Saturday, 30 July 2011

LANDSKAP TERENGGANU

Semasa mengiringi lawatan pelajar Maktab Perguruan Kinta ke Pelabuhan Kemaman terlihat bangunan kedai di kawasan kampung yang boleh dijadikan hal benda dalam catan. Segera memetik shutter kamera dari beberapa sudut merakam bangunan kedai dan aktiviti figure yang berada di situ. Idea untuk "Kuala Kemaman".

"Kuala Kemaman", Cat Air, 37cm x 48 cm, 1996

Ketika berjalan-jalan di sekitar Kuala Kemaman, ampaian kain, rumah papan dan zing berkarat memberi inspirasi untuk menghasilkan "Di hadapan Rumah"

"Di hadapan Rumah", Cat air, 37cm x 48cm, 
1996
Koleksi Dato' Anuar Zaini

Pada tahun 1993, semasa bertugas di SM Clifford, Kuala Kangsar, telah dihantar oleh Pusat Perkembangan Kurikulum berkursus di Kraftangan Chendering, Kuala Terengganu selama 3 minggu dalam bidang copper etching. Waktu petang dan hujung minggu dapat "jalan-jalan" di beberapa tempat sekitar Terengganu. Banyak lansdkap yang menarik terutama di Seberang Takir. Meluangkan masa ke Seberang Takir dengan menaiki bot dari jeti berdekatan Pasar Payang. Merakam dengan kamera dan membuat lakaran pada sketchbook objek dan lokasi yang dapat memberi idea untuk berkarya. 

"Seberang Takir 1", Cat minyak, 65cm x 76cm, 
1996
Koleksi Yayasan Kesenian Perak


"Kampung Cina", Cat air, 37cm x 55cm, 1998


"Seberang Takir 2", Cat air, 55cm x 76cm, 
1997

Thursday, 28 July 2011

CETUSAN RASA 60an

Semenjak di sekolah rendah lagi memang berminat kepada aktiviti melukis dan fotografi. Ini adalah antara karya yang masih ada dalam simpanan dihasilkan pada tahun 1968 (banyak karya yang tidak dapat dikesan). Ketika itu berumur 17 tahun, masih bersekolah dalam Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong. Sekali sekala pada hujung minggu akan bergerak menaiki basikal dalam satu kumpulan pelukis dari SMDA mencari lokasi untuk melukis dan membuat lakaran. Ahli kumpulan antaranya   Salleh Ismail, Mohd. Asri Edul, Abd. Khalim, Mohd. ShafieTaib (bersara sebagai pelukis grafik RTM) dan Idris Ismail (Idris Talu). Lokasinya Tasik Chenderoh dan air terjun disekitar Kg. Kuak Lata Papan. Setiap kali outing  sentiasa membawa kamera jenama Diana yang dibeli dengan harga RM4.50 untuk merakam aktiviti. Banyak mendapat bimbingan Cikgu Mohamad Yaakub dan Halim Teh.


GRUP PELUKIS HUJUNG MINGGU:
Dari kiri Mohd. Asri Edul, Salleh Ismail, 
Idris Ismail, Abd. Khalim dan 
Mohd. Shafie Taib.


"Tun Abd. Razak", Oil Pastel, 
24cm x 35cm, 1968

Tun Abd. Razak semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Karya dihasilkan  berdasar kepada gambar hitam putih yang terdapat dalam akhbar yang dilukis dengan menggunakan kaedah grid dan diwarnakan dengan oil pastel atas sugar paper.


 "Bandar Waktu Malam", Cat air (legap), 
25cm x 35cm, 1968

Tertarik dengan teknik impasto karya pelukis terkenal maka terhasillah catan "Bandar Waktu Malam" dengan menggunakan cat air yang pekat   bagi mendapatkan kesan legap pada karya.


"Pelarian Vietnam", Cat air (legap), 25cm x 35cm, 
1968 

Dalam era 1960an berlaku perang Vietnam. Amerika membantu Vietnam Selatan memerangi gerila Vietcong. Terdapat ramai pelarian perang. Kesengsaraan pelarian menyentuh perasaan. Setiap hari gambar dan berita tersiar dalam akhbar. Gambar dalam akhbar menjadi rujukan untuk menghasilkan "Pelarian Vietnam".


 "Kapal", Cat air (legap), 25cm x 35cm, 1968

Cikgu Mohamad Yaakub menunjukkan contoh karya pelukis terkenal yang menggunakan teknik pointeles.Iingin mencuba teknik ini, Dengan menggunakan berus keras yang dipotong hujungnya maka karya "Kapal" telah dapat dihasilkan.


 "Tasik Chenderoh", Cat air, 17cm x 25cm, 1968

"Tasik Chenderoh" dihasilkan selepas outing bersama Group Pelukis Hujung Minggu di Kampung Raban.


"Perang Dingin", 25cm x 28cm, 
Cat air (legap), 1968

Era 60an juga berlakunya "perang dingin" antara blok Amerika dan blok komunis yang diketuai oleh Russia. Perbincangan tentang perang dingin selalu diadakan dalam kelas semasa matapelajaran Bahasa Melayu. Dari perbincangan untuk menulis karangan bertajuk "Perang Dingin" dapat pula idea untuk membuat interpretasi dalam bentuk visual. Karya abstrak telah banyak diekspos oleh Cikgu Mohamad Yaakub dan rujukan dari buku.



Monday, 25 July 2011

WAJAH KUALA SEPETANG SEBELUM "LAKAR SENI"

Pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Sepetang pada tahun 1980 semasa tinggal di Taiping selepas bertukar dari  Bukit Mendi, Pahang ke Selinsing di daerah Krian. Pergi bersama Razid merakam foto  menggunakan kamera Minolta SRT 101 dengan lensa zoom 200mm. Imej foto yang dirakam kemudiannya diinterpretasikan dalam karya catan menggunakan media cat minyak atas kanvas.

"Kuala Sepetang", Cat minyak, 26cm x 34cm,
1980

Pekan nelayan Kuala Sepetang mempunyai lokasi dan objek yang menarik untuk dijadikan hal benda dalam karya tampak. Beberapa tahun kemudian sempat berkunjung lagi ke "Port Weld" (sebelum Kuala Sepetang) untuk mencari bahan untuk berkarya. 

"Jeti Nelayan Kuala Sepetang", Cat air, 
56cm x 76cm, 1999

Wednesday, 20 July 2011

MERPATI PUTIH TERBANG LAGI

Krisis kemanusiaan berlaku di Kosovo di tahun 90an. Atas arahan Presiden Slobodon Melosevic tentera Serbia telah menyerang Kosovo dan melakukan keganasan ke atas etnik Albania. Ramai yang terbunuh dan menjadi pelarian. Berikutan dengan itu satu pameran visual DEMI KEMANUSIAAN KOSOVO "Merpati Putih Terbang Lagi" telah berlangsung di Balai Keris Mas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13 Julai hingga 30 Julai 1999 yang mempamerkan karya-karya pelukis Malaysia dan Singapura. Sebahagian jualan karya akan didermakan kepada rakyat Kosovo yang menderita.



Salleh Ismail,"Khabar Dari Pristina", Pastel, 47cm x 64 cm, 
1999

PANTAI SABAK

Tahun 1991 berkunjung ke Kota Bharu. Menyusur jalan dan lorong-lorong. Sudah lama berhajat untuk mengunjungi Pantai Sabak yang sedang berdepan dengan fenomena alam yang belum  bertemu jalan penyelesaian. Pantai Sabak yang terletak di pesisir pantai Laut China Selatan telah mengalami hakisan teruk yang telah memusnahkan tumbuhan dan penempatan nelayan di sekitarnya.

Setibanya disana, yang kelihatan adalah phon-pohon kelapa yang telah tumbang menyembah bumi. Banyak rumah nelayan yang hanya tinggal kesan binaan batu-bata  yang telah runtuh ditenggelami air. Ombak laut masih mengganas menghempas pantai. Beberapa buah rumah menunggu masa untuk ditelan air Laut China Selatan.

Sempat mengambil gambar dan membuat lakaran rumah-rumah nelayan  dan pasir pantai untuk dijadikan hal benda dalam karya. Setelah balik sempat menyiapkan beberapa catan. Masih adakah rumah-rumah ini di Pantai Sabak?


 ' Pantai Sabak 1', Cat Air, 27cm x 36cm, 1991



 'Pantai Sabak II', Cat Air, 27cm x 36cm, 1991


'Nelayan Pantai Sabak', Cat Air, 56cm x 76cm, 
1997

Friday, 15 July 2011

IKAN SEMAKIN MEMBESAR, TUMBUHAN PUN SEMAKIN RIMBUN

Ikan kap yang dipelihara dalam kolam akan cepat membesar jika diberi pemakanan yang sesuai mengikut peraturan. Ikan yangi hanya bersaiz kecil semasa dibeli nampak perbezaannya. Beri makan dua kali sehari.




Tumbuhan aqua yang ditanam di dalam kolam tidak perlu dibaja kerana baja asli akan dihasilkan oleh ikan peliharaan kita dan tumbuhan air menjadi subur dengan sendirinya. menjimatkan belanja. Air kolam tidak perlu ditukar selalu, sekali tukar boleh tahan hingga dua tahun atau lebih. Jika airnya kotor memadai dengan membersihkan penapis dua minggu sekali.





          Pokok pegaga dan orkid air

Tuesday, 12 July 2011

BINALAH KOLAM IKAN HIASAN DENGAN BELANJA YANG RENDAH

Kolam ikan hiasan adalah suatu elemen yang dibina di halaman rumah yang dapat menjadi pelengkap dalam rekabentuk landskap  persekitaran. Ramai yang berhasrat untuk membina kolam ini di halaman rumah mereka, namun dengan kos yang tinggi menyebabkan segala impian tidak dapat dipenuhi. Sebenarnya kos pembinaan dapat dikurangkan dengan kita sendiri menyediakan bahan-bahan binaan dan mengupah pekerja untuk kerja memasang bata sahaja dalam proses pembinaan. 

Bagaimana pun sebelum dibina kita sendiri perlu mempunyai pengetahuan asas tentang sistem kolam dari aspek penyediaan paip dan sistem penapisnya. Maklumat ini boleh didapati dengan memerhati pekerja yang sedang membina kolam jika kita terjumpa dimana-mana. Tanyalah mereka tentang apa-apa maklumat yang tidak tahu,  bacalah majalah atau buku berkaitan dan yang mudah lagi akseslah intermet.

Sediakan pelan. Kita perlu ada bersama semasa pembinaan. Sistem paip untuk aliran air dari kolam ke penapis dan air yang masuk semula ke kolam pasanglah sendiri. 

PROSES PEMBINAAN

1. Setelah menentukan lokasi tapak, kerja-kerja mengorek tanah bolehlah dimulakan.

  Kerja-kerja mengorek tanah

  Sudah siap untuk kerja simen
                                                
2. Membina bahagian dasar kolam dan memasang batu bata. Paip pvc untuk aliran air dari kolam ke panapis perlu dipasang pada dasar kolam sebelum disimen.

      Paip untuk aliran air ke penapis dipasang 
   di bahagian tengah kolam


3. Kerja memasang batu-bata mengikut rekabentuk yang telah disediakan.



  Sedia untuk diplaster

4. Setelah siap diplaster bolehlah dihias dibahagian luarnya dengan pebble wash. Belilah bahan-bahan dan upahlah pekerja yang mahir. Dalam masa yang sama jangan lupa kita perhatikan teknik-teknik yang dilakukan oleh tukang yang mahir ini, selepas itu kita boleh lakukannya sendiri. Jangan lupa bertanya jika tidak faham.


        Kerja memasang pebble wash

4. Setelah pembinaan telah selesai, masukkan air dan pasanglah pam yang sesuai dengan saiz kolam untuk menguji sistem aliran air kolam dan juga bagi menentukan kolam tidak bocor. Jangan dimasukkan ikan dulu, nanti semuanya akan mati. Biarkan selama dua hari  untuk "menawarkan" bahan-bahan simen. Dalam masa yang sama bolehlah beri peluang kapada anak kita untuk menjadikannya sebagai kolam renang untuk beberapa hari. 
   


  Jadikan sebagai kolam renang untuk anak kita selamadua tiga hari 

5. Selepas itu masukkan sebotol cuka makan dan biarkan sehari. Buanglah  air yang bercampur cuka makan dan ganti dengan air yang baru. Jangan lupa masukkan bahan anti klorin. Letakkan tumbuhan air di dalam kolam yang berfungsi untuk menjadi teduhan juga membekalkan oksigen kepada ikan-kan. 

Pokok orkid air dan telipok dimasukkan ke dalam kolam

6. Jika semuanya sudah sedia bolehlah dimasukkan ikan. Tak perlu membeli ikan yang besar, harganya mahal. Memadai dengan memasukkan ikan yang kecil. Lama-lama besar juga.



 Anak ikan kap yang berharga RM4 seekor




Nantikan post seterusnya gambar kolam beberapa bulan selepas dimasukkan anak-anak ikan kap. Ikan kap makin besar. Wajah kolam berubah.

Monday, 11 July 2011

OUTING DI PASIR SALAK

Melakar semasa outing bersama Dato' Mahsun, Patrick Lasak  dan  Dr. Zakaria Ali di tebingan Sungai Perak atas pelawaan Shamsul Baharin dari JPN Perak dalam program melukis bersama guru-guru PSV. Bermalam di Resort Pasir Salak. 


  Patrick Lasak

Salleh Ismail

             Dato' Mahsun




Sungai Perak Di PasirSalak


Resort Pasir Salak





Saturday, 9 July 2011

MELAKA

Bersantai di gerai cendol di hadapan stadhuys, nikmat rasa cendol pulut serta pisang goreng. Melihat aliran Sungai Melaka dengan suasana di belakang deretan rumah kedai, dinding zing dan tiang-tiang konkrit yang mencecah gigi air memberi inspirasi untuk diabadikan pada ruang lukis. Terhasillah "Sungai Melaka", 1999.


Sekarang pemandangan begitu sudah tiada lagi. Sungai Melaka telah dinaik taraf menjadi bahan tarikan pelancong. Tebingnya telah dibina dinding konkrit. Sungai Melaka menjadi laluan Sungai Melaka River Cruise.




Sungai Melaka, Cat Air, 56cm x 76cm, 1999

LANGKAWI

  Teluk Ewa, Cat Air,   23cm x 30cm, 2008
                                           

 Jeti Nelayan Kuah, Cat Air,  56cm x 76cm, 
2005
                                           

Friday, 8 July 2011

TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN

  Endau Rompin Kuala Jasin, Cat Minyak,
  91.5cm x 122cm, 2009
Koleksi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhun Sultan Iskandar




    Endau Rompin Kampung Peta, Cat Minyak,
91.5cm x 122cm, 2009
Koleksi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum SultanIskandar




Sungai Jasin, Cat Air, 56cm x 76cm, 2009