Wednesday 19 June 2013

BENGKEL CATAN DI PORT



 
Baru-baru ini saya telah diberi ruang untuk mengendalikan bengkel asas catan selama dua malam di PORT (Koloni Karyawan Amanjaya), Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh. Pesertanya berumur dibawah 12 tahun (hanya seorang)  hingga lebih daripada 40 tahun terdiri daripada pelajar,  aktivis teater dan mereka yang sudah bekerja. Tidak ada ruang pada waktu siang. Disebabkan keadaan begitu saya  telah merangka  aspek-aspek kognitif dan psikomotor yang patut didedahkan dan dilaksanakan. 

Malam pertama saya menumpukan kepada memperkenalkan media, gubahan (rule of third) dan warna. Bagaimana pun saya lebih memberi tumpuan memperkenalkan kumpulan warna dan aktiviti membuat eksplorasi campuran warna (asas, sekunder, tertier dan penggenap) menggunakan cat poster (kemudian akan menggunakan cat akrilk).








Pada malam kedua saya memperjelaskan berkaitan teknik-teknik catan dan gaya (style) yang telah diaplikasikan oleh pelukis-pelukis terkenal. Aktiviti langsung (hands on) peserta diberi peluang menghasilkan catan dengan menggunakan cat akrilik di atas kanvas (media telah disediakan oleh PORT). Untuk menjimatkan masa mencari idea saya menayangkan slide beberapa hal benda yang dipaparkan secara hitam putih dan meminta    
mereka membuat komposisi dan mewarna mengikut warna yang dipilih.










Walau pun masa begitu begitu singkat, peserta dapat juga menghasilkan karya mengikut kemampuan. Untuk menjadikan lebih mahir mereka digalakkan untuk menjalankan aktiviti seterusnya di PORT pada bila-bila masa yang terluang.

Monday 10 June 2013

JERUNG DI LEBUHRAYA?

Kalau memandu di lebuhraya atau jalan-jalan yang sunyi, sesekali mungkin akan bertemu dengan objek berimej jerung yang seolah-olah bersedia untuk membaham apa sahaja yang berada di hadapannya. Kanak-kanak dan wanita mungkin akan menjerit bila didekati oleh objek luar biasa ini.

Saya bertemu dengan objek buatan manusia tersebut semasa menyertai program di Dataran Kamunting baru-baru ini. Direka hasil daya kreativiti Saiful Azmi, seorang guru Pendidikan Seni Visual di Taiping. Lihat di bawah....... 



bawah lagi....





lagi........













Menurut Saiful Azmi, beliau mengubahsuai dengan menggunakan fiber dan mewarnakan dengan cat akrilik.


Awas ia akan menggigit jika didekati. 
Mangsa pertama Hamidon Ahmed















Sunday 9 June 2013

BAZAR INDUSTRI BUDAYA PERINGKAT ZON UTARA



Bazar Industri Budaya Peringkat Zon Utara  anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak telah diadakan di Dataran Kamunting pada 13  hingga 14 April 2013.  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak telah menjemput Persatuan Pelukis Perak untuk memnyertai program tersebut. 


Saya, Hamidon dan Nini bergerak dari Ipoh seawal jam 8.30 pagi membawa karya-karya  bersekala kecil (A3 dan A4) untuk dipamer dan dijual (jika ada pembeli yang berminat). Sampai di lokasi program didapati peserta-peserta lain dari Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sudah pun siap menyusun barang-barang jualan di tempat yang disediakan. Kami diperuntukkan dua khemah berukuran 20 kaki X 20 kaki setiap satu. 


Aminudin Sahaine dan Ismail Alias (orang Tepin) sedia menunggu dengan bahan pameran dan demo. Selepas minum teh tarik dengan roti canai kari kambing (kecuali saya tak makan kari kambing) kami menyusun bahan-bahan pameran / jualan di satu khemah dan satu khemah lagi dikhaskan untuk live sketching. Zaki Hadri pun tiba dari Kuala Lumpur membawa catannya. 


Zaki Hadri

Demonstrasi cat air: Aminudin Sahaine

Jam 2 petang perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohamad Zahir b. Abd. Khalid, ADUN Kamunting merangkap Exco kerajaan negeri Perak. Di pentas, pertunjukan kebudayaan yang penuh warna-warni dipersembahkan oleh artis budaya dari JKKN Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Persembahan budaya serta pameran dan jualan pelbagai bahan-bahan, dari barangan seni visual, kraf, pakaian sehinggalah makanan tradisional dan barangan kesihatan berlangsung hingga jam 11 malam. Malam ini kami bermalam di homestay Razid di Kampung Expo (Razid menawarkan secara percuma di homestaynya yang sungguh selesa).

Exco dan Pengarah JKKN Perak 
melawat pameran

Hari kedua kami mengadakan mesyuarat jawatnkuasa Persatuan Pelukis Perak di tempat penginapan. Ji (Ngdawiyah) tiba dari Ipoh pagi itu untuk menghadiri mesyuarat (setelah tersesat-larat mencari homestay di Jalan Sekolah). Pengunjung di tapak bazar kelihatan lebih ramai pada hari kedua ini (ada pasar minggu disebelah bazar). Beberapa pelukis dari Taiping, Saiful Azmi, Mohd, Azril Razmin, Mohamad Azizul dan Ishak  turut menyertai pameran dan demonstrasi sehingga jam 5 petang.









Ji dan Hamidon: Live sketching