Saturday 28 December 2013

KERJA-KERJA BUDAK CLIFFORD

Saya menjadi guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar pada 1 Ogos  1988. Selama lima tahun di SMC saya diberi tugas sebagai Ketua Panitia Pendidikan Seni sehinggalah bertukar ke Maktab Perguruan Kinta Ipoh sebagai pensyarah seni pada akhir 1993. Saya mengajar Pendidikann Seni, Pendidikan Jasmani, Bahasa Melayu dan Kertas Am. Pengetuanya bermula dengan Tuan Haji Azidin, En. Zainal Badri b. Ahmad Rafai dan Tuan Haji Idris Majid (pernah  mengajar dan guru tingkatan saya semasa di SM Dato' Ahmad, Lenggong tahun 1967 dan 1968). Guru-guru PSV yang banyak membantu saya bagi mempertingkatkan PSV di SMC waktu itu adalah terdiri daripada Cikgu Zainal Akmar, Cikgu Nazmi, Cikgu Radzilah dan beberapa orang guru bukan option saperti Cikgu Norhafizah dan lain-lain. 

Dalam Pendidikan Seni saya dapati ramai pelajar yang berbakat, terutama dalam kelas aliran sains dan perdagangan. Antaranya ialah Rosdi Osman, Shah Bani, Supian Ibrahim Muhamad, Zaslan Zeha Zaini, Syed Yusof Wafa (Tingkatan 6), Ridzuan Ahmad Rafai  dan beberapa orang lagi. Saya selalu menasihatkan mereka supaya terus aktif dalam Seni Visual selepas keluar dari SMC. Bagaimana pun setahu saya Rosdi Osman dan Zaslan Zeha masih aktif. Ridzuan menjadi pensyarah Fotografi di UiTM Seri Iskandar. Saya sangat berharap dapat mengetahui perkembangan Shah Bani dan Supian Ibrahim. Walau pun sudah bersara sejak Jun 2007 (Institut Perguruan Ipoh, Hulu Kinta) sehingga kini saya sendiri masih aktif dalam bidang Seni Visual sebagai Bendahari Persatuan Pelukis Perak, AJK Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAP), panel kurikulum PSV Kementerian Pelajaran Malaysia, pensyarah luar di Institut Kraf Negara (IKN), tutor PSV di Open University Malaysia (OUM) dan AJK Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Saya sangat berharap supaya pelajar-pelajar saya yang sangat berbakat di SMC dapat terus aktif berkarya.

Ada beberapa karya mereka yang  masih saya simpan. Antaranya yang dapat saya postkan di bawah:


Supian Ibrahim (1988)

Shah Bani Abd. Aziz

Supian Ibrahim (1989)

Shah Bani Abd. Aziz

Supian Ibrahim Muhamad

Shah Bani Abd. Aziz

Shah Bani Abd. Aziz

Rosdi Osman (1988)

Syed Mohd. Yusof Wafa b. Syed Nordin Wafa (Tg. 6)

Supian Ibrahim Muhamad

Shahrul Izhar

Hishamudin Zakaria

Jamil Abu Daud


Kahirudin Alias




Supian Ibrahim Muhamad

Shah Bani Abd. Aziz

Azrin Zainal Abidin

Syed Abd. Halim Syed Abu Bakar

Saiful Hazmi Ree


Friday 6 December 2013

KEMBARA KRT BATU 4: Forest Reseach Institute of Malaysia (FRIM)




Kampung Tersusun Batu 4 terletak berhampiran pekan Tambun, Ipoh, tidak jauh dari Sunway City, Tesco, Giant dan Jusco. Hubungan antara penduduk sangat erat. Kami hampir mengenali kesemua jiran-jiran yang tinggal di sini.  Kawasan Rukun Tetangga diwujudkan bagi menjaga keselamatan kampung dari penceroboh dan kegiatan yang tidak dingini dan bertentangan dengan undang-undang. Setiap malam kami bertugas meronda dalam kumpulan 4 orang bagi memastikan keselamatan dan keharmonian  pemastautin di sini. Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kejiranan di sini AJK Rukun Tetanggan merancang untuk mengadakan kembara ke FRIM di Kepong. Cikgu Shahizan telah bertindak selaku koordinator.


Pada 4 Disember 2013 sebelum subuh peserta telah berkumpul di Surau Diri Jumaat Batu 4 untuk program Kembara KRT ke Forest Reseach Insitute of Malaysia (FRIM), Kepong. Selepas selesai menunaikan solat subuh seramai 39 orang ahli Rukun Tetangga Batu 4 beserta anak-anak telah berlepas dengan menaiki bas yang disewa khas. Hujan renyai-renyai, pemandu memandu dengan berhati-hati. 


Panggilan berkumpul dari koordinator

 Pegawai FRIM memberi taklimat awal


Sedia untuk bergerak

Tiba di FRIM jam 9.00 pagi. Menikmati sarapan pagi dengan bihun goreng dan teh 'o' panas. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memudahkan perjalanan program. Jam 10.00 pagi mula bergerak ke hutan menuju ke Canopy walkway yang jauhnya hampir dua km. Perjalanan yang pada mulanya agak selesa mula terasa mencabar bila tiba kawasan yang mendaki. Tiba separuh perjalanan laluan mula menjadi sukar. Jalan denai mendaki menegak 45 darjah dengan batu-batu dan akar yang merentang laluan sejauh 500 meter. Hujan yang turun pada awal pagi menyebabkan laluan menjadi licin. Perlu berhati-hati. 

 Laluan awal yang selesa

 Berehat di setesen

 Kumpulan 1

 Anak-anak beserta jurupandu En. Asri

Laluan semakin sukar

 Gembira hampir tiba ke destinasi



Tiba di Canopy walkway selepas sejam perjalanan dengan berhenti rehat di dua stesen. Peserta mula berjalan melalui canopy walkway sejauh 150 meter pada ketinggian 30 meter di atas dahan pokok. 

 Penerangan oleh petugas

 Hj. Idris, setiausaha surau

 Ketinggian 30 meter dari tanah

 Bergerak berhati-hati

 Berhenti di stesen Canopy Walkway

Ustaz Suhaimi

Perjalanan balik agak lebih selesa dan bergerak lebih laju kerana laluan menuruni bukit. Jurupandu En. Asri memberi maklumat berguna berkaitan flora dan fauna yang ditemui. Antaranya pokok Dryobalanops Aramatica (kapur) yang kedudukan daunnya tersusun. Damarnya dijadikan kapur barus. Tumbuhan ini mengeluarkan gas yang menagakibatkan tiada tumbuhan lain yang dapat hidup di bawah rimbunannya. Sarang riang-riang juga ditemui timbul dari permukaan tanah. Pokok Simpuh Gajah memperlihatkan akarnya yang terbentuk seperti seekur gajah. Juga ditemui pokok kulim yang daunnya berbau seperti bawang putih. 

 Air terjun di laluan balik

 Menunggu rakan-rakan

 Sarang riang-riang

 Daun pokok Dryobalanops Aramatica, daunnya 
tersusun tidak bercantum antara satu sama lain

Pokok simpuh gajah


Pengalaman menjejak flora dan fauna di hutan FRIM banyak memberi pengalaman dan pengetahuan yang sangat bermunafaat terutama kepada anak-anak yang menyertai kembara ini.

Thursday 5 December 2013

PIOR PERAK: Ipoh Drawing Marathon 2013

Kinta Riverfront dibanjiri pelukis-pelukis  tersohor dan pelukis-pelukis muda yang datang dari seluruh negara dan pelukis dari luar negara. Mereka berhimpun selama dua hari dua malam di pesisir Sungai Kinta untuk menyertai program Ipoh Drawing Marathon 2013 anjuran Persatuan Pelukis Perak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs). Program ini diadakan bersempena 1 Malaysian Contemporary Art Tourism 2013 (1MCAT).

Pendaftaran peserta

Sepanjang program, pelukis-pelukis mula melakar dan melukis model, objek-objek dan lansdkap yang ada di persekitaran bermula pada jam 12.00 tengahari 28 September hingga 12 tengahari 29 september tanpa henti. Mereka bergilir-gilir menghasilkan karya dengan menggunakan media charcoal atas kertas berukuran A1. Sambil melukis, mereka diiringi pemuzik Lukisan Keroncong oleh pelukis-pelukis Jalan Conlay yang dianggotai oleh Salleh Dawam, Makmor Jantan dan rakan-rakan. Sementara itu pemuzik baskers mengambil tempat menggantikan muzik keroncong bila malam telah semakain larut. 

Muzik keroncong

Antara pelukis yang mengambil bahagian ialah Aris Aziz, Salleh Dawam, Makmor Jantan, Shimy Hashim, pelukis-pelukis mewakili  persatuan-persatuan  pelukis negeri di seluruh negara, pelajar-pelajar UPSI dan UiTM. 

Aris Aziz

Shaimy Hashim


 Pelukis dari Australia

Pelukis muda

Kemunculan tokoh kartunis negara Dato' Lat dan program Bicara Seni oleh tokoh-tokoh Seni Visual negara telah memeriahkan lagi program Pior Perak. Pameran Visual karya pelukis-pelukis dari seluruh negara juga telah menjadi pelengkap sebagai  hidangan kepada khalayak yang hadir. 

Dato' Lat

Bicara seni

 YB Norlee melawat pameran


Graffiti

Sebanyak  250 keping lukisan hitam purtih telah berjaya dihasilkan oleh 120 orang pelukis sepanjang program Ipoh Drawing Marathon pada kali ini. Karya-karya yang terpilih akan dipamerkan di enam hotel di sekitar Ipoh.

 Sebahagian daripada karya


Acara penutup telah disempurnakan oleh YB Puan Norlee Ashilin Dato' Mohd, Radzi, EXCO Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak pada 29 September 2013 jam 3.00 petang


 Majlis penutup

 Ucapan perasmian penutup

Selingan Majlis Penutup