lain-lain. Kemudian atas sebab-sebab tertentu tasik ini ditukar namanya menjadi Tasik Raban.
Artikal yang disiarkan dalam majalah
Mastika, Oktober 1974
Oleh sebab pada asalnya merupakan kawasan perkampungan maka di dasar tasik ini terdapat jalan raya, jambatan, sekolah rendah dan sawah padi. Sekolah Melayu Raban telah dipindahkan ke Kuak (sekarang Sekolah Kebangsaan Raban). Kesan jalan raya, jambatan dan tiang sekolah dapat dilihat apabila air surut.
Banjaran Bintang yang menjadi latar landsap
Tasik Raban
Jambatan Raja Nazrin yang menghubung
jalanraya baru Kuala Kangsar - Gerik
Di dasarnya terdapat jalanraya
Sekarang Tasik Raban menjadi tempat tarikan pelancungan yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti penginapan, gerai makan dan rekreasi air di daerah Hulu Perak.
Kemudahan yang terdapat di sini