Sunday 30 August 2015

ACTION PAINTING

Perasmian Pameran Seni dan Warisan di Muzium Darul Ridzuan pada 22 Ogos 2015 yang telah disempurbakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohd. Radzi dimeriahkan dengan satu "imik perasmian" yang dikendalikan oleh Presiden Persatuan Pelukis Perak, Dato' Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim. Dengan berbekalkan satu kanvas yang dipasang pada easel dan cat akrilik tanpa berus beliau mempersembahkan  action painting di hadapan audian yang memenuhi ruang hadapan pentas perasmian. 












Friday 28 August 2015

MUZIUM DARUL RIDZUAN: PAMERAN SENI DAN WARISAN


Dengan bertemakan "Seni dan Warisan, Persatuan Pelukis Perak telah berjaya mengadakan suatu pameran visual di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh bermula 30 Julai 2015 hingga 30 September 2015. Kerjasama dan bantuan terbaik telah diberikan oleh pengurusan Muzium Darul Ridzuan dengan menyediakan dana dan prasarana kepada PPP umtuk melaksanakan program ini.Pameran ini diadakan bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa Malaysia yang mana Muzium Darul Ridzuan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2015. 



Sebanyak lapan puluh karya catan dan lakaran yang menggunakan pelbagai media telah dipamerkan selama dua bulan dan mendapat sambutan luar biasa dari audian tempatan, dari luar negeri Perak dan luar negara. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato'Mohd. Radzi, Pengerusi JK Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan , Multimedia dan Komunikasi Negeri Perak pada 22 Ogos 2015, jam empat petang.


Sepanjang pameran berjalan PPP telah mengadakan  program Pleinair Lakar  Merdeka bagi ahli PPP dan Stone Art kepada pelajar sekolah dan masyarakat setempat.


Tetamu yang hadir ke majlis perasmian



Ucapan aluan Dato' Dr. Ahmad Lothfi, 
Presiden PPP

Ucapan Pn. Nor Janati Ibrahim, 
Pengarah Muzium Darul Ridzuan

Ucapan perasmian YB Dat' Nolee Ashilin

Melawat pameran



Kakitangan muzium yang banyak membantu