Wednesday 16 April 2014

LIVE POTRAIT

Pelukis Aris Aziz dan Hamidon Ahmed merupakan antara pelukis yang mempunyai kepakaran dalam melukis live potrait. Aris Aziz berpengalaman lebih empat puluh tahun dalam bidang tersebut, sementara Hamidon Ahmad mempunyai pengalaman melukit potret secara live sudah lebih dua puluh tahun.

Karya di bawah merupakan hasil demonstrasi mereka yang mengambil masa singkat untuk menyiapkanya semasa Bengkel Melukis Potret anjuran Persatuan Pelukis Perak di JKKN Perak baru-baru ini.



 Aris Aziz charcoal on paper

 Aris Aziz: Akrilik atas kanvas

Hamidon Ahmad: Akrilik atas kanvas

Tuesday 15 April 2014

MELUKIS POTRET SECARA 'LIVE' BERSAMA ARIS AZIZ



Untuk melukis potret secara 'live' memerlukan seseorang pelukis mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan menguasai kemahiran teknik melukis yang tertentu. Pelukis juga perlu memahami anatomy. Untuk memenuhi keperluan ini Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak dan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs) telah mengadakan bengkel melukis potret secara 'live' bertempat di Kompleks JKKN Perak.


Peserta bengkel



Bengkel ini dikendalikan oleh pelukis Aris Aziz dari PERUPA dan Hamidon Ahmed dari PPP sebagai fasilitator. Bengkel selama dua hari itu telah disertai oleh ahli-ahli PPP dan pelukis dari beberapa negeri seperti Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Perak sendiri. Sepanjang bengkel, Aris Aziz telah mendedahkan teknik-teknik yang betul untuk melukis potret secara 'live'.  Diakhir program 18 peserta telah berjaya menghasilkan lebih  daripada 80  lukisan dan catan potret dengan ketiga-tiga media.

 Aris Aziz









HASIL BENGKEL






Peserta juga telah menerima sijil penyertaan dan hadiah-hadiah sumbangan Garage Creative dan GAPs.


Dato' Dr. Lothfi, Presiden PPP 
menyampaikan hadiah kepada peserta