Monday 23 April 2012

PLEIN AIR: LAMAN

Hari masih awal. Selepas menyiram pokok-pokok bunga sekeliling rumah, duduk-duduk di laman membaca akhbar. Matahari pun mula memancar dari celah gunung yang tersergam membiru, dapat dilihat dari hadapan rumah. Sesekali mata tertumpu  pada kolam di laman. Pokok orkid air makin subur dengan bunga berwarna putih. Di sudut kanan terdapat pokok colok cina yang tumbuh menegak dari permukaan air. Ikan-ikan kap merah putih bermain-main di celah tumbuhan akuatik di kolam itu. Pokok kiambang yang terapung dipermukaan kolam menjadi tempat berteduh. 



Suasana ini memberi ilham untuk diabadikan di atas kertas. Lantas memacak easel,     mengambil kertas, berus dan cat air. Mula melukis "Di Laman Rumah".




'DI LAMAN RUMAH'

Sunday 22 April 2012

PESISIRAN SAYONG

Pesisiran Sayong terletak di Sayong Lembah, seberang Bandar Diraja Kuala Kangsar. Pengunjung boleh meyeberang Sungai Perak dengan bot penambang dari Kuala Kangsar untuk ke sini atau pun mengikut jalan darat yang jaraknya lebih kurang 3 km dari Kuala Kangsar.

Pada 31 Mac hinnga 1 April 2012, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah mengadakan program Moh Weh Ke Sayong yang dirasmikan oleh YB Dato' Hamidah Osman. Persatuan Pelukis Perak telah diundang untuk mengadakan pameran dan demonstrasi melukis di ruang Karyaneka, Pesisiran Sayong. Hamidon Ahmad, Salleh Ismail, Ismail Alias dan Zaki Hadri dari Pelukis Perak telah mengadakan pameran dan demonstrasi. Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan Saparel Salleh (Pulau Pinang), Munif Muhamad Nor (SENIKA Pahang), Imam (PELUKIS Negeri Sembilan) dan Megat Anirudin (Kuala Kangsar).


Istana Iskandariah diihat dari Pesisiran Sayong


Tebingan Sungai Perak


Hiasan labu Sayong

Pesisiran Sayong pandangan 
dari Kuala Kangsar

Salleh Ismail

Ismail Alias


Imam dari Negeri Sembilan


Munif  dari SENIKA Pahang

Saparel Salleh dari Pulau Pinang

Sunday 15 April 2012

SEMBANG SKETCH DI PEOPLE'S PARK


Pagi itu cuaca cerah. Ada temu janji di People's Park, Ipoh, Hamidon buat hebuh dalam face book, jemput semua datang. Setelah memakir kereta, membawa sketch book dan gajet-gajet ke tepi kolam terbiar. Siap satu charcoal sketching, tiada lagi sesiapa yang datang. Tiba-tiba Dato' Mahsun melintas dari arah kanan memcari air untuk melukis. Dato' Mahsun tiba dari Kuala Lumpur bersama RaduanNorudin.

Kami berkumpul di ruang yang teduh, melukis sambil bersembang, merancang, sembang sketch. Ismail Alias, Hamidon, Ngdawiyah dan Aminudin Osman pun tiba. Sembang jadi lebih rancak. Beberapa karya juga dapat disiapkan.

Taman Orang Ramai itu tidak ada orang.   Kolam-kolam terbiar, tidak terurus. Aminudin melontar  beberapa cadangan. Bilakah People's Park akan menjadi meriah.

Sembang-sembang sambil melukis 
- Foto Raduan Norudin

Cat air di People's Park, Ipoh 

Charcoal Sketching