Thursday 19 July 2012

PLEIN AIR: Gunung Keriang

Sabtu 28 April 2012. Pagi itu selepas sarapan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, di Pumpong, berkereta bersama Munif Mohamad Nor dari Pahang dan rakan-rakan Angkatan Pelukis Kedah, SENIKA serta Persatuan Pelukis Negeri Perlis menuju ke Muzium Padi,  Gunung Keriang. 

 Tiba di Muzium Padi agak lewat, mencari lokasi dan objek yang sesuai untuk menjadi hal benda. Gunung Keriang yang terbentang menjadi tarikan. Memacak easel di hadapan Muzium Padi, stretch water colour paper bersaiz A3 kerana masa yang terhad. Melukis plein air menggunakan media cat air. Gunung Keriang dari Muzium Padi.


Tiba di Muzium Padi

Pacak easel dan plein air




"Gunung Keriang", 54cm X 35cm, 
Cat air, 2012



Thursday 12 July 2012

BAZAR SENI INDUSTRI BUDAYA


Pagi 9 Jun 2012 bertolak dari Ipoh bersama Hamidon Ahmed dan Ismail Alias. Destinasinya ialah Dataran Merdeka, Kuala Lmpur. Membawa catan bersaiz A4, A3 dan A2 yang telah siap dimounting. Selewat-lewatnya perlu sampai ke sana jam 11 pagi untuk melapor diri bagi menyertai program Bazar Seni Industri Budaya. Tepat jam 11.30 pagi tiba di dataran Merdeka. Dato' Mahsun telah pun tiba. Pegawai JKKN yang bertugas telah 'menyerahkan' booth yang berhadapan dengan pentas persembahan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkankan program Bazar Seni Industri Budaya di hadapan Panggung Bandaraya pada hari Sabtu dan Ahad minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun 2012 bermula jam 2 petang hingga 11 malam. Program ini memberi peluang kepada penggiat seni dari seluruh negara untuk memasarkan produkseni yang dihasilkan.

Pada 9 hingga 10 Jun 2012 pihak JKKN telah memberi peluang kepada Persatuan Pelukis Perak  untuk menyertai Bazar Seni bagi bulan Jun. Pelukis Perak disertai oleh Dato' Mahsun Taib, Hamidon Ahmed, Salleh Ismail, Ismail Alias, Zaki Hadri dan Raduan Norudin.

Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh JKKN kepada penggiat seni yang mengambil bahagian dalam  program tersebut termasuk tempat  jualan, makan serta penginapan. Aturcara program hari itu diserikan dengan persembahan  pentas seperti band jemputan, dikir barat, pertandingan karaoke dan pameran kereta dengan pelbagai asessori yang menarik.


 Ahli Pelukis Perak yang menyertai 
Bazar Seni Kuala Lumpur


Hamidon Ahmed (pelukis bertopi) menyiapkan 
life skeching 

Jam 11 malam. Dato' Mahsun memikul easel 
bersiap untuk pulang


 Pameran kereta

Kereta dengan asessori luar biasa