Sunday 14 July 2013

KARYA-KARYA PERCIKAN GETING



GAPs dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan program melukis outdoor yang dikenali sebagai Percikan Geting pada hari Sabtu 29 Jun 2013 di Kg. Geting, Tumpat. Program ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung GAP's kali ke 6 yang berlangsung di Hotel MGU Firdaus, Kota Bharu pada hari Ahad 30 Jun2013. 

Antara karya yang telah dihasilkan oleh pelukis Gaps's dalam program sehari di Geting


Hj.Mahmud Mat

Mohd. Shaimy Hashim

Ismail Kadir

Mokhtar Ishak

Nazri
Hamidon Ahmad


Salleh Ismail


Muhamad Fuad

Abd. Raof Ali

Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim


Abu Zaki Hadri

Zakaria Adam

Roslan Khalid

PERCIKAN GETING - MCAT 2013



Hari ini hari Jumaat, 28 Jun 2013, bergerak dari Ipoh jam 12 tengahari, selepas waktu pejabat, manaiki kereta Razid bersama Hamidon dan Razali Jaafar, destinasi Kota Bharu, Kelantan, untuk menyertai program Percikan Geting anjuran GAP's dengan kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) bersempena dengan bulan 1 Malaysia Contemporary Arts Tourism 2013 (MCAT). Sabtu 29 Jun ada program Percikan Geting (melukis outdoor di Kg. Geting) dan Ahad 30 Jun akan berlangsung Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs). 



Dalam perjalanan kami singgah solat Jumaat di masjid Kuala Dal, Ismail Alias dari Taiping sedia menunggu di situ. Bertolak dari Kuala Dal jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat melaluijalan Kuala Kangsar - Gerik. Jika cuaca baik dijangka akan tiba di Kota Bharu pada lewat petang. 


Setelah satu jam perjalanan kami tiba di Gerik jam 3.30 petang, singgah makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Salim di persimpangan Lebuhraya Timur Barat. Dari Gerik Razid memandu agak laju dari biasa bagi mengelak menempuh hujan di pergunungan kerana cuaca agak mendung, kemungkinan hujan akan turun sebentar lagi. 

Setelah beberapa km melalui jalan bengkang-bengkuk dan berbukit, hujan mula  renyai dan semakin lebat bila  mendaki ke aras yang lebih tinggi. Dalam keadaan jalan yang licin kami bertemu dengan empat kenderaan yang terbabas ke dalam longkang (semua penumpang selamat).

Dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan dari pergunungan hingga ke Kota Bharu, kami tiba dengan selamat di Hotel MGU Firdaus jam 8.00 malam. Selepas makan malam kami perwakilan Persatuan Pelukis Perak sembang-sembang hingga jam 1 pagi.

Sabtu 29 Jun, selepas sarapan semua pelukis ahli GAP's dari seluruh negara bertolak ke Geting menaiki bas dan kereta yang jaraknya lebih kurang 20 km dari KB. Semua peserta berkumpul di Pusat Memproses Ikan Bilis di Geting. Selepas diberi taklimat oleh Ismail Kadir kami mencari lokasi masing-masing di sekitar Kg.Geting.

Kebanyakan pelukis memilih bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti sebagai hal benda yang di lakar dan diinterpretasikan pada kertas dan kanvas. Namun begitu tempayan budu yang terbiar separuh tenggelam di pesisir, wanita yang bersahaja, kain batik yang bersidai di jendela dan wajah Pak Cik tua  juga telah dapat mewarnai lanskap Kg. Geting dan dijadikan hal benda yang menarik.

Selepas makan tengahari Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan telah hadir beramah mesra dengan pelukis-pelukis di Geting. 

Pelukis menyiapkan lakaran, catan dan merakam fotografi  sehingga jam 5 petang. Semua  karya yang dihasilkan pada hari ini akan dipamerkan pada hari Ahad 30 Jun di hotel penginapan dan karya-karyi a Percikan Geting yang akan disiapkan selepas ini akan dipamerkan di "Pameran Percikan Jiwa" pada 21-27 September 2013 bertempat di Center Market, Kuala Lumpur bersempena dengan bulan MCAT 2013.


Pusat Memproses Ikan Bilis, Geting


Sebahagian peserta bersama Exco Kebudayaan, 
Pelancongan, dan Warisan, Negri Kelantan

Ismail Kadir memberi taklimat lokasi

 Salleh Ismail bersama kanak-kanak Kg. Geting

 Peminat Senin Visual Geting

 Nazri (SENIKA)

 Mokhtar Ishak (PESENI)

Ismail Kadir (PESENI)

 Hamidon menyiapkan karya di hotel

Iman (Negeri Sembilan)

Munif (SENIKA)





Hj. Mahmood Mat (PESENI)