Sunday 22 May 2016

BENGKEL CAT AIR DI UPSI

Program eSe art yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 19 - 30 Oktober 2015 telah diisi dengan pelbagai acara saperti pameran, seminar dan bengkel yang diadakan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman langsung kepada pelajar sebagai nilai tambah. 

Saya telah diminta oleh Prof. Madya Dr. Halim Husin untuk mengendalikan satu bengkel cat air kepada pelajar Seni Visual UPSI pada 29 Oktober 2015. Bengkel bermula pada jam 9 pagi di Dewan Bintara UPSI yang dihadiri oleh lebih 80 orang pelajar. Disebabkan bilangan peserta yang ramai saya telah bersedia dengan  persembahan power point yang berkaitan dengan alat, bahan dan teknik catan cat air. Bengkel di kendalikan secara  teori, demonstrasi dan amali yang berakhir pada jam 12.30 tengahari. Selepas makan tengahari saya bergegas ke Rawang kerana ada jadual kuliah di Institut Kraf Negara pada padas jam 3 petang.


Teori: Alat, bahan dan teknik


Demonstrasi teknik cat ir

30 minit demo



 Peserta membuat latihan  amali